As salammualaikum

Hai..mesti ada yang tercari-cari entry tentang duit pulangan jika loan asb terbatalkan atau dibatalkan dengan sempurna kan?Maksud dengan sempurna kat sini adalah anda sudah buat loan lama,bukan baru bayar 3 bulan dah batalkan.Itu apa tu dik?Nak buat loan asb bukan kerja sehari,ia melibatkan banyak pihak,jadi sebelum buat fikir dulu,dah buat biarlah sampai dapat dividen dulu.Jangan suka-suka buat sekarang,bulan depan nak batalkan ya.




Berapa dapat pulangan jika loan asb saya dibatalkan?Tetapi saya baru sahaja buat.Kerap kali dengar ayat ini dari pembaca.

Ada juga yang begini:

"Saya baru buat loan asb,baru je lulus,tetapi saya tak bayar pun,dah batal dah pun.saya buat tak tahu je.saya ada dapat apa-apa duit tak kalau dah batal dan dividen saya macam mana?"

Janganlah macam tu ya,kalau buat loan asb,dah sign dah bagi dokumen,maknanya anda sudah bersetuju untuk komit dengan bayaran bulanan.Jika tak jadi buat,beritahu awal-awal sebelum banker itu proses loan anda,Jika tidak "anda akan ada record ccris,2 bulan outstanding".Walaupun sijil automatik sudah terjual,tetapi yang outstanding 2 bulan tu tetap kena bayar ya.Kan dah tak cantik nama tu.

Lagi satu kalau outstanding 2 bulan tu anda biar pula,buat dekk je,buat macam tak tahu apa-apa,haa tu yang jadi dapat surat cinta dari legal firm/lawyer bank.Sudahnya amount tertunggak ratus-ratus,boleh jadi ribu-ribu kalau lama-lama anda buat tak tahu.Jadi sebelum buat fikir dulu.Fikir dan buat ikut mampu..ok?

Baiklah,ada yang bertanya macam mana nak kira cash value /refund /surrender value kalau saya batalkan loan lepas 3 tahun atau lepas 5 tahun kak?Jadi kat sini akak ajar simple je.

Peringatan:Contoh pengiraan ini hanyalah anggaran amount sahaja.Contoh menggunakan ini hanya sesuai jika anda baru hendak buat loan asb.Ia sesuai jika tahun dan interest digunakan adalah sama setiap tahun.Jadi pengiraan menggunakan income calculator sesuai untuk anda buat pengiraan berapa dapat pulangan bila ASB Loan dibatalkan tahun tertentu.

 

Cara dibawah mungkin tidak sesuai digunakan bagi anda yang "sudah"ada asb loan sejak sekian-sekian tahun.Jadi anda boleh baca artikel ini untuk "existing"yang sudah ada loan di link berikut

Berapa dapat duit pulangan bila ASB LOAN dibatalkan. 

 

 

Caranya pengiraan untuk loan yang akan dibuat jika dibatalkan untuk sekian-sekian tahun:

1.Kalau anda pakai handphone samsung/android macam akak.Download financial calculator.



Jangan keliru,dalam apps tu banyak sangat pilihan financial calculator.Nak mudah pilih sama macam akak yang gambar macam atas ni.Jadi senang untuk anda buat anggaran pulangan bila loan asb dibatalkan nanti.




2.Lepas tu pilih loan calculator ,item no 3 yang gambar rumah kuning tu.






3.Kemudian isi ruang loan,interest rate,long term .Contohnya loan anda RM200,000.00 diambil dalam masa 30 tahun dengan kadar interest 4.85.%

Bila dah isi semua,anda akan nampak amount yang anda bayar berapa sebulan.Kenapa..bayaran tak sama?Yang anda bayar lebih sedikit?..Jangan gelabah dulu,bayaran tersebut sudah termasuk insurance ,jika mahu 'exact"amount.Loan tersebut hendaklah dimasukkan dengan jumlah takafulnya Juga.Contoh loan asb 200,000 dan takadul 1810,Jadi kena keyin 201,810.00.Mungkin juga tak sama dengan jumlah anda bayar mengikut tahun dan kadar interest bank tersebut.


Kemudian untuk dapatkan cash value,klik di perkataan "amortization"amount.


4.Lihat bahagian NO di belah kiri,setiap no mewakili bulan.

CONTOHNYA: anda merancang untuk batalkan loan selepas 5 tahun bersamaan 60 bulan,Jadi anggaran pulangan cash value anda adalah 200,000- 183,263.47

Lebih kurang dalam : RM 16,736.53

Jadi bayangkan,andailah dividen  dalam 5.5 % (paling rendah) setahun dan tiada peningkatan dividen selama 5 tahun,anda pula buat cara compounding,jadi roughly dividen yang anda akan dapat selama 5 tahun termasuk surrender/cash value.:



Total compounding dividen : RM 61,392.00

Surrender value :RM 16,736.53

Total DIVIDEN + CASH VALUE :RM  78,128.53


Ok tak ada saving banyak ini hanya dengan 5 tahun? agak-agak kalau simpan sendiri boleh dapat tak banyak ini?Takut-takutnya plan nak simpan sendiri,simpan awal bulan,tengah bulan terpaksa gigit jari sebab simpanan dah dikeluarkan tanpa sengaja..Eh!

Disclaimer:Pengiraan diatas hanyalah contoh,tidak mewakili mana-mana pihak.Pengiraan juga adalah anggaran,ia akan mengalami perubahan jika berlakunya perubahan bayaran (naik dan turun BR) juga termasuk dengan amount takaful/insurans.


Ada juga soalan :Saya dah jalan loan ASB kesekian tahun,berapa ya kak kalau saya batalkan sekarang?

Jawapan paling senang,tengok je dalam online banking uols.Tengok bahagian outstanding loan.

Jika anda buat loan awal-awal RM50,000.00 dan sekarang outstanding dalam online banking tinggal RM43,000.00,jadi kalau batalkan anggaran akan dapat  dalam 7k anggaran..

Takde online banking?datang je ke cawangan bank yang anda buat loan tu,Bagi ic minta diorang buat semakan.Semak berapa baki loan ASB SAYA.Kalau saya batalkan sekarang berapa anggaran cash value saya dapat.?

Pembatalan ambil masa berapa lama?

Selalunya dalam 2 minggu-2 bulan,tengok proses .Jangan ingat isi borang hari ini,esok dah dapat duit.Bank pun ada proses kena buat.Kena isi borang,keyin sistem,jual sijil ke PNB dan semua tu ada proses flow,semua selesai baru duit akan dikreditkan ke akaun saving anda.

Sebab tu dalam tempoh masa pembatalan,selepas isi borang,loan hendaklah diteruskan bayaran bulananya sehingga akaun betul-betul sudah ditutup.Jangan risau dividen pun tetap dikira selagi loan belum habis ditutup,contohnya isi borang bulan Januari.
Loan berjaya ditutup bulan march,jadi tahun berikutnya dividen dari januari-mac tetap dapat.
Pengiraan purata.

Sesetengah bank akan buat kredit dua kali lepas loan dibatalkan,sekali kredit untuk refund dari principal,kali ke dua dari insurance.



 
Yang Saya bayar bulan-bulan tu "burn"ke kak?

Soalan ni akak rasa mesti agent ASB tak explain dengan anda atau dah explain anda hilang ingatan.Ala janganlah marah,gurau-gurau ja.

Bila anda ambil loan ASB 200,000 contohnya,yang anda bayar bulan-bulan tu bukanlah duit anda lagi.Ia bertujuan untuk bayar interest + principal.Anda kena faham konsep loan,ia ada interest dikenakan bank.Bank bukanlah badan charity yang bagi anda pinjam duit tanpa kenakan profit.Standarlah tu kan,ada ke saudara mara kita nak pinjamkan 200,000 ke macam tu?Susah nak jumpa kan...

Jadi bila anda batalkan contohnya tak sampai setahun,maybe tiada langsung cash value,kerana tahun pertama kadar pembayaran lebih kepada interest.Jadi apa yang anda dapat mungkin dividen sahaja.

(Akak tekankan "mungkin" disini sebab ada juga yang dapat cash value bergantung takaful & promosi interest bank ketika anda ambil loan masa tu ya.)

Ada juga yang batalkan setahun,contohnya anda dapat cash value dalam : 200,000- (196,968,amount dari amortization ) :RM 3032.

Lepas tu mulalah anda yang tak berapa faham ni berkata "rugilah buat asb loan,bank telan duit aku" aku bayar sebulan 1055 x 12:RM 12,660...dapat balik duit aku RM 3032 JE....Rugi,rugi..

Kalau anda tak faham memang akan rasa rugi sebab anda hanya lihat pada amount cash value sahaja.Anda tak kira dividen?Kalau contohnya dividen 5.5%.

Bukankah total duit anda dapat :RM 11,000 ( dividen)  + RM 3032.00 =RM 14,032.00.

Oleh kerana anda batalkan asb tu dalam tempoh masa setahun je ,sebab tu cash value banyak tu je.Tak rugi pun kalau anda campur dengan dividen.Lagi lama anda buat,semakin tinggi lagi cash value tu.

Tetapi kalau anda bayar loan tersebut  sampai habis pula,anda akan dapat pula sijil 200,000 tu plus dividen .

Contoh buat loan 30 tahun dengan kadar dividen 5.5 % (compounding):  796,790.26
Nilai sijil loan ASB                                                                                  :   200,000.00
Jumlah selepas 30 tahun                                                                           :996,790.26

*Dekat ke 1 million hokay...Ini kita ambil dividen 5.5% sahaja selama 30 tahun,jika ada peningkatan dividen?Tak ke okay tu?


Jadi memang duit yang anda bayar bulan-bulan takkan dipulangkan,kalau stop pertengahan jalan pun,begitulah pengiraan cash value nya.Faham?

Cuba anda bayangkan,kalau bank tak pinjamkan duit dia 200,000 tu anda boleh ke dapat dividen banyak tu dengan duit sendiri?Tak boleh kan...jadi disitu kena kira betul-betul,jangan tengok surrender value/cash value sahaja.Lagipun ia konsep win-win situation..Lagi satu asb loan ni sangat bagus pada anda yang tiada disiplin untuk menyimpan demi masa depan ni.


Kalau anda tak mulakan sekarang,jangan menyesal lepas 30 tahun anda bekerja hanya ada duit KWSP sahaja,itu nasib baik kerajaan buat potongan KWSP.

Kalau tak,dahlah kita dah tua,kulit kerepot,mata dah rabun,kaki dah lemah,jangankan nak menyimpan,nak keje pun dah susah.Paling kesian,termenung tepi jendela,kita terfikir selama ni aku kerja kemana duit aku ya...

Haa masa tu masa tak boleh kembali dik,masa muda ni lah paling bagus buat simpanan ASB.

Mesti ada yang baca ni cakap dalam hati,alaa kak ntah-ntah saya mati awal,tak sempat tua.
 

Sebab tu adanya takaful dalam asb tu bagus,sekurang-kurangnya tak lah mati katak,kalau hidup selalu susahkan mak bapak,sekurangnya-kurang ada asb loan mati walaupun tak bayar habis lagi,mak bapak boleh claim simpanan awak tu.

mesti mak awak walau dalam sedu sedan menangis kehilangan awak,tetap surprise awak ada simpanan yang diorang tak tahu selama ni kan kan..?

Heeheh..itu contoh je,janganlah terase ye...jom mulakan simpanan asb ye..roger-roger akak taw...


Jika ada yang ingin memulakan simpanan dalam asb loan boleh hubungi akak di talian :

 
IRDA
penasihat kewangan anda.
Lebih info kewangan&simpanan.Boleh join disini👇👇


 p/s:Post ini membantu anda yang mencari info?Boleh bantu akak untuk kita manfaatkan muamalat ini bersama?.Dermakan RM1 atau semampunya anda ke akaun dibawah :

Maybank 564829000530 atas nama "Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha".

Terima kasih.


Jika rasa entry ini bermanfaat boleh share ya.
Appreciate your time reading this entry.

26 Comments

Thank you,come again :)

  1. sayang pulak nak terminate.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nina...boleh whatsapp akk juga incase need advised ya.

      Delete
    2. Niat memang nak batalkan ASB loan ni tapi lepas habis baca, sayang pulak nak batalkan. Tapi ada satu soalan, sekiranya berlaku krisis ekonomi, berbaloikah jika batalkan ASB loan pada masa krisis itu?

      Delete
    3. Soalan yg bagus tu... Sy plk plan nk batal dh msuk 5tahun ni. Nk byr srata umah. Pastu buat @sb loan yg baru. Agak² lulus x

      Delete
    4. ya boleh shj.hubungi sy ya

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. alaaa.. kenapa baru jumpa post ni?

    ReplyDelete
  4. Baru faham lepas baca post akak ni, patutlah 1st year ni x bnyk berubah nilai loan tu. Tq kak!

    ReplyDelete
  5. salam, nak tye la.. klu saya bru loan asb 2+ thun, jika tiap2 awl tahun saya amik dividen adakah ia terjejas jika saya penutup ASB saya after 3years loan asb..?? tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. semak outstanding loan yang terkini.boleh pm utk info

      Delete
  6. Assalam..nak tanya kalau kita dh sign tp nak batal sbb bulanan terlalu tinggi dan x mampu..tetapi agen ckp tak boleh..sedangkan masa sign dia x ckp apa². Cuma dpt call bgtau byrn sekian² jd saya xnak teruskan..tapi tau² loan jalan jgk dgn bulanan yg tinggi yg mmg sy tak mampu..mcmana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn contact ejen,pergi cawangan utk batalkan

      Delete
  7. Assalam..nak tanya kalau kita dh sign tp nak batal sbb bulanan terlalu tinggi dan x mampu..tetapi agen ckp tak boleh..sedangkan masa sign dia x ckp apa². Cuma dpt call bgtau byrn sekian² jd saya xnak teruskan..tapi tau² loan jalan jgk dgn bulanan yg tinggi yg mmg sy tak mampu..mcmana tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm.mna penyelesaian ya?..dh dpt?

      Delete
    2. mcm.mna penyelesaian ya?..dh dpt?

      Delete
    3. Semalam sy bru p terminate..sy ambek cimb..sng ja p ckp xmampu byr dh dia bg isi borang dpn dia ja,pastu dia print out pulangan pd kita..so kita ambil no giliran p bratur untuk pengeluaran manual dividen kita tu..yg online terminayion tu ambek masa sebulan bru xdak dlm online banking kita dah.tp alhamdulillah dpt segera wat keluar dividen tu

      Delete
  8. Salam admin,
    Mohon bertanya bolehbkah loan ASB bekukan akuan bank personal?

    ReplyDelete
  9. Salam Kak..dah 11 tahun sy mencarum asb loan 100k..sekiranya dividen sy dh guna..adakah total compounding dividen dikira juga setelah termination?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dividen sudah dikeluarkan,itu bukan compounding

      Delete
  10. sy pulak dah buat loan 10thn dah matang cuma nak buat jualan balik sijil tu mcmne ye coz sy rasa sijil tu dah hilang macamne ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bank tidak memberi sijil pada mana2 pelanggan yg masih ada loan asb.Sijil hanya diberi jika loan asb sudah tamat dibayar.jd jika ingin batalkan loan sebelum loan itu habis dibayar,mudah sahaja.Direct walkin ke mana2 cawangan dan isi borang pembatalan

      Delete
  11. tanya..saya buat permohonan batal loan asb darai mac 2021 tapi hingga kini dah bulam 12 tiada apa2 pulangan balik ..buat loan dah hampir 13 tahun..kenapa ye lama sngat ..dah g rujuk bank..katanya dalam proses..lamanya..

    ReplyDelete
  12. salam sis, saya baru sahaja tamatkan asbf saya selepas 5 thn kerana ada masalah kewnagan. saya nak tahu, sekiranya saya tamatkan pada pertengahan thn (bulan 6) adkaha saya dapat dividen itu sekali semasa bank kreditkan duit. atau saya perlu tunggu dividen diumumkan pada hujung tahun? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya akan dapat selama mana yg dah bayar

      Delete
  13. Ada juga yang batalkan setahun,contohnya anda dapat cash value dalam : 200,000- (196,968,amount dari amortization ) :RM 3032.

    Lepas tu mulalah anda yang tak berapa faham ni berkata "rugilah buat asb loan,bank telan duit aku" aku bayar sebulan 1055 x 12:RM 12,660...dapat balik duit aku RM 3032 JE....Rugi,rugi..

    Kalau anda tak faham memang akan rasa rugi sebab anda hanya lihat pada amount cash value sahaja.Anda tak kira dividen?Kalau contohnya dividen 5.5%.

    Bukankah total duit anda dapat :RM 11,000 ( dividen) + RM 3032.00 =RM 14,032.00.

    bukan ke duit dividen guna utk bayar balik loan jadi
    12,660 - 1100 kena tambah lagi 1660 duit sendiri
    klu tutup 3032 - 1660 = ni je yg bersih kita dpt kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post