Monday,30 March 2020.

Bila bank negara buat pengumuman tentang moratorium (penangguhan semua bayaran loan kecuali credit card),maka wujudlah pelbagai pertanyaan dari pelanggan saya.

Tak kira bank mana,samada moratorium cimb kah,moratorium maybank kah,moratorium ambank mahu pun moratorium Affin Bank,semuanya dibawah bank negara dan bank-bank ini mengikut term dan syarat yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia.

 Family finance / financial loan and risk management concept : Loan bags, white acrylic cut (dad, mom, son) on basic balance scale, depicts loan between family members, not use a bank or credit union.


Antara soalan yang selalu diberikan:

ASB Loan termasuk tak dalam penangguhan ini(moratorium loan)?


Sudah disebut oleh Bank Negara.Semua loan kecuali credit card.Maksudnya selagi namanya loan dengan bank.Termasuklah dalam moratorium yang bermula secara automatik April 2020.Maknanya ia termasuk dalam penangguhan bayaran selama 6 bulan.

Tetapi jika selama ini anda bayar di bank,bukan loan dengan bank contoh

i)UMW TOYOTA CAPITAL
ii)Beli motor dengan kedai Hap Seng
iii)Beli roda tiga dengan Singer


dan pelbagai contoh lain.Ini bukan loan dengan bank.Ini anda membeli kenderaan direct ke kedai/owner dan anda membuat bayaran ke akaun dengan syarikat tersebut melalui bank.Jadi yang ini tiada moratorium selagi syarikat itu sendiri tidak memberikan usul dan idea untuk client mereka tangguh bayaran,maka hendaklah anda membayar seperti biasa.

ASB LOAN saya kena penalti atau late charges tak jika tak bayar loan selama 6 bulan.Ada CCRIS tak nanti?


Sebab tu bila pelanggan bertanya,saya suka share terus memo dari bank.Semua lengkap dijelaskan.TETAPI ada juga yang manja semuanya malas baca,tanya dan inginkan jawapan terus.

Moratorium,satu peluang yang diberikan oleh Bank Negara untuk semua yang mempunyai loan dimana-mana bank untuk mengambil tempoh bertenang untuk tidak membayar loan mereka selama 6 bulan.Jadi bila ia diberikan peluang oleh Bank Negara,maka ia bukanlah  kesalahan anda untuk tidak membayar.Tiada CCRIS dan tidak akan ada  late payment charges.

Kalau bayaran tangguh 6 bulan,dividen akan terkesan kah kak?


Dividen ASB dari PNB,loan asb melalui bank-bank di Malaysia.Dua entiti berbeza.Bukanlah bank yang beri peruntukan dividen,tetapi PNB(Permodalan Nasional Berhad).Dividen selalunya bergantung pada perkembangan ekonomi semasa dan reserve capital yang ada.Sebab tu kalau kita lihat tahun-tahun sebelum ini,ada orang buat asb loan,2 bulan tak bayar loan pun masih dapat dividen.Belum dikira yang selalu bayar loan lambat,masih dapat dividen.Pernah tak bank hold dividen anda jika loan tidak dibayar?Tak pernah..sebab dividen masuk ke dalam akaun ASB anda,manakala loan di bayar ke akaun loan anda di bank.

 

Perlukah saya ambil moratorium untuk ASB LOAN?


Perlu jika tiada dana kecemasan dan tergugat dengan pendapatan ketika covid19 ini.
Boleh baca entry ini sebagai panduan.Perlu atau tidak dengan moratorium:

perlukah moratorium


Apa jadi dengan loan ASB saya lepas 6 bulan?


ASB LOAN anda yang tertangguh selama 6 bulan tetap kena bayar selepas moratorium termasuk interest/profit.Cuma banyak bank sekarang ni samada asb loan islamic mahupun conventional,interest tidak compounded.

Contoh selama 6 bulan tu total interest terkumpuladalah 4800..Maka tetap 4800 yang anda bayar.Tiada penambahan interest .(andaikan :Jika tiada perubahan BR berlaku dalam tempoh 6 bulan tersebut)

Contoh anda bayar sebulan asb loan dengan sijil RM200,000 berjumlah RM1200 .Dalam bayaran tiap bulan sudah termasuk interest/profit dan princal.Ketika ini CONTOHNYA oustanding loan anda adalah RM180,000


Bila moratorium:Outstanding loan akan stuck di RM180,000



Bulan pertama :Interest 800 + 400 principal

 Bulan kedua :Interest 800 + 400 principal
 Bulan ketiga :Interest 800 + 400 principal
 Bulan keempat :Interest 800 + 400 principal
 Bulan kelima :Interest 800 + 400 principal
 Bulan keenam:Interest 800 + 400 principal

 *Ini contoh sahaja ,interest/profit untuk ASB loan adalah berkadar tidak tetap.Mengikut BR.Namun kebaikannya interest tidak compounded.Jadi dekat situ dah kurang beban sikit.





Jadi moratorium bukanlah pembatalan loan hanyalah bersifat penangguhan.Perlu digunakan dengan bijak dan jika memerlukan.Selepas 6 bulan samada loan revised installment atau dipanjangkan tempoh loan,itu kita tunggu bank umumkan bagaimana.

Lepas 6 bulan,anda akan membayar loan anda mengikut policy loan yang baru termasuk jumlah bayaran yang tidak dibayar selama 6 bulan itu bank akan bahagi kepada dua cara.Samada:

Perubahan loan tenure  
Sebelum moratorium :loan 30 tahun
Selepas moratorium : Loan jadi 30 tahun 6 bulan

Jika tiada perubahan tenure loan

Revised installment:

Contoh sebelum moratorium :Bayaran 1200 sebulan

Selepas moratorium:Bayaran menjadi lebih sedikit.Kenaikan yang tidaklah banyak.Kerana tempoh 6 bulan bayaran yang terkumpul berbanding baki tenure loan ada lebih 25 tahun lagi.Mungkin tidak akan terasa sangat dengan kenaikan.


Apapun bank akan tentukan dan berbalik kepada polisi loan mereka.Lain bank lain caranya.

Yang penting kita kena faham konsep,moratorium loan hanya untuk tangguh bayaran.Loan tetap perlu dibayar dikemudian hari.Cuma cara dan jumlah bayaran sahaja kita kena semak mengikut bank masing-masing.Sabar,beri banker anda masa untuk menerima sebarang info dan memo dari atasan mereka.Belum lagi 1 APRIL,dan ramai consulant ASB belum dapat jawapan yang sahih dari bank untuk update anda.

Kalau sekarang ini anda dibelenggu dengan hutang credit card yang tinggi.Pendapat saya,ambillah moratorium dan gunalah wang bayaran loan itu untuk clearkan credit card anda secepatnya.Itu lebih baik kerana interest credit card tinggi.

Tetapi jika saat ini anda mempunyai dana kecemasan yang mencukupi,gaji pun cukup,dapat pula bantuan kerajaan RM1600 ,ditambah pula pengeluaran KWSP 500 dan ditambah lagi penjimatan toll,minyak dan wang makan di luar kerana hanya bekerja di rumah..maka sebaik-baiknya,bayarlah loan anda seperti biasa.

Oleh kerana moratorium ini bersifat automatik,jika anda ingin membayar loan seperti biasa hanya isi borang.Sesetengah bank memang akan menyediakan borang untuk anda yang ingin membayar loan seperti biasa dan tidak mahu moratorium.Boleh bertanya dengan bank-bank yang anda buat loan tersebut.

Jika tidak isi borang,semua payment akan masuk dalam advance installment.Apapun semak dengan bank yang anda buat loan asb ya.

Ok itu sahaja untuk hari ni.

Jumpa Lagi

Irda Garmin
Diari Covid 19 Hari ke 13.

Moga kita,keluarga dan seluruh umat manusia terlindung dari bahaya covid19.

Selamat bekerja dari rumah buat semua



Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post