Cuaca panas dan kadang-kadang berbahang di Malaysia kadang-kadang membuatkan kulit kita akan jadi kering dan mengelupas.Apalagi jika kita tidak melindungi kulit dengan sebarang produk pelindung cahaya matahari,ia akan memudahkan kulit terkena sinaran UV dan ia tidak elok untuk kesihatan kulit.


         No photo description available.
        

Bagi saya,sebelum kita keluar rumah,hatta hanya ke depan rumah sahaja,memakai sunblock adalah menjadi kewajipan.Saya juga telah serapkan disiplin penjagaan kesihatan kulit kepada anak dan adik perempuan saya.Mereka yang sedang meningkat remaja yang sentiasa terlibat aktif dengan aktiviti di luar rumah dan kokurikulum sekolah,daily defender spf 50++ sudah jadi kemestian disapu seluruh wajah dan lengan agar dapat melindungi kulit mereka sinaran UVA/UVB.


Kenapa saya memilih Daily Defender SPF 50++ dari NUViT?

Produk yang dihasilkan dari Taiwan ini telah dihasilkan dari tumbuhan semulajadi dan ia bebas alkohol juga bebas paraben.Ia telah melalui ujian klinikal sebelum ia dipasarkan kepada orang ramai.
Ia juga sesuai bermula dari peringkat umur awal belasan tahun.Penglibatan syarikat ternama iaitu Syarikat Y.S.P Industries (M) yang menjadi pemegang dan pengedar di Malaysia juga telah memberi keyakinan bahawa produk ini selamat  untuk digunakan.

Gabungan dari segi kosmetik dan farmaseutikal pada produk NUViT menjadikan ia bukan sahaja produk kecantikan tetapi juga kesihatan.Pengunaanya setiap hari dan sepanjang hari amat digalakkan untuk tujuan kecantikan dan menjaga kesihatan kulit kita.


Selain itu,produk NUViT  Daily Defender Lighweight Moisturizing Sunscreen SPF 50++ mempunyai kadar perlindungan yang tinggi terhad UVA dan UVB sehingga SPF 50++.
Sedikit yang kita gunakan,ia mampu melindungi kulit kita seharian di luar rumah.

Tekstur NUViT  Daily Defender tidak terlampau melekit.Ia mudah diserap ketika  sapuan diwajah.Ia membuat kulit terasa anjal dan lembut selepas menggunakannya.Penggunaan yang kerap juga bersesuaian untuk semua jenis kulit dan menjadikan kulit lebih tegang.Ia juga mengelakkan kulit dari kekeringan.


Dari segi harga pula,bagi saya harga untuk NUViT  Daily Defender Lighweight Moisturizing Sunscreen SPF 50++ dengan ukuran 50 ml,sangat berbaloI.Harganya RM 55.90 melalui website (nuvit.com.my).Mungkin kalau ada promosi harganya boleh cecah dibawah RM50.Bagi anak remaja yang masih bersekolah,harga ini masih terjangkau dengan kadar penggunaan boleh tahan lebih dari 1-2 bulan.

Penjagaan kulit dengan daily defender bukan sahaja bertujuan kosmetik dan kecantikkan.Ia juga amat penting untuk menjaga kesihatan kulit kita.Kulit sihat menjadikan kehidupan kita yang sentiasa aktif setiap hari lebih ceria.Penggunaan sunblock atau daily defender bukan hanya pilihan tetapi menjadi kemestian.

     Image may contain: one or more people and people standing
                           Lindungi wajah dari sinaran matahari dengan Nuvit Daily Defender



Saya sudah amalkannya,saya juga akan jadikan ia amalan anak gadis saya yang sedang meningkat dewasa..Ia bukan kegunaan hanya bila perlu,tetapi ia kemestian bila keluar rumah.

Sudah semestinya NUViT  Daily Defender Lighweight Moisturizing Sunscreen SPF 50++ jadi pilihan  kami sekeluarga.


Appreciate your time reading this entry.

2 Comments

Thank you,come again :)

  1. SELAMAT HARI RAYA!!! Best entry ini :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post