Hari ini Malaysia sudah mencatatkan 34 (7 orang tambahan mati yang terkini) kematian dan masih dalam PKP (perintah kawalan pergerakan)hari ke 11 .Perintah ini akan berterusan hingga 14 April yang mana tarikh asal 31 March.Berjayakah kita lari dari virus ini?Hanya ALLAH yang maha tahu.Doa kita moga saya,anda yang membaca dan seluruh penduduk dunia dilindungi dari wabak penyakit yang masih tiada vaksin dan meragut nyawa ini.Dunia,penat dan makin tua...sedangkan kita masih panjang cita-cita!

Bell Pepper, Vegetables, Splash, Fresh, Liquid, Water


Bila tiada lagi vaksin yang ampuh untuk merawat covid19 ,apa yang kita boleh lakukan saat ini adalah dengan mematuhi sepenuhnya nasihat KKM dengan menjaga kebersihan dan stay at home.Selebihnya kita berdoa,dan terus berdoa...moga ALLAH lindungi kita.

Dalam tempoh kawalan pergerakan ini,mungkin kita juga boleh berusaha dengan mengamalkan beberapa makanan yang baik untuk dimakan untuk mencegah covid19 .Usah  penuhkan trolli dengan makanan ringan atau maggi pelbagai perisa.Mari kita mula amalkan makanan dibawah dan jadi pilihan dalam membeli makanan harian iaitu :

1.Kunyit


Umum sudah tahu fungsi kunyit sebagai herba dan rempah dalam masakan.Tumbuhan yang dicipta oleh Allah swt ini ternyata begitu banyak kebaikannya.Kunyit lengkap dengan B6,Vitamin c,zat besi dan magnesium.

-Kunyit mampu mencegah cancer seperti cancer prostat.
Komponen aktif di dalam kunyit dapat mencegah tumor yang disebabkan radiasi.

-Kunyit mampu mengawal kolesterol dan diabetes
Kolesterol dan diabetes bagaikan penyakit yang biasa bagi golongan yang berumur pada ketika ini.Gaya pemakanan dan gaya hidup sudah menjadikan ia penyakit lazim.

-Kunyit dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh.Zat yang ada pada kunyit yang meransang sistem kekebalan tubuh menjadikan ia antibateria dan antivirus.


 Kunyit mengandung zat yang  yang membantu merangsang sistem kekebalan tubuh. Serta antibakteria, antivirus yang dapat membantu memperkuat sistem kekebalan tubuh.Ubat tradional dengan mengkonsumsi kunyit dapat menghilangkan hidung tersumbat, flu dan batuk.

Tetapi awas!Jangan ambil kunyit lebih dari 500mg sehari kerana mengambil terlalu banyak kunyit juga membahayakan kesihatan.

 

2.Halia


Halia merupakan tumbuhan berbunga yang berasal dari negara China.

Rhizome, iaitu bahagian akar tumbuhan ini biasanya dijadikan sebagai rempah ratus, dikenali sebagai halia.

 Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil(Halia).” (Surah Al-Insan : 17).

Halia mengandungi  air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Terlalu banyak khasiat halia sebenarnya.Kalau nak disenaraikan mungkin agak letih untuk dibaca.Namun dengan keadaan covid19 ini saya cuba senaraikan beberapa point penting yang bersesuaian dengan fokus kita untuk cuba mencegah virus covid19.

Salah satu fungsi Rhizome,Halia:
 Melancarkan Perjalanan Darah
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki pengaliran darah, sekaligus membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.Ia sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di Asia.

 Bahan bioktif yang terdapat pada halia dipanggil gingerol yang memberi rasa dan bau yang tersendiri pada halia juga boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman dan bakteria.

Halia berfungsi untuk menghalang pertumbuhan beberapa bakteria dan melawan bakteria di mulut,mencegah penyakit gingivitis dan periodontitis .Ia juga didapati dapat melawan virus yang menjadi punca kepada jangkitan respiratatori.(pernafasan)

3.Teh Hijau

Teh hijau bukan sahaja popular sebagai minuman diet dan banyak kelebihan lain,ia juga boleh berfungsi membunuh bakteria.

Bahan catechin yang terdapat pada teh hijau boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza.

Mungkin ia susah dapat di pasaran,boleh cuba dengan pembelian online.Ralat sebenarnya perintah kawalan pergerakan ni memang selera minum dan "mengeteh "kita di rumah bertambah-tambah.Oleh sebab itu cuba kita gantikan minum  manis dengan teh hijau.Banyak kebaikannya teh hijau ini dan kita fokus untuk penyahaktifan virus pada tubuh kita.

4.Lada Benggala @ Capsicum


Capsicum atau lada benggala mempunyai vitamin c dan hahan antioksida.Kandungan Vitamin C dapat merangsang sel darah putih untuk melawan jangkitan.Ia sekaligus mampu meningkatkan imunisai tubuh.

5.Lemak Ikan atau minyak ikan


Terdapat banyak jenis ikan yang digunakan untuk menghasilkan supplement minyak ikan. Antara yang paling biasa adalah: salmon, kod, kembung, sardin, halibut pollock dan ikan hering. Di Malaysia, kita lebih biasa dengan minyak ikan kod.

Untuk mencegah virus covid19 mungkin kita boleh mula amalkan minyak ikan kerana ia baik untuk menguatkan sistem imun badan.

Moga dengan usaha kita mengamalkan minyak ikan, badan akan lebih kebal daripada dijangkiti penyakit-penyakit biasa, seperti demam, selesema dan batuk.(3 penyakit ini amat sinonim petanda bagi covid19 positif)

6.Bawang putih


Mari kita lebihkan bawang putih dalam masakan.Sudah berkurun lamanya kebaikan bawang putih untuk mencegah batuk dan selsema tidak dapat disangkal lagi.Ia adalah tumbuhan ciptaan Allah yang begitu misteri.

Bahan yang dipanggil Allicin yang terdapat pada bawang putih juga bertindak sebagai antivirus dan antibakteria.Ia berupaya memusnahkan mikroorganisma .Kajian juga menunjukkan pengambilan bawang putih 2-3 biji sehari selama 3 minggu juga dapat meningkatan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan.

7.Sayur bayam


Sayur bayam memang banyak khasiatnya.Untuk kecantikan dan kesihatan,pencegah kanser,baik untuk sistem pencernaan,menjaga tulang,menjaga penglihatan dan pelbagai lagi.

Vitamin A,C.E,D dan B dalam bayam juga menjadikan  sayur ini sangat sesuai untuk menjaga kekebalan sistem imun tubuh. Sistem imun tubuh yang kuat diharap dapat melawan pelbagai penyakit.


8.Buah-buahan citrus


Buah-buahan seperti lemon,limau ,orange ,kiwi dan banyak lagi.Vitamin C dalam buah-buahan ini sanagat tinggi dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan dapat melawan penyakit.


9.Kacang Almond


Kacang almond boleh dijadikan sebagai tambahan dalam dessert harian kita buat masa ini.Ia kaya dengan vitamin C dan E.

Vitamin ini mampu meningkat sistem imun tubuh dan melawan virus corona singgah di tubuh kita.InsyaALLAH

 

10.Madu


Raja segala kebaikan makanan ialah madu.Dalam Al-Quran juga disebut tentang kebaikan madu pada tubuh manusia dalam menangkis pelbagai penyakit.Kita memang digalakkan mengkonsumsi madu setiap hari seperti yang telah disebut dalam Al-Quran dan hadis nabi.

Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah  صلى الله عليه وسلم :
siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat.
(yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut)

 Madu mengandungi antioksidan yang tinggi.Mengamalkan madu dapat  meredakan batuk, menjaga tekak tidak kering, dan menghilangkan kahak.Salah satu tanda virus corona menyerang adalah batuk-batuk berterusan disebabkan tekak yang kering.

Moga dengan asbab kita mengamalkan madu dapat menghindarkan kita dari virus yang mengancam nyawa manusia saat ini.

InsyaALLAH,kita hanya mampu berusaha.Selebihnya bertawakallah kita pada ALLAH swt.

Moga kita ,keluarga dan seluruh umat manusia dijauhi dari wabak penyakit covid19.Aamin

Diari Covid 19
Harike11perintahkawalanpergerakan.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post