Kenapa pilih Hotel /Apartment Zetter Suites.
Sejujurnya sebelum ni banyak tempat yang saya stay di Cameron Hingland,saya rasa Zetter Suites juga not bad.Jika sebelum ni saya pernah stay di Strawberry Park Resort atau apartment murah bank punya fasiliti dulu (ketika saya masih berkerja di CIMB),kalini atas idea SM Anna,Zetter Suites menjadi pilihan kami.Alhamdulilah kami tidak salah memilih kerana apartment Zetter Suites memang seperti dalam gambar.Cantik dan bersih.
Selain itu saya bahagikan kepada 3 komponen kenapa tidak salah memilih Zetter Suites sebagai tempat penginapan ketika bercuti di Cameron Highland.
HARGA BERPATUTAN
Kami tempah 4 apartment.2 unit studio dan lagi 2 unit ada 2 bilik.Untuk saya memang saya ambil unit studio,almaklum ada anak kecil,jadi tinggal dalam kalangan family sahaja itu lebih baik supaya group lain tidak terganggu jika anak meragam.Harga yang kami bayar sangat berbaloi.Murah dan dapat apartment yang selesa.Maaf ini bukan review berbayar tau.
LOKASI MENARIK
Berhadapan Zetter Suites ada pasar malam Brinchang.Sebenarnya saya rasa pasar malam Brinchang entahlah bagi saya makanan yang dijual disana ,ya mungkin bukan semua.Harganya tidak sesuai rasa.Lebih berbaloi pergi pasar malam area KL,sebab ada juga lebih sedap.Cuma di Cameron sebab sejuk kan,perut sentiasa lapar,beli apapun terpaksa juga dihabiskan.
Dibawah apartment ada cafe,7 eleven dan beberapa kedai makan.Harga yang kami bayar tidak termasuk breakfast.Kami breakfast di luar sahaja .Tapi ok je sebab banyak kedai makan yang berdekatan dengan apartment.
BERSIH DAN NAMPAK MEWAH
Ya,bila kita lihat foto dalaman apartment Zetter Suites semua nampak macam ENGLISH style sangat.Dekorasi dan susun atur perabot membuatkan kita terasa begitu selesa.Katil dan sofa yang sangat klasik.Ibarat berada di sebuah hotel mewah di luar negara rasanya.Bila kita buka tingkap pula kabus diluar dan angin dingin suasana Cameron Highland begitu menyamankan.
Namun begitu,apartment masih belum lengkap,masih perlu penambah baikkan.Seperti sediakan pinggan ,cawan yang mencukupi dan sabun cuci pinggan.
Jadi kami yang sentiasa kebulur dalam cuaca sejuk boleh masak simple food untuk mengalas perut.Nasib tak bawa nugget ke atau frozen food ke,sebab tak dapat nak masak semua tu.
Masa saya sampai tu,cadar agak kekuningan sikit.Memang minta terus receptionist tukar.Pantas mereka datang selepas saya call.Tapi di Zetter Suites receptionist hanya bertugas sampai pukul 7pm,kemudian dibawah tiada orang dah .Kira macam kalau kita malam-malam keluar ke lobby memang dah gelap tiada orang yang akan senyum pada kita seperti kebanyakkan hotel lain.
Untuk housekeeping pula,mereka akan kemas bilik kita bila diminta sahaja.Kalau kita belum check out,kita perlu inform reception jika kita perlukan housekeeping,jika tidak mereka tidak akan datang untuk kemas atau bersihkan bilik kita.
Masa saya datang tu,lif ke tingkat 2 hanya 1 berfungsi.Beberapa lif lain rosak.Bayangkan kami menunggu agak lama untuk satu lif yang selalu penuh tu.Nasib naik tangga ke tingkat 2 tu bukanlah satu hal yang besar.Untuk penyelenggaraan lif dan fasiliti lengkap dalam apartment ni nampaknya pihak pengurusan Zetter Suites perlulah membuat penambahbaikkan.
Apapun.saya tetap menyatakan Zetter Suites akan jadi pilihan kami lagi jika ke Cameron Highland.Harga dan lokasinya yang strategik menjadikan ia sebagai listing pertama pilihan kami jika ke Cameron lagi tahun ni.
Here video Zetter Suites yang diambil oleh kawan-kawan .
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)