Ramai yang whatsapp dan ada juga yang call saya hanya untuk bertanya berapa dapat pulangan bila ASB Loan dibatalkan di bank-bank yang anda buat.Samada ada yang kurang jelas dalam artikel sebelum ini atau tidak mahu menyemak satu persatu yang saya tulis.Ada juga yang memberitahu banker sebelum ini hanya tinggalkan bluetick sahaja tidak menjawab persoalan.

   

 

Sebenarnya semua persoalan itu dan jawapanya ada di artikel yang ini  : [ Berapa dapat pulangan bila LOAN ASB dibatalkan? ]

 

 Jadi anda akan lebih jelas untuk tahu bagaimana pengiraan untuk mengetahui berapa dapat duit pulangan bila asb loan dibatalkan.


Cara mudah untuk anda mengira berapa dapat duit pulangan bila ASB Loan anda batalkan sekarang.?

Jika  ASB loan di CIMB BANK.Cara-caranya :

1.Buka cimb clicks anda.Lihat bahagian unit trust atau ASB loan.

2.Semak baki loan asb anda yang terkini .Anda klik no akaun tersebut akan nampak bakinya.

Contohnya jika anda ambil ASB LOAN RM100,000,baki anda dalam cimbclicks sekarang RM 98,000.00 .Bermakna anggaran yang anda akan dapat pulangan adalah ( RM100,000- RM98,000=RM2000).

Amaran Penting:Ini hanyalah pengiraan anggaran.Tidak selalunya tepat dan jitu.Mungkin terkurang atau terlebih itu semuanya akan ada.Tetapi jika anda ke bank,banker juga akan kira *anggaran* begini kerana tiada nilai yang paling tepat untuk menentukan berapa dapat duit pulangan atau cash value bila loan dibatalkan

Jika anda anda ambil moratorium,duit pulangan mungkin akan berkurangan lagi.Jadi lebih atau kurang jumlah sebenar daripada duit pulangan ASB Loan  hanya dapat diketahui bila pembatalan ASB loan anda selesai .Ia melibatkan beberapa pihak antara pihak bank,PNB dan insurans company.

 Jadi sebelum pembayaran dipulangkan kepada anda,ia adalah hak bank untuk menyelesaiakan segala tunggakan bayaran atau apa-apa kos yang belum anda bayar barulah jumlah sebenar dimasukkan ke akaun anda.

3.Tapi jika anda ambil loan asb,RM100,000 tapi baki loan yang anda lihat di online banking sekarang adalah 100,250.00 contohnya.Bermakna ada lagi insurans yang perlu dijelaskan untuk anda tutup akaun dengan kadar segera.

 

Kenapa ada insurans dan apa itu insurans dalam ASB loan?Boleh baca di artikel ini :

[Perlu kah insurans atau takaful dalam asb financing?]

 

Begitu juga loan-loan asb di bank lain seperti ASB Loan di Maybank ada Maybank2u,RHB ada online online RHB,Affin Bank ada AffinOnline.

Namun ada juga pembaca saya yang ambil ASB Loan di bank seperti Ambank tidak dapat semak baki loan di online jadi caranya anda perlulah hubungi banker anda dulu.Jika tidak dapat jawapan anda boleh sahaja walkin ke cawangan atau boleh call sahaja customer service Ambank untuk anda semak baki loan yang terkini.

Kemudian bila dah tahu jumlahnya bolehlah anda buat pengiraan sacara samar dulu dengan cara yang saya sudah tunjuk  diatas

 Apa-apapun sebelum anda batalkan ASB LOAN  kerana mungkin tidak berkemampuan lagi untuk membayar kerana kehilangan pekerjaan,mungkin kerana anda terlalu banyak komitmen atau mungkin kerana anda ingin dapatkan cash value sahaja.Ada beberapa pesan yang saya ingin anda tahu dahulu sebelum membatalkan ASB loan anda pilih.Boleh baca 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum ASB loan anda batalkan di artikel di bawah:

[10 perkara perlu anda tahu sebelum batalkan pinjaman ASB ataupun loan ASB

 

Appreciate your time reading this entry.

4 Comments

Thank you,come again :)

  1. Tu pasal Syu tak berani nak buat loan ASB ni.Sebab takut tak boleh nak bayar.Tambah time pandemik macam ni.Bila-bila masa jer boleh kena buang kerja😁.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin masa ambil tu ambil yg termampu sebagai force saving.insyaAllah jika ada niat menyimpan Allah permudahkan..mana yg ada loan asb lebih swtahun dan ada dividen..saat2 sesak beginilah dividen aab tersebut sebagai dana kecemasan

      Delete
  2. Hai kak irda
    How are you ?
    Rabia singgah ke sini ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post