CSR seorang blogger separuh masa.
Hamka pernah menyebut “Jika hidup sekedar hidup,babi di hutan juga hidup.jika bekerja hanya sekedar bekerja,kera juga bekerja”.Jadi dalam kepadatan aktiviti saya dengan tugas hakiki dan sampingan.Sibuk dengan hal dunia.Saya ini kadang-kadang lupa memikirkan sesama ,lupa menambah nilai kehidupan lebih bermakna dan lupa sebenarnya hidup ini sementara.
saat ini saya juga sedang cuba mencari nilai tambah dalam diri kerana saya tak tahu amal ibadah apa yang akan membawa saya ke syurga atau dosa apakah yang menjadi beban saya di neraka.Jadi jika ada amal kebaikkan,moga ia jadi magnet kebaikkan buat saya dan keluarga .Jika ada dosa ,Allah yang menjaga aibnya saya, setiap bernyawa pasti mati,moga saya sedar-sedarlah diri!
Kalau dulu saya terlalu berusaha keras untuk menjadi orang Berjaya,saat ini saya cuba" plot twist" jadi orang berguna,kerana tidak semua orang Berjaya itu berguna dan selalunya orang berguna itu sinonim menjadi orang Berjaya.
Jadi saya cuba kreatif mempelbagaikan aktiviti,dimana aktiviti itu jika Berjaya jadi soal semula bergunakah ia?
Dalam niche blogging misalnya,saya bukanlah kategori blog yang popular,Jauh lagi jadi blog yang viewers yang tinggi.5 tahun baru cecah 1 juta viewers.Income adsense pun krik-krik.Jadi saya yang bukan baik cuba sedaya upaya menulis yang baik-baik dan memberi ilmu untuk memandaikan orang lain.
Namun sudah tersurat rezeki saya,tahun 2018-2019 rezeki saya mencanak dalam dunia blogging melalui kolaboratif travel antara saya dan supir ad.Ia tidaklah banyak,namun mencukupi hingga ia mampu memenuhkan ruang-ruang kesempitan disaat memerlukan.Namun,bagi saya blog saya bukanlah Berjaya tetap ia berguna kerana ia menjadi perantara rezeki antara saya dan supir juga ladang ilmu buat yang ingin tahu.
Sekali lagi saya tertanya,jika blog saya sudah berguna.Ia juga mungkin jadi medium pahala buat semua client dari blog saya yang pernah menggunakan khidmat supir ke padang tempoh hari.Niat hati saya untuk memberi kepada semua yang terkena kesan ekonomi ketika pandemik corona melanda dunia itu sebenarnya berkobar-kobar,namun sedar diri atas kemampuan dan dibelakang ada sebuah keluarga tergalas di bahu berapa banyak sangatlah yang dapat saya bantu.
Ternyata ALLAH memberi idea
Ideanya..,saya buat story di status dan blast whatsapp kepada semua client yang dari blog tempoh hari yang pernah ke padang melalui blog saya.Saya mengajak semua orang sama-sama menyumbang untuk membantu supir disana yang kehilangan punca pendapatan .Biar RM1 yang mereka sumbangkan ,tetap amat bermakna.Ada nombor yang dah hilang dan ada yang terus klik ke group whatsapp(saya buat satu group sementara untuk update total collection )
.Satu-satu persatu saya blast hingga ke pukul 12am,saya sambung lepas sahur.14 orang yang memberi respond.Alhamdulilah lebih dari cukup.Saya dapat kumpulkan 4 FIGURE jumlah derma.
Misi saya untuk memberi anak-anak supir saya keceriaan menjelang raya.Atau buat belanja dapur mereka sekeluarga.Doa saya,apa yang saya usahakan ini menjadikan saya orang yang lebih berguna.Walaupun saya bukanlah orang yang berjaya.
Akhir kata,saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada client travel saya dan juga sahabat yang menjadi client travel .Dengan adanya mereka dapatlah saya penuhkan tabung derma yang sebelum ini saya bingung bagaimana caranya untuk memberi lebih lagi kerana keterbatasan kemampuan saya sendiri.
Terima kasih saya ucapkan buat semua dan nama anda saya pahat disini agar ia menjadi sejarah bacaan suatu saat nanti.
sumbangan dari:
1. Alya & Mikha
2. Kak hani
3. Nadia
4. Wani Kwn maisarah
5. Kak rafeah
6. Shahrul Syamizie
7. Ibah
8.maisarah,khadijah &kwn2
9.roslina jamal
10. Farhana
11.Laila
12.Kak azrina
13.Kak sharifah n en ismail
14.En said
15.kak lela
Terima kasih daun keladi,moga anda semua diberikan ALLAH rezeki lebih lagi.
Sedekah pembenteng musibah
"Sungguh pahala yg besar bersama ujian yang besar.Apabila ALLAH mencintai seseorang,Dia memberi ujian kepadanya,siapa yang redha maka Allah akan redha padanya dan siapa yang murka (marah dengan musibah)maka ALLAH murka kepadanya "-Riwayat Tirmizi
"Perumpamaan(nafkah yang dikeluarkan oleh)orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH adalah seperti butir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai (bulit).pada setiap-tiap tangkai pula ada seratus biji.Dan (ingatlah) Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki.Dan ALLAH maha luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui"Al-baqarah 2:261
Dan Moga dalam kesibukan aktiviti saya setiap hari.Saya tidak tergolong dalam golongan manusia yang rugi.
"Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapatkan dengan sebanyak-banyaknya (harta benda,anak pinak,pangkat dan pengaruh"sehingga kamu masuk ke dalam kubur (At-takatsur 102:1-2)
19.05.2020
p/s:gambar lama sebagai hiasan
Appreciate your time reading this entry.
tahniah semua
ReplyDeleteUsaha yang bermanfaat
Post a Comment
Thank you,come again :)