Masak pregedel,pregedil ,bergedil kentang atau apa jua namanya sangat simple dan sedap dimakan.Ia tak lah mudah sangat tapi ia pun tak susah sangat.

Paling best bahan yang saya gunakan selalu sangat simple(cara saya).Saya jarang letak daging ke,ayam ke,hati ayam ke atau apa-apa sahaja.Pregedil kentang saya hanya perlukan bawang dan daun sup,garam dan telur.

Tapi bawang hendaklah banyak dan menggunakan bawang kecil Indonesia.Sebab bawang ni sangat harum.Bawang ni memang mahal sikit berbanding bawang india atau bawang besar.Kalau takde bawang ni,bawang siam pun boleh.

Ni lah contoh bawang Indonesia yang saya guna.Bila digoreng sangat harum dan manis rasanya.

 


Bahan-bahan untuk pregedil/bergedil yang simple.

1.Kentang
2.Bawang merah
3.Daun sup
4.Telur
5.Minyak masak.
6.Garam


Cara buat pregedel kentang yang sangat simple ni tapi sedap di mulut.

.



1.Lepas kupas kentang,bersihkan,potong dan tabur garam.Kemudian goreng kentang tersebut.Ada orang suka rebus.Ikutlah,saya lebih suka goreng sebab senang nak lenyek.


2.Lepas dah goreng empuk,lenyek kentang .Kemudian goreng bawang yang dah dipotong tadi.Bawang ni agak-agaklah ikut kentang.Saya susah nak cakap berapa bawang saya guna.Sebab kalau banyak kentang,lagi banyak bawang saya guna.


3.Lepas bawang kekuningan,terus masukkan sekali daun sup.Goreng sekejap bersama bawang.Kemudian,angkat bawang dan daun sup , toskan minyaknya.


4.Campurkan bawang goreng + daun sup tadi dalam lenyekkan kentang.Tambah garam sedikit.Gaul bersama.

5.Kemudian bulat-bulatkan kentang yang dah dilenyekkan tadi ikut saiz kita suka.



6.Kemudian salut pregedil yang dah dibulatkan dengan telur.Ada orang guna telur putih sahaja.Saya guna semua sebab tak tahu nak buat apa telur kuning tu .Takkan nak buang sayang kan.Lepas digaulkan barulah digoreng dengan api yang sederhana.

6.Kemudian goreng ...siap!




Mudah sangat kan?Walaupun mudah berpeluh gak lah masak.Sebab bab leceh bila nak lenyek kentang tu dan potong bawang tu.Tapi kalau nak sedap kena lah rajin sikitkan.Kalau malas,goreng je kentang macam tu terus ngap.huhu...


Ok selamat mencuba,jumpa lagi.

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post