Jawapannya perlu kalau anda terganggu pendapatan disebabkan wabak covid19 yang melanda negara sekarang ini dan jawapannya amatlah tidak perlu dan bayar sahaja seperti biasa jika anda makan gaji yang mana gaji anda tidak sedikitpun mengalami pemotongan.Dana kecemasan anda juga mencukupi.
Moratorium amatlah membantu bagi peniaga yang berniaga dan berpendapatan harian,bagi mereka yang dibuang kerja kerana syarikat tak dapat bayar gaji dan juga berlaku cuti tanpa gaji.Apajua situasi yang menyebabkan masalah pendapatan dan masih mempunyai hutang dengan bank,maka moratorium lah pilihan terbaik buat anda.
Namun andai saat ini,ekonomi anda sedikitpun tidak terjejas dengan covid19,simpanan kecemasan pun sudah ada,maka pendapat saya wajiblah anda bayar pinjaman itu seperti biasa.
Kenapa perlu bayar macam biasa walaupun ada moratorium?
Moratorium diwujudkan untuk orang yang mengalami masalah kewangan.Saya ulang masalah kewangan dan tidak mampu sehingga mengganggu corak kehidupan mereka.Sumber kewangan untuk makan pun cukup-cukup sahaja.Jadi anda yang tidak berada disituasi tersebut kenapa harus ambil moratorium?bayar sahaja seperti biasa kerana bila anda membayar ,anda juga memudahkan urusan sendiri dan bank juga menerima profitnya.
Bagi mereka yang tidak terganggu ekonominya memberi alasan:
1.Saya nak invest wang yang saya gunakan setiap bulan itu ke tempat lain.
Bayangkan kalau sebulan saya bayar loan total RM5000.Kalau 6 bulan saya dah boleh buat simpanan dan pelaburan berjumlah 30,000.Bagus bukan?
atau
2.Kalau saya stop 6 bulan bayaran loan tu,saya boleh gunakan untuk beli barang-barang yang selama ini saya idam-idamkan.
atau
3.Kalau saya tak bayar loan selama 6 bulan tu,bolehlah saya merancang perbelanjaan saya dengan lebih baik lagi.Cash is more important
Pada pendapat saya,
NO 1 "Penangguhan bayar hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman"Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari.
Sekiranya kita mampu,bayarlah hutang tersebut secepat mungkin.Adalah satu kezaliman bila kita mampu membayarnya tapi kita sengaja melambat-lambatnya atas tujuan lain.
Dalam dilema covid19 ini,apalagi lah keuntungan yang ingin kita kira?dapat makan dan keluarga sihat walafiat itu adalah pelaburan yang paling utama.Jika kita mampu pula membayar hutang-hutang dengan masih mempunyai dana kecemasan yang mencukupi untuk kita dan keluaga,buat apa hutang ditangguhkan?
Samada hutang dengan saudara ,kawan-kawan dan bank sekalipun.Jika ada kemampuan bayarlah ia.Percayalah ALLAH akan bantu kita yang bersungguh-sungguh hendak langsaikan hutang.
Orang yang berhutang,mampu membayarnya tetapi sengaja melambatnya,jika ia mati syahid pahala mati syahid pun tergantung
"Allah swt mengampunkan dosa orang yang mati syahid kecuali hutang"Direkodkan oleh Imam Muslim.Kita tahu pahala mati syahid ini adalah ganjarannya syurga namun ia akan terhalang dengan hutang."Nau'zubillah".
Satu persoalan saya,tenangkah anda menyimpan wang hingga 6 bulan itu kononnya atas alasan untuk dilaburkan sedangkan selepas 6 bulan anda tahu masih ada hutang yang masih dalam tunggakan.Walaupun bank beri pelbagai kemudahan seperti tiada compounding interest dan sebagainya,tetapi tenangkah anda?Jujurnya saya tidak tenang untuk membuat simpanan selagi saya masih ada hutang.
kedua-Bagaimana anda merasa dalam keadaan gawat dengan wabak penyakit ni anda terfikir untuk berbelanja mengikut nafsu.Bukankah kita hanya perlu beli keperluan bukan kehendak.Apalah sangat kita tangguhkan rasa dan keinginan kita yang tidak-tidak bila semuanya sudah berlalu.Sekarang sumber kewangan yang ada dapat beli beras dan ada hidangan atas meja,ada duit untuk menampung kos perubatan yang mencukupi dan masih ada duit dapat diberikan pada mak ayah di kampung pun sudah memadai.Ingat saat ini tiada apa yang lebih penting selain rasa sihat ,makanan dan tempat tinggal .
ke tiga-Merancang perbelanjaan bukanlah dengan mengabaikan hutang.Sekali lagi saya jelaskan,jika anda tidak tergolong dengan pemotongan gaji,tidak pula terjejas pendapatan bulanan.Ada pula dana kecemasan.Dengan kebenaran KWSP dapat dikeluarkan RM500 setiap bulan.Ditambah pula jika anda bekerja dari rumah ,sudah jimat toll dan petrol ,kurang pula makan diluar.Maka sebenarnya anda telah berjimat lebih banyak.
Wang gaji seperti biasa + KWSP (500)+ TOLL ,petrol dan parking dah jimat.
Jadi jika semua ni ada ,saya rasa anda boleh menggunakan sumber kewangan yang ada tanpa perlu hadkan bayaran pinjaman di bank.
Moratorium sebenarnya sangat-sangat membantu bagi mereka yang terputus pendapatan.Rasa bersyukur sangat kerana ia inisiatif yang dikeluarkan oleh bank-bank di Malaysia bagi yang terjejas.Alhamdulilah...
Namun seandainya saat ini kita tidak terjejas,usah kita ambil kesempatan.Namun jika kita masih lagi ingin mengambil moratorium ini dengan alasan "duit bayaran loan setiap bulan itu boleh digunakan untuk memberi barang keperluan harian kepada keluarga yang tidak mampu atau membantu golongan asnaf,ya mungkin juga anda terfikir begitu'..
Mungkin dengan lebihan kewangan itu kita dapat membantu orang lain .
Apapun ,ia duit anda dan anda sendiri yang lebih faham situasi kewangan anda.Tepuk dada,tanya minda jangan ditanya kehendak selera.
Moga setiap niat kita dalam memilih,memberikan kebaikan untuk kita,keluarga ,agama dan negara.InsyaALAH
Diaricovid19harike10
Irda Garmin
Appreciate your time reading this entry.
Buatlah keputusan yang bijak
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)