21 December 2018,irda ada BBQ dinner di Royale Chulan Bukit Bintang.Sebelum Irda share more about BBQ dinner ,Irda nak share dulu "weekend getaway Kuala Lumpur"di Hotel Royale Chulan Bukit Bintang ni.



Kenapa Irda nak stay di Royale Chulan Bukit Bintang ni?First irda rindu pula nak jalan-jalan di tengah bandar Kuala Lumpur.Royale Chulan Bukit Bintang dekat dengan semua shopping complex seperti plaza low yat,Lot 10,Sungai Wang Plaza,Fahrenheit88,Pavillion dan banyak lagi.Jadi walaupun tinggal di Kuala Lumpur,tempat ni jarang irda datang kecuali kalau stay di hotel berdekatan sebab senang jalan kaki je semua tempat tu.

Jimat sikit masa cari parking dan mengelakkan pening kepala dalam sesak jalanraya.Jadi sempena habisnya musim berkurung di rumah(berpantang lepas bersalin..hehe ibarat bebas dari terpenjara)dan alang-alang malam tu Irda ada event BBQ Dinner di situ,maka Royale Chulan Bukit Binang adalah pilihan untuk Irda sekeluarga bersantai hujung minggu.



Deluxe Club Room yang irda booking untuk 2 hari 1 malam selain selesa ia juga lengkap dengan fasiliti:


  • Broadband Internet Access
  • Complimentary Tea & Coffee Making Facilities
  • In-Room Safe
  • Telephone Voice Main Facilities
  • Cable TV
  • NHK, CNN, Star Sport, Star Movie Channel
  • Continental breakfast and evening refreshment at Royale Club Lounge (18 floor)
  • Standing Shower
  • Bathtub 



Untuk WIFI,kita kena dapatkan password di kaunter lobby.Masa Irda sampai ingatkan boleh terus boleh access,rupanya tidak.Jadi bila dah masuk bilik, nak on laptop kenalah gigih turun ke bawah semula untuk dapatkan password.Kenapa Irda tak call je dari bilik?heheh hari tu nasib tak baik,phone dalam bilik  tu rosak.Try juga banyak kali,tapi tak dapat call,jadi turun je lah kan.Exercise sikit.

Password ni limited access,contoh kalau dah guna kat laptop,kalau husband or anak nak guna pula tak boleh tau.limited pada 2 gadget je rasanya.jadi kalau ada 4-5 gadget,mintalah password lain.heheh..turun lagi..
sejadah dan arah kiblat bende wajib dalam bilik hotel


Yang paling seronok Alya sangat suka bilik yang ada bathtub .Bukan anak sahaja,mama pun excited.Cuma kesian alya ,masa dia nak buang air besar terkejut sebab penutup toilet bowl tu rosak rupanya,,punyalah mama marah dia ingatkan dia punya kerja,rupanya  sebelum guna pun dah memang macam tu.Sorry sayang mama,tak pasal-pasal awak mama marah..nasib tak kena kaki awak kan.



Dalam bilik selain ada complimentary coffee & tea,ada juga minuman berkarbonat disediakan di dalam peti ais.Bila sampai dalam bilik hari tu memang penat sangat,bawa baby ni penat dia lain macam.Nampak je minuman dalam peti ais,terus sedut..fuhh nikmatnya air sarsi dan coke ni..huhu..tak sedar diri tu kita ni breastfeeding mommy..sorry sayang mama....

RM5 untuk satu tin ya,not free oklah tu..payment boleh buat masa check out...


Bagi Irda,harga bilik ni agak berbaloi sebab disertakan evening refreshment dan juga breakfast.Mana nak dapat di tengah bandar Kuala Lumpur ni kan.






Evening refreshment atau hi tea bermula dari pukul 5pm hingga 7pm di tingkat 18.Menikmati makanan diruangan yang eksklusif dengan disajikan  pemandangan Kuala Lumpur dari jendela kaca memang begitu mengujakan.Mungkin sebab irda turun dah lambat jam 6pm,hanya Irda dan family waktu itu.Walaupun pilihan makanan tidak begitu meriah (ada mihun dalam bungkusan)tapi rasa dah tak berapa enak,tak jadi makan takut sakit perut,ada sandwich ,ada dessert dan buah-buahan dan beberapa menu lain.Syukur apa adanya kan..Masa datang pun ada sister tu offer nak minum apa?nice service...

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor  
Untuk complimentary breakfast pula,waktunya bermula 7am hingga 10 am,kali ni pilihan sarapan pagi lebih banyak berbanding hi tea semalam.Ada nasi lemak bungkus,me sup,lauk rendang dan sotong,ada martabak,ada western breakfast,kuih muih dan pelbagai menu lagi.Puas hati sangat time breakfast ni.Walaupun hanya makan sebungkus nasi lemak dengan lauk rendang dan sotong,kenyang dah..alya pula hanya makan sosej..hubby pula makan western breakfast with tea.memang superb menu pilihan breakfast di lounge club room tingkat 18 hotel royale chulan bukit bintang.



Swimming pool ,gym dan spa terletak di tingkat 3.Lepas sarapan,alya excited nak berenang.Memang dari semalam sampai asyik cakap nak mandi kolam je.Memang kalau stay hotel,kami prefer yang ada kolam renang sekali.Kegemaran budak-budak kan.


Kawasan kolam yang bersih,ada bahagian yang lebih dalam untuk dewasa dan bahagian cetek untuk anak kecil memang sesuai untuk aktiviti keluarga.Gym fasiliti terletak berhadapan kolam renang .Tapi ingat bawah 16 tahun tidak dibenarkan masuk ke gym..

BBQ dinner malam tu memang berdekatan dengan pool.Next entry irda share review BBQ dinner di hotel royale chulan bukit bintang ya.Memang best dan semua menu sedap.

..apa-apapun mama happy dan anak-anak juga happy dapat bermalam di hotel royale chulan bukit bintang.Bila ada sedikit kekurangan sana sini,biasalah tu kan,kadang-kadang tidak disengajakan,nobody perfect.

Hotel ni memang irda recommend sesiapa yang datang Kuala Lumpur untuk mencari penginapan.Untuk gambaran lebih jelas,jom tonton video yang mama record ni.




ok semua,sampai jumpa lagi di entry seterusnya..daaaa....

Appreciate your time reading this entry.

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. suka hotel2 Royal Chulan ehe tapi takleh selalu. semput poket..
    sesekali bolehla kan..

    ReplyDelete
  2. Nak jalan kaki ke area Pavi, Lot 10 semua, semput gak, tambah ada byk construction kat area tu..tapi boleh je, sbb dah try...hihi..

    ReplyDelete
  3. wooaa dekat2 juga ke semua kawasan tu. lama sangat tak play tourist kat KL. habis blaja kawan2 semua pun bawa haluan masing2. kena jugala reunion one day =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post