Ingat susah sangat rupanya mudah sangat.Selalu kalau bawa keluarga makan besar di Restoran Seafood,Tanjung Harapan,suka betul mereka order ketam masak kam heong ni.


Sample Image credit to :http://denai.my

Jadi hari ni saya pun beli ketam segar.Selalu ketam ni masak sup atau gulai lemak sahaja.Jadi semalam saya bertekad untuk ketam masak kam heong!Sampai rumah semalam hampir pukul 6 pm ,sempat singgah beli barang-barang keperluan di Speedmart seperti  aneka sos,aneka sabun ,minyak masak dan lain-lain.

Bahan-bahan untuk buat ketam kam heong

1.Ketam 5-6 ekor,belah dua,bersihkan(Kalau boleh ketuk ketam bahagian yang keras,tapi saya lupa).

2.serbuk kunyit

3.minyak masak

4.bawang putih 2 ulas,bawang merah kecil 2 ulas.

5.Udang kering 4 sudu besar.

6.Daun kari bagi naik bau.

7.cili api

8.Cili kering(dipotong).Saya tiada cili kering saya pakai cili merah .hehe belasah lah .

9.serbuk kari

10.Kicap pekat cap tamin

Cara-cara buat

1.Tumbuk bawang putih,bawang merah dan udang kering hingga lumat menggunakan batu lesung.No blender hokay.

2 .Ketam yang dibersihkan,lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam.Goreng sebentar ketam dalam minyak.Bila dah masak toskan ketam.

3.Ambil sedikit bekas minyak goreng ketam untuk menumis.Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk tadi.Naik bau masukkan daun kari yang sudah dirama.

4.Serbuk kari cairkan dalam mangkuk dengan sedikit air.Masukkan kicap dalam anggaran 2 sudu besar,dua sudu serbuk kari.Masukkan sedikit sos tiram sebagai perasa kalau suka.

5.Bahan di NO4 dituang ke dalam kuali dan gaul bersama bahan tumis.Tambah air jika mahu.Campakkan cili kering (saya ganti dengan potongan cili masak dan cili api).Kemudian masukkan ketam dan gaul bersama.

6.Masak untuk beberapa minit.Bila kelihatan ketam dan bahan-bahan tumis sudah sebati bolehlah angkat dan hidangkan.

Makan dengan nasi panas ,sedap juga.Saya bukanlah penggemar kari sangat,tapi bila husband makan bertambah-tambah,bila ketam tu habis dia siap simpan sisa rempah yang tinggal dibawa makan ke sahur.Sedap lah tu agaknya.

Percubaan pertama saya berjaya!Yeayy...Nanti bolehlah masak lagi kan.Tak sempat ambil gambar ,dah ngap dulu.Jadi saya share gambar dari blog denai sebagai hiasan.




Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post