Pengumuman ini memang melegakan saya.Lama dah sebenarnya saya nak buat pengeluaran akaun PRS.Tetapi oleh kerana ia ada penalti sehingga 8%,niat untuk withdraw tu saya tangguhkan dulu.Dulu saya buat simpanan PRS bertujuan untuk dapatkan tax relief.
Bagaimana cara untuk withdraw akaun B PRS?
Sebenarnya ini pengalaman pertama saya untuk buat pengeluaran.Jika bekerja di CIMB dulu,saya tahu ada satu form customer kena isi.Tetapi atas perkongsian maklumat dari rakan lain yang pernah buat pengeluaran ,boleh cuba melalui call centre sahaja.
Semalam saya cuba hubungi call centre CIMB,03-62047788 ,kemudian saya diminta menghubungi no talian 03-22618888..Sekali lagi saya diminta untuk menghubungi no yang betul iaitu 03-77183000.
Selepas proses verification,saya diberitahu pengeluaran PRS akaun B tanpa penalti seperti pengumuman kerajaan hanya bermula dari 30 April hingga 31 Dec 2020. Jadi saya batalkan niat untuk buat pengeluaran semalam dan akan menghubungi customer service PRS sekali selepas 30 April nanti.
Kenapa perlu keluarkan ?
Sebenarnya ikut individu itu sendiri,jika anda ada akaun PRS dan tiada keperluan untuk mengeluarkan duit tersebut,biarkan sahaja akaun untuk jadi skim persaraan ke dua anda selepas EPF.Macam saya ,memang tujuan untuk invest dalam PRS untuk tax relief sahaja,jadi bila dalam keadaan sekarang ni cash is king!Lagipun saya sedang menyempurnakan rumah ke dua saya (tiny house) dari segi dapur,alat penghawa dingin,ruang tamu dan bilik air,masih banyak keperluan untuk melengkapkannya.Jadi mana-mana cash yang saya dapat akan digunakan untuk sempurnakan setiap ruang yang masih kosong.Apatah lagi tiada penalti 8%..
Apalagi investment yang boleh kita buat selain PRS?
Sebenanrnya,kita masih boleh buat investment unit trust.Kalau tiada cash,boleh juga invest melalui EPF..Akaun 1 Epf anda boleh dikeluarkan untuk tujuan pelaburan di amanah saham.
Topik ini saya akan huraikan di lain pertemuan.Untuk hari ini saya ingin berkongsi,jika anda ingin buat pengeluaran PRS(Skim persaraan Swasta) bolehlah lakukan bermula 30 April nanti tanpa penalti 8%.
Moga jumpa lagi.
Appreciate your time reading this entry.
thnk you for sharing.
ReplyDeleteyes betul. Cash is the king right know. Btw, tq for info irda :)
ReplyDeleteSatu sharing yang sangat bermanafaat kepada yang memerlukan. Buat masa ini, saya bercadang untuk tidak mengeluarkan PRS dan EPF kerana masih diberikan gaji penuh walaupun ber'PKP (18/3~12/5) selama beberapa minggu. Lagipun, saya akan menggunakan kedua-dua acc ini untuk pembelian rumah ke-2 saya kelak bila cerita COVID-19 ini selesai dan ekonomi sudah mengizinkan. Apapun, pilihan itu ditangan kita. Terima kasih kepada yang sudi membaca luahan saya ini. Let's stay home to stop the spread of COVID-19
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)