Rayyan Mikhael memang lambat pandai berjalan berbanding kakaknya yang pandai berjalan pada umur 1 tahun.Mikha hanya pandai berjalan ketika umur 16-17 bulan ( 1 tahun 5 bulan).

Namun menurut pembacaan saya,ia normal,selagi perkembangannya sentiasa ada bermula dengan meniarap,duduk dan merangkak,dan berjalan.Jadi ibu-ibu tak perlu risau sangat walaupun anak kita tak secepat anak orang lain yang sebaya dengannya atau lebih muda darinya sudah pandai berjalan.
Setiap anak berbeza-beza kepandaiannya dan kecepatannya.



Sebagai ibu,saya juga pernah stress bila selalu ditanya"anak dah pandai jalan?",napa lambat sangat dia pandai berjalan?anak si fulan dan si fulan tu lebih muda darinya dah nak pandai berlari dah.


Paling buat kita sentap ada pula mulut cakap anak kita lembik ke apa.Ohh came on!,kenapa cakap macam tu?Allah mencipta manusia ni pelbagai dan begitu juga kepandaian seseorang,jika lambat berjalan tidak semestinya ciptaan Allah tak sempurna.Pasti ada kebaikannya yang lain yang kita tak nampak.Jadi kita sebagai ibu-ibu harus rajin membaca dan bertanya pakar .Bukan sesuka hati menghukum sesuatu kejadian mengikut sedap selera kita .Jangan kita pandang anak kita semua cepat pandai,merasa anak kita yang bagus.Ingat ada anak yang terpandai  pun,pernah mengisi nama dalam buku guiness of record pun,bila dewasa ada yang tidak menjadi juga.Banyak contoh tetapi tidak perlu saya senaraikan disini kerana bukan itu tujuan saya.


Saya juga pernah tertanya-tanya,bila mikha nak pandai berjalan bila melihat anak vivy yusof ,Sarah yang lahir bulan 10 manakala mikha bulan 9.Sarah pun pandai berjalan dengan cepat berbanding Mikha.Jadi memang rasa khuatir kita sebagai ibu itu tetap ada apabila kita mula membandingkan anak kita dengan anak orang.

Namun sebagai ibu yang bijak,kita harus ketepikan kata-kata orang,jangan ambil peduli dengan kata-kata orang Kita sendiri sebagai ibu harus positifkan minda dan sentiasa yakin"anak aku akan pandai jalan tak lama lagi."Kita sendiri jangan sesekali membanding-bandingkan anak kita.Jangan sesekali biarkan kata-kata orang masuk dalam otak kita dan memprosesnya jadi input negatif pada kehidupan kita sebagai ibu.

 Sebenarnya,selagi anak itu berkembang dan sentiasa ada step-step kepandaianya bertambah bermula dengan meniarap jadi lambat berjalan itu bukanlah masalah besar.Pengalaman saya,anak sentiasa ada perkembangan bermula dari meniarap,duduk,mengengsot ,merangkak kemudian berjalan.Setiap perkembangan ini sentiasa ada walaupun ia makan proses yang lama untuk satu-satu kepandaiannya termasuklah lambat berjalan.

Kajian Amerika ,mengatakan jika anak merangkak agak lama sebelum berjalan.Ia bagus untuk kekuatan otot spinal cord atau saraf tunjang.Saraf ini menghubungkan banyak saraf lain ke otak.Saraf tunjang ini akan mempercepat lagi penghantaran impuls dari tubuh ke otak dan ke tubuh semula.Pergerakkan kaki dan tangan yang berulang-ulang mampu menguatkan lagi otak kiri dan kanannya.Penumpuan dan memorinya akan lebih baik kerana pergerakan yang berulang-ulang kali akan meransang neuron dan otak akan mengawal bahagian kognitif.

Koordinasi mata bayi juga akan dilatih dan ini penting supaya anak mudah membaca dan menulis kelak.Sistem penglihatan binokularnya akan diransang semasa merangkak kerana ia melatih penglihatannya melihat jauh manakah jarak sekeliling.

Jadi dengan membaca info-info ini,kita sebagai ibu sebenarnya akan berasa lebih lega jika saat ini anak masih lagi merangkak belum pandai berjalan walaupun sudah berusia lebih dari setahun.Kerana tiada satu pun garis panduan yang jelas,umur terakhir anak sepatutnya pandai berjalan.Biarkan anak berkembang ikut aturan yang telah Allah tetapkan dan semua ada hikmahnya.Bagi ibu-ibu yang anaknya pandai berjalan cepat pula atau tidak merangkak tetapi terus berjalan,kajian diatas adalah subjektif.Mungkin juga ada hikmah Allah yang tersembunyi disebaliknya.Kita sendiri sebagai ibu harus positif .

Antara usaha-usaha saya untuk memastikan anak saya pandai berjalan adalah

1.Urut  Mikha.Ni ketika mikha umur 13 bulan rasanya.Sekali je urut.Memang saya ada tukang urut yang selalu datang kerumah.Minta dia urutkan mikha sekali.Huhu,sekali tu sahaja dia berurut,Sebab kesian dia nangis-nangis mungkin tak suka orang pegang atau ada yang sakit.Memang saya tak urut dah lepas tu.

2.Setiap kali lepas solat,saya akan pegang kakinya dan main-main jari kaki dan urut-urut betisnya,saya doa dalam hati"moga tak lama lagi mikha akan pandai jalan"

3.Kadang-kadang ada juga hb bawa naik motor pagi-pagi jalan-jalan kawasan taman yang ada rumput.Bawa Mikha berjalan sambil dipimpin  diatas rumput taman dan kakinya basah dek embun pagi.Ini petua orang dulu-dulu .

4.Last sekali,mak ada minta cara kampung.Caranya ni macam ada tali yang diikat pada pinggang.Ikat longgar-longgar macam tu.Biarkan ia tertanggal sendiri.Ni memang orang dulu-dulu petua buat macam tu kalau anak lambat sangat nak pandai berjalan.Tali tu macam dibuat dari tumbuh-tumbuhan.Memang ia diikat longgar,bila cuba adjust ketika pasang pampers mikha,nampak mikha geli-geli dan macam nak joget-joget .Mungkin orang dulu-dulu ada idea buat macam ini cuba meransang pinggang baby lebih kuat dan tegap untuk menampung bila bayi berdiri.Saya cuba bermonolog bila mak dah ikatnya pada pinggang mikha.

Tapi hb dah potong awal tali tu tanpa biarkan dia tertanggal sendiri.Sebab bila tali ikatan tu semakin loose,ia dah sampai bahagian bird dia,kalau dia cuba bangun dan jalan sikit-sikit menggangu langkahnya dan nampak dia pegang-pegang pampers dia tu(masa ni mika dah tunjukan skill nak berjalan,bangun jalan setapak dua n jatuh semula.)

5.Sentiasa mohon pada ALLAH moga anak kita baik-baik sahaja.Sentiasa doa,kalau Allah kata ia pandai berjalan lambat itu lebih baik,maka itu yang terbaik.Tetapi dalam berdoa saya juga buat tips diatas untuk memastikan anak saya pandai berjalan sebelum usia 18 bulan.




Alhamdulilah,usia 16-17 bulan mika dah pandai berjalan.Jika masuk 18 bulan ada terbaca kalau tak pandai berjalan lagi boleh berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan terapi.Alhamdulilah mika tidak perlu sampai jumpa doktor.

 Sekarang mama dan papa teersenyum melihat kaletah Mikha berjalan.Kejap-kejap masuk stor,kejap-kejap pergi bilik air,kejap-kejap pergi dapur.Tersenyum riang dia bila berjalan.Mama gembira bila anak dah pandai berjalan walaupun hakikatnya mama penat dok ikut dia jalan terkedek-kedek tu.

Akhirnya sedar,bila anak lambat berjalan semuanya ada hikmah.Sebelum ni saya sibuk dengan urusan rumah,mungkin sebab itu ALLAH pandaikan anak berjalan sesuai dengan waktunya.Di rumah baru dengan semua hal selesai bina rumah dah selesai.Kalau tidak mengah saya dibuatnya.

Alhamdulilah..

Bagi ibu-ibu yang anaknya lambat berjalan.Jangan sedih.Kita berusaha dengan cara kita dan jangan sesekali kita bandingkan anak-anak kita.Nikmati sahaja proses pembesaran anak dan setiap perkembangan anak-anak tidak sama walaupun umurnya sama.

Kita ini dicipta olehNYA,serahkan semua pada Sang Mencipta dan Dia lebih mengetahui setiap jalan perkembangan hidup kita.

InsyaALLAH.
Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post