Setiap kali ada soalan tentang pembatalan ASB Loan,kadang-kadang susahnya saya nak jawab satu-satu.Ada tu yang bertanya malasnya nak membaca dulu kan,Malas nak faham apa yang orang dah tulis panjang lebar sebab tu soalan yang sama je ditanya.Bila macam ni memang saya tak jawab.Kadang-kadang kesian juga bila katanya
1.Pergi bank orang tu tak terang pun details macam ni.
2.Mak saya suruh kira mcam tu dan macam ni.
3.Saya tak faham sangat lah kak.
Jadi bila saya rasa ada masa dan mood baik ketika itu,saya cuba jugalah jawab soalan korang yang buat dah bertahun asb loan,tetapi apa yang korang buat korang tak faham lagi tu.
.Apapun jangan lupa baca artikel tentang asb banyak dalam blog ni ya.Jangan terus whatsapp akak dan perlukan jawapan segera sebab akak ni taklah free sentiasa.Banyak info dah ditulis di blog tinggal baca sahaja.
Antara artikel berkaitan boleh baca artikel di bawah ni ya:
batalkan loan asb berapa dapat pulangan.
Dah baca sampai habis?Jangan baca skip-skip ya.Janganlah tanya soalan yang akak dah tulis dan terangkan.Bagilah soalan lain sikit.hehehe..
Sebenarnya bila buat asb loan dan ada perancangan nak batalkan ada 3 perkara je yang adik-adik ni akan "concern"selalunya.Antaranya :
1.Duit yang saya bayar bulan-bulan tu dapat semula tak.
2.Dividen saya akan dapat tak?
3.Saya kena penalti tak?
Bila soalan ni berlegar dalam kepala korang bila nak batalkan asb loan itu bukti samada awak tak faham apa yang dibayar tiap-tiap bulan tu atau banker yang tolong awak buat asb loan tu tak explain bagi awak faham.Haha,,apa-apalahkan,Silap awak juga kenapa tak tanya banyak-banyak sebelum muktamad nak buat simpanan asb loan betul tak?
Untuk soalan pertama "Duit yang saya bayar bulan-bulan tu dapat semula tak,Dapat yang tu pun ok lah?",
Contoh saya buat 50K,sebulan saya bayar 300.Saya dah buat 3 tahun.Jadi total saya bayar
300 x 36 bulan =RM10,800.Jadi bila saya batalkan loan asb saya ni,saya dapatlah semula duit yang saya bayar ni kan?
Jawapannya TAK!
Banyak cantik heheh..,ingat bank ni buat charity ke,bagi pinjam duit takde interest.Jawapannya TAK.Dalam artikel ni akak ada explain : berapa dapat pulangan kalau batalkan asb loan
Awak memang takkan dapat total duit yang awak dah bayar sebab ada interest.Awak hanya dapat cash value sahaja.Cara nak dapat anggaran cash value dalam artikel diatas akak ada bagi contoh.Boleh hadam caranya.
Habis tu rugilah saya,saya bayar 10,800..Contoh dapat cash value RM 3000 plus je.Saya tertipu,mana pergi duit saya.Bank dah ambil dan telan semua.
Oopss...korang kira cash value je ke?
Awak kena ingat,dividen yang awak dah ambil tiap tahun tu dapat dari mana?Kan dari duit sijil loan asb tu.Nak tahu untung atau rugi,awak tak boleh ambil bulat-bulat dari cash value.Awak kena totalkan dividen dan cash value tu .Itulah sebenarnya duit yang korang simpan selama ini.
Contoh
Tahun pertama dividen 7% : 3500
Tahun kedua dividen 6.5 % :3250
Tahun ketiga dividen 5.5% :2750
Total dividen 3 tahun yang korang dah amik: 9500
Dividen ni awak tambah dengan jumlah cash value awak dapat.Lepas tu awak tolak dengan apa yang awak bayar selama beberapa tahun tu.Jadi itulah keuntungan awak selama buat asb loan.
Ala sikit je kak.
Ya lah,sebab awak baru buat 3 tahun lepas tu dah nak terminate ASB LOAN .Itulah awak dapat.Cuba simpan lama sikit.
Kalau buat sampai habis pula contoh buat selama 30 tahun:jumlah dividen terkumpul + sijil 50k ni akan dapat.
Jadi janganlah bayangkan bayar banyak tu nak dapat balik semua bayaran tu.Kena fikir balik dividen selama ni dah guna kemana?
Kalau bank tak pinjamkan duit dia 50k tu,boleh dapat tak dividen banyak diatas tu.Tak kan?Jadi itulah sebenarnya konsep menyimpan dalam asb loan.
2.Soalan kedua,dividen akan dapat tak kalau saya batalkan?
Mestilah dapat selagi mana asb sijil tu ada dalam akaun.Contoh awak isi borang pembatalan loan asb bulan Oktober.Pembatalan asb loan ni ambil masa paling cepat 2 minggu paling lambat 2 bulan.Letaklah dalam sebulan baru settle.Jadi dalam bulan 11 macam tu awak tak bayar dah sebab loan asb dah batal.Bila loan asb dah batal maknanya sijil dah dijual tiada lagi sijil dalam akaun asb korang.
Maknanya dalam tahun tu hanya ada 10 bulan je ada sijil.Jadi dividen yang awak akan dapat tahun depan hanya untuk 10 bulan sahaja.Bermula dari bulan januari hingga bulan bulan october.Dividen akan dapat prorata.
Cara kiranya,contoh dividen tahun depan declare 6 %.
SIJIL korang ada 100k
Jadi cara kira : ( 100k x 6%) /12 x 10 bulan
anggaran dalam RM5000.
Jadi,kesimpulannya.Jangan risau dividen still dapat ok.Cuma kalau awak nak dapat dividen penuh tetapi nak batalkan loan asb sebab nak kurangkan komitment.Bolehlah refinance je loan tu dengan installment lebih rendah.Boleh tanya akak lebih detail mengenai asb loan refinance.
Bila refinance ni awak tak hilang sijil dalam loan.Boleh dapat cash value (jika layak) dan masih buat simpanan asb loan dengan kadar bayaran yang korang rasa mampu.
3.Soalan ke 3,kalau saya batalkan asb loan kena penalti tak.
Sebenarnya kalau awak ada baca artikel dalam blog ni,banyak kali dah akak tulis.Penalti ni rasanya semua bank dah mansuhkan.Cuma kalau asb loan tak sampai setahun tetapi dah nak batalkan.Mungkin awak kena bayar upfront insurance dulu untuk tutup akaun.Nanti insurance akan dipulangkan semula mengikut kadar pulangan mereka.Yang ni awak kena tanya dengan bank yang awak buat asb loan tu ya.
Ada juga yang baru buat asb loan belum start lagi bayar dah nak batalkan.Ayoo adik-adik,sebelum buat boleh fikir dulu kan.Kenapa terburu-buru buat?Walaupun baru buat belum lagi start bayar,tetapi bila loan dah lulus dan dah disbursed,awak tetap dikenakan bayaran.
Sebab bila loan dah disbursed,dividen dah start kira dalam asb akaun awak tu.Tahun berikutnya mesti dapat prorata dividen.Jadi tetap kena bayar sikit ya.Nak selamat jangan isi borang apa-apa kalau belum ready nak buat asb loan ya.Jangan susahkan diri dan jangan susahkan orang lain yang dah proses loan awak juga.
Jadi ada lagi nak batalkan loan asb?Jangan lupa walkin ke bank awak buat loan tu dan tanya banyak-banyak soalan.
Oklah dik,...urus kewangan dengan bijaksana ya.Jangan terburu-buru dan jangan tamak haloba.Simpan duit semampunya kita.
Jika ada yang ingin memohon loan asb boleh hubungi no akak di bawah.Whatsapp sahaja
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)