TBE Part A & C sudah saya ambil pada tahun 2014 ketika bersama CIMB.Pada tahun ini tahun 2020,tersedar diri untuk ambil TBE part B pula sebab saya rasa ada keperluan disitu.Part B (General Insurance) membolehkan kita untuk memulakan perniagaan berdasarkan insurance general seperti insurance motor,rumah,marin,foreign worker dan pelbagai lagi.


Musim PKPP exam masih dibuat secara online .Saya mendaftar disini :enroll ibfim
untuk mengambil exam TBE Part B.

Selesai daftar online,lepas dapat ID (id selalunya adalah ic NO ),kita boleh pilih tarikh dan waktu exam yang sesuai dengan kita.Kemudian,boleh buat bayaran melalui FPX.


Seperti saya sudah ada TBE part A&C,jadi hanya perlu bayar RM75 untuk tambah PART B.Mana-mana calon yang belum ada apa-apa,perlu bayar RM 80.Dulu exam TBE memang diasing-asingkan begitu antara general takaful dan takaful keluarga juga pelaburan.Tetapi kalau tak salah saya sekarang boleh buat sekaligus.

Lepas daftar dan buat bayaran secara online.Kita dapat exam slip melalui email.Print exam slip wajib ada ketika exam nanti.Ada no kat situ untuk kita login masuk exam.


Dalam website IBFIM juga disediakan note untuk dibaca.Ia boleh kita download secara percuma.Mula-mula saya download bahasa Inggeris.Lepas saya print dan baca habis di rumah.Saya download pula bahasa Melayu untuk lebih faham.Jika dulu exam,bank memang sediakan saya contoh-contoh soalan latihan,tetapi kali ini kerana saya mendaftar secara individu,untuk contoh soalan tiada siapa yang akan sediakan.Dulu nak exam saya hanya buat latihan soalan,tak pernah tak lulus.hehe,.kali ni bila tiada latihan contoh soalan,saya kena baca dan faham.Jadi saya tukar ke bahasa Melayu untuk saya lebih mudah faham.


Di web IBFIM memang disediakan contoh soalan PART B  tetapi ada bayaran  sebanyak RM 19.90 untuk dapatkan set soalan.Saya terfikir-fikir untuk beli atau tidak.Lagipun soalan itu hanya boleh digunakan selama 3 hari selepas dibeli.Bagi saya agak berlaku pembaziran disitu kerana ia tidak boleh disimpan lama untuk kegunaan masa akan datang.

Lepas baca-baca saya memang perlukan latihan,penat juga lah saya godek google kot-kot ada calon berkongsi soalan.Jika ada pun failed download,nak tak nak nak kena beli melalui website ibfim.

Bagi pendapat saya itu satu perniagaan,Yerlah soalan tidak boleh digunakan atau dikongsikan,hanya boleh digunakan selama 3 hari.Memang saya tekad nak beli sahaja,apalah sangat RM19..90 tu kan?Tetapi fikir balik laptop saya ni tiada antivirus dah expired sudahnya saya tidak berani bayar secara online.Jadi saya tawakal sahaja.

Nak dikatakan saya baca nota setiap hari tidak juga,saya memang khatam note dalam english,ada 10 bab semuanya.Tapi kebanyakan info tu berulang-ulang dan sebenarnya nota ia amatlah mudah difahami.

Bila baca dalam bahasa melayu pula ada 95 muka surat semuanya.Saya baca juga semua dan ada juga saya baca lompat-lompat.

Malam sebelum exam saya tengok juga youtube perkongsian bagi yang telah ambil exam TBE.Tapi perkongsian itu bukan yang saya cari.Akhirnya saya tawakal sahaja dengan hanya baca nota tanpa buat latihan.

Alhamdulilah,hari ini jumaat 3 July 2020,saya PASS exam TBE Part B dengan GRED  C.

Pengalaman ambil exam secara online.

IBFIM tidak menggalakkan kita guna wifi.Wajib ada strong internet.Sebarang gangguan adalah risiko calon sendiri.Sehari sebelum exam ada orang akan invite kita dalam group whatsapp.Segala do & donts ketika exam dalam group dikongsikan.Cara duduk calon dan kedudukan laptop juga diajar agar ketika exam nanti pengawas peperiksaan boleh melihat screen laptop dan wajah kita.

Ingat jika gagal kita boleh ulang exam tetapi jika ada cubaan menipu mungkin kita akan digantung untuk ambil exam dalam tempoh masa beberapa tahun.

ic,slip exam dan jika mohon pakai SPM wajib ada at least 3 credit.Semua ni snap dan email pada pengawas yang bertugas sehari sebelum exam.Gagal berbuat demikian kita tak boleh ambil exam.

Saya di rumah hanya mennggunakan hotspot DIGI.Selalu kitaran bil saya bayar 3 haribulan keatas untuk kiraan 20 hari dari kad kredit.Tetapi saya bayar awal sehari semalam takut line slow atau paling buruk lagi kena bar.

Pagi-pagi bangun handphone saya habis bateri.Kemudian hp samsung tu memang tempat on tepi tu rosak.Selalu saya cucuk je ngan pen atau benda tajam untuk on handphone.Budget nak beli handphone baru.Huhuhu...Arghh sudah handphone kejung tak boleh on.Nanti nak kena on zoom apps,mcm mana ni.Saya caj bagi penuh dulu.Saya bawa diri pergi sarapan dengan dulu.Lepas sarapan masih tak boleh on.

Dah susah hati.Plan nak tukar simkad ke iphone,satu keje pula nak download semua apss semula.Then geram saya campak handphone ke lantai.Ehh boleh pula on.Huhuhu..

Tepat jam 10,kita boleh masuk dah zoom menggunakan id dan pasword yang telah diberikan dari group whatsapp.Masa ni pengawas peperiksaan akan mengambil kehadiran kita dan pastikan posisi laptop dan wajah kita kelihatan olehnya.Saya tidak mengalami masalah apa-apa ketika ini.Alhamdulilah.Line internet pun ok sangat.Kita hanya boleh masuk ke website exam selepas pengawas ambil kehadiran kita.

Ada juga calon yang menjawab soalan di dikedai,pejabat dan agensi.Yang best ada yang singgah sekejap di restoran untuk ambil exam.Saya beriya-iya minta hb jaga anak-anak dan tutup pintu bilik supaya tiada gangguan.Punya saya nervous.

SOALAN TBE part B tak lah susah mana,kalau baca dan faham senang sahaja.Ada 50 soalan,mana yang saya tak sure saya skip.Terus next,ada yang saya pasti jawapannya dan ada juga yang saya cuba mencari jawapan disebalik soalan.Ada yang faham faham lah tu ya.ehehe...Bila dah skip-skip sampai soalan akhir,baru saya kembali kepada soalan yang ragu-ragu jawapannya,baca betul-betul dan cuba ingat-ingat kembali apa yang telah dibaca.

Alhamdulilah ,sepatutnya exam bermula dari jam 10.30am-12.30pm,saya habiskan dalam 11am lebih.Terus saya tanya macam mana nak submit.Malas nak think deep sangat,kan jadi confuse sendiri.Sudah jawab biarkan sahaja.Pengawas minta saya tekan butang control (CTRL)dan tolak 3 kali,baru nampak butang submit.

Sebelum submit tu sempat lah baca doa moga pass.Tapi sebelum exam pun dah baca doa juga.Kalau tak pass kenalah bayar balik dan exam balik kan.Ok je tawakal.Alhamdulilah tekan submit,taddaaa result terus keluar.Saya PASS with GRED c.Mesti cukup-cukup makan kan.Oklah tu,saya baca pun walaupun khatam tapi banyak gangguan.Taklah study  sangat.Dan hal kerja lagi keluarga lagi mana nak fokus sangat.

Alhamdulilah,pass juga akhirnya.NOW complete sudah lesen TBE saya,ada part A.B & C .Moga ada lesen ini makin berkembanglah perancangan kerjaya dan perniagaan saya dan makin memberi manfaat pada orang ramai dan keluarga.Moga ada lesen ini makin luas juga rezeki saya.InsyaALLAH aamin...

InsyaALLAH,perjalanan business saya untuk niche takaful akan berkembang luas.aaamin..

Appreciate your time reading this entry.

13 Comments

Thank you,come again :)

  1. Assalam. Nak tanya, masa nak exam tu kita boleh pilih bahasa Melayu atau English atau masa daftar dah kena pilih bahasa ? Saya daftar dia tak ada tanya pilih bahasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.masa nak exam tu boleh pilih bahasa

      Delete
  2. salam puan. ingin tanya. apakah tersedia nota dalam bahasa malaysia di link IBFIM tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,lepas register memang ada ebook

      Delete
  3. bila time exam nanti , diaorg ada mention ke kita buat soalan set berapa?

    ReplyDelete
  4. thank you kak. sy ambik exam part B 22/10 ni. mohon doanya. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamane tuan?
      Exam OK ke? Praktis soalan exam ada ke?

      Delete
  5. Assalaam, Puan, camana ya utk pilih Part B General tu saja? Saya dah ada TBE Keluarga, nak tambah General. Tp di pilihan exam hanya boleh ambil A+C saja, baru boleh proceed utk B..

    Trima kaseh

    ReplyDelete
  6. Assalaam, Puan, camana ya utk daftar bg Part B General saja? Saya dah ada TBE Keluarga, tp bila di pilihan exam, hanya boleh daftar A+C then baru boleh buat B..

    Trima kaseh

    ReplyDelete
  7. Salam puan..
    Maaf btnye... Mcm mne sy nk dftr ye.. Sy dh lulus part A & C.. Skrg sy nk amik part B utk general plak... Mcm mne ye? Dan mcm mne utk sy dptkn nota utk study part B.. Mohon bantuan sis... Time ksh sis

    ReplyDelete
  8. Anonymous07 May, 2022

    Terima kasih kongsi pengalaman...tengah nak ambik exam online ni....nervous..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post