Hari ini 1 April,bermula moratorium kepada yang ada loan akaun dengan bank.Tapi ada juga bank CIMB contohnya masih lagi buat pemotongan untuk loan yang setting autodebit jika due date jatuh hari ini,automatik juga wang dalam akaun anda masih dipotong.Sistem hanya batalkan autodebit 10hrbln keatas.Tetapi atas teknikal issue itu,cimb akan refund bayaran yang sudah dipotong dalam 9 April nanti.Jadi tunggu sahaja duit anda masuk ke dalam akaun semula.

Coins, Calculator, Budget, Household Budget, Money

Sekarang ada lebihan cash,apa perlu anda buat?Saya ada buat beberapa jawapan di group whatsapp yang bertanya kenapa perlu ambil dan tidak ambil moratorium.Ini antara jawapan saya dalam group.

"Sory baru sempat nak reply.If uols tak balas apa-apa sms dari bank semalam,maknanya semua loan uols dah automatic moratorium.
Moratorium ni bagus sebenarnya,ia bagi tangguhan buat uols stop tak bayar loan.Bagus diambil jika

i)Tiada dana kecemasan lebih 6 bulan.Now dalam era covid19-Cash is king!Tak lama lagi ekonomi maybe akan recession.

ii)berlaku pemotongan gaji.ATAU CUTI tak bergaji,ambillah moratorium.

iii)Uols ada plan nak clearkan hutang-hutang yang kecil.Contoh kalau sebulan total bayar loan 5000.JADI jumlah terkumpul selama 6 bulan:RM30,000.

-ada personal loan baki 10k.ptptn 10k,atau personal lagi 10k.So dengan jumlah tu boleh clearkan awal

iv)Uols takde personal loan kecil,Cuma ada banyak outstanding credit card-so moratorium untuk clearkan credit card.Ataupun amik moratorium untuk buat principal reduction untuk housing loan.

Tapi jika mampu.Dan tiada pula plan seperti diatas.Tiada pula sekatan pendapatan.Bayar je lah loan tu macam biasa.Jangan plan nak guna duit tu beli perabot barulah.beli itu inilah..or mcm-mcm lagi.

Penangguhan bayar hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman"Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari.

Sekiranya kita mampu,bayarlah hutang tersebut secepat mungkin.Adalah satu kezaliman bila kita mampu membayarnya tapi kita sengaja melambat-lambatnya."

Baiklah berbalik kepada topik kita pada hari ini.Bagaimana mengurus kewangan dan persiapan kita dalam fasa moratorium?

Berjimat cermat.


Bagi yang kehilangan pekerjaan atau yang disuruh cuti tanpa gaji.Ini masa untuk anda bangkit lakukan sesuatu.Jangan duduk hanya termenung.Namun cari idea,kembangkan potensi diri.Cari balik dalam diri apa yang sebenarnya skill yang ALLAH berikan kita tak pernah gunakan.

Kita pandai memasak?Masak dan jual.Lakukan jualan online.Kita pandai menulis?Cari bidang penulisan yang mendatangkan hasil.Kita pandai melukis?,kita pandai itu ini.Iklankan,sekarang zaman digital marketing.

Jangan bila pintu tertutup dalam pekerjaan,kerajaan juga sudah memberi bantuan.Kita hanya makan dan tidur,layan youtube,Netflix atau baca FB,atau membawang kisah vivy di istagram.Stop it!.

Ini bukan masa berdrama.Layan sandiwara dunia.Ini untuk kita menggunakan sedikit ruang masa dalam rumah untuk mengoreksi potensi diri dan mencari sumber pendapatan.Entah-entah lepas ini anda lebih sukses bila kehilangan pekerjaan.Hanya COVID19 lah jadi puncanya anda mencuba melakukan yang baru dari bidang kerja anda.


Berdamai dan akur dengan pasangan.


Jika anda sebagai ketua keluarga sibuk mencari ruang pendapatan dan mencuba pelbagai peluang.Duduk dengan pasangan,minta dia pula sebagai menteri kewangan di rumah.Rekod perbelanjaan,berapa pengeluaran dan kemasukan.Berapa yang tinggal.Ajak pasangan anda berbincang.Buat satu akaun dana kecemasan.Jangan anda sibuk mencari income,pasangan scroll shopping maya yang rata-rata buat potongan harga.

Bukan tidak digalakkan berbelanja.Suntikan bantuan kerajaan diberikan untuk memastikan pusingan ekonomi berjalan lancar.Berbelanjalah..Namun jangan lupa siapkan dana kecemasan dulu.Kalau boleh anggarkan untuk 3 bulan-6 bulan hatta untuk setahun pun lagi bagus.

Potong perbelanjaan tidak patut.


Jika anda selalu menonton Netflix dan youtube,apa guna astro lagi.Saya sedang berkira-kira untuk tukar bil telefon saya dari monthly billing ke top up sahaja.Sebulan jika bil saya RM130++..if top up baru 30.RM100 monthly lebihan saya boleh buat beli beras mahupun makanan untuk jiran tetangga atau keluarga yang memerlukan.Ya esok saya akan cuba call telco dulu untuk bertanya.Bukan apa line saya unlimited.Saya selalu pula gunakan untuk kerja dari mobile hotspot.Huhu...

Jimat juga dari segi transport.Jika ada peluang pengangkutan lebih mudah dan murah.Gunakan selain naik kereta .Walaupun minyak dah murah.Sebenarnya banyak guna lain cash tu.Cash is king now!

Makan seadanya-Tak perlu lobster atau aiskrim berjenama.Apa adanya.Saya memang dah biasa bab ini.Kadang satu -dua menu lauk pun kalau mak yang masak.telur goreng dan ikan sambal pun sedap sangat dah.

Tapi bab makan untuk anak-anak saya tak nak berkira sangat.Tapi masih cuba ajar mereka makan apa adanya,Jangan nak mewah je selalu.


Tambah perbelanjaan patut.

Perbelanjaan patut ini pelbagai.Ia merangkumi keperluan bukan kehendak.

Insurance dan pendidikan anak-anak.Sekarang musim anak-anak belajar dari rumah.Perlukan laptop dan data internet.

Cikgu sekarang pun saya tidak faham.Contoh,sebelum PKP dulu..Kadang-kadang kerja rumahnya perlu cari gambar haiwan dari google.Print dan tampal.

Kot ibubapa tu hanya ada handphone itupun data top up,bayangkan kena pergi cyber cafe pula dulu untuk cari maklumat dan print untuk anak-anak.

Namun dalam tempoh PKP ni saya nampak juga ia suatu keperluan anak ada laptop dan data internet untuk buat rujukan.Walaupun mereka baru darjah satu!Saya terlihat status seorang kawan,yang mana anaknya baru darjah satu dan belajar di sekolah swasta belajar beramai dari laptop .Mereka berdiskusi dan ada cikgu sekali join forum mereka.Hebat dan saya kagum!Tiada cuti belajar walaupun Perintah Kawalan pergerakan masih berjalan.

Jadi bab ini saya rasa kita sebagai ibubapa mulalah buat peruntukan untuk anak-anak menjadikan ia list yang perlu didapatkan di bilik study anak-anak.

Jika ada lebihan lagi sedekahkan lah.Cuba jangan potong apa jua sedekah pada orang tua.Kecuali jika anda buat penambahan beli barang keperluan mereka.Ingat kalau kita tak bagi atau beli siapa lagi?

Itu sahaja yang ingin saya taipkan malam ini.Sebagai wanita yang mengurus perbelanjaan dan kewangan dan juga keluarga.Kita ini kadang-kadang akan menjadi dominan dalam banyak perkara.Tapi tak apa,ini untuk kebaikan kita bersama.

Cerita kita mungkin tak sama dengan orang bujang.Jika dah berkeluarga,ketiak kita ni sebenanrnya banyak rantaian.Jadi apapun,ALLAH dah janjikan yang terbaik dala hidup kita.Cuma bagaimana cara kita menguruskannya sahaja.

Selamat malam

Selamat mengurus kewangan semua wanita yang bijaksana.

Diari Covid 19,
Hari ke 15 perintah kawalan pergerakan.


Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post