Saya ada seorang client.Sebenarnya client ini saya kenal bila ada client lain refer saya padanya.
Dia berminat untuk mohon kad kredit namun berasa serik dengan pengalaman mohon kad kredit dengan 3 bank ternama di Malaysia .Semua permohonan kad kredit beliau tidak lulus.Beliau bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kad kredit sebelum ini bukanlah untuk shopping atau kegunaan melancong semata-mata tetapi untuk kemudahan urusan harian beliau.
Dengan adanya kad kredit,banyak urusan harian akan lebih mudah seperti membeli barang secara dalam talian atau isi minyak kereta dengan menggunakan kad kredit .Beliau memerlukan kad kredit untuk mengurus cash flow beliau yang sentiasa terpaksa bekerja travel kesana kesini.Semua itu melibatkan kos yang tinggi.
Walaupun selalunya company yang tanggung seperti kos penginapan hotel jika terpaksa bekerja oustation dan makan minum pekerja adalah dibawah tanggungan majikan.Namun kebanyakannya bayar dulu claim kemudian.Jadi bila ada kad kredit lebih mudah untuk beliau mendahulukan bayaran apatah lagi kalau terpaksa travel di hujung bulan.
Nak tunggu claim kadang -kadang bulan depan baru company release bayaran claim.Jadi beliau sangat berharap agar permohonan kad kredit beliau diluluskan agar memudahkan pergerakan beliau kesana-kesini dan menampung segala kos di waktu sesak hujung bulan belum gaji.
Namun beliau hampa kerana setiap bank yang beliau mohon hingga 3 bank semuanya tidak meluluskan permohonan beliau.Walaupun semua syarat permohonan kad kredit sudah dipenuhi seperti berusia lebih 21 tahun dan bekerja tetap namun malangnya selepas lama menunggu status permohonan kad kredit beliau gagal.
Sedangkan gajinya sudah pun melepasi had minimum kelayakan permohonan kad kredit iaitu lebih dari gaji asas RM2000.Gaji minimum RM2000 basic adalah syarat asas untuk mohon kad kredit dikebanyakan bank di Malaysia..Tambahan lagi beliau tiada rekod blacklist,tiada tunggakan PTPTN, tiada bad CTOS record.Nama pelanggan saya ini cukup "clean"dan bersih untuk membuat permohonan kad kredit.Logiknya pastilah permohonan kad kreditnya lulus bukan?
Namun itulah hakikatnya,permohonan beliau untuk memiliki kad kredit tidak diluluskan hingga 3 bank semuanya reject.Hinggalah beliau dikenalkan oleh sahabatnya iatu client saya sebelum ini kepada saya.
Mula-mula dia nak mohon ,dia ragu-ragu.Siap cakap lagi :
"saya pun tak faham kenapa semua permohonan kad kedit saya ditolak.Bank reject mentah-mentah permohonan kad kredit saya.Satu bank pun tak luluskan.Saya dah letihlah nak mohon lagi mesti dengan akak pun akan ditolak juga."
Itulah riak wajah kecewa beliau ketika pertemuan kami di Kepong beberapa minggu yang lalu.
"Saya rasa ini lah pengalaman memohon kad kredit yang agak perit bagi saya.Penat saya isi borang dan beri dokumen,namun tunggu punya tunggu akhirnya hampa.Saya dah apply kad kredit cimb bank,semua syarat saya penuhi.Kad kredit Maybank dan juga saya ada cuba kad kredit bank islam,entahlah mungkin bukan rezeki saya."
Itulah kata-kata beliau dalam pertemuan kami tempoh hari.Saya cuba menenangkan dan meletakkan diri di tempat beliau.
Kata saya :
"Dulu massa akak kerja di CIMB ,walaupun gaji akak dalam RM1500 sahaja ketika itu,namun berjaya juga dapat kad kredit selepas pertama kali ditolak.Mula-mula ditolak mungkin sebab gaji kecil dan tidak memenuhi syarat permohonan,namun ketika itu kalau kita guna EA dan pendapatan lebih 18,000 setahun sudah layak memohon kad kredit.Ya lah zaman itu tidak sama dengan zaman sekarang"
Setiap bank yang reject permohonan mungkin ada sebab tersendiri.Kadang -kadang sebab permohonan ditolak tidak pula diterangkan dengan details kepada pelanggan.Mungkin jawapannya "Fail Credit Score".Maksud fail credit score ini banyak,hanya orang yang peroses permohonanan sahaja yang dapat merungkai dengan tepat setiap sebab musabab setiap permohonan yang tidak lulus.
Namun sebagai penasihat kewangan dan sudah lama berkecimpung dalam dunia perbankan,saya terpanggil untuk membantu.Saya kata cuba lagi mohon kad kredit dengan akak dan dengan bank A pula.Walaupun pada awalnya client saya ini agak teragak-agak,tetapi saya yakin kali ini percubaan saya mungkin dalam 80% akan berjaya.Saya yakin itu.
Lagipun client saya ini tiada sebarang masalah nama dalam rekod kewangan.
Nah tidak sangka,percaturan saya benar dan tepat sekali.Cara yang saya gunakan menjadi.
Akhirnya kad kredit client saya lulus walaupun 3 bank rejct dalam tahun yang sama.Walaupun mohon semula dalam tempoh masa yang dekat.REZEKI client saya sebenarnya.Tak sangka sungguh percatura saya menjadi.Maka dapatlah client saya menggunakan kad kredit untuk kemudahan urusan harian beliau.
Masa mula-mula mohon dengan saya beliau langsung tidak yakin.Sambil bergurau"kalau lulus saya belanja akak".
Selama permohonan kad kredit dalam proses,selang 3 hari beliau bertanya status permohonan.Oleh sebab PKPB ,proses agak lambat sedikit.Kadang-kadang rimas juga saya asyik tanya status permohonan.Lepas seminggu lebih permohonan dihantara,akhirnya jawapannya cukup menggembirakan beliau.Alhamdulilah..
Nak belanja makan katanya.Huhuhu... |
Tak apa lambat,akhirnya lulus bukan.Ini bukan sahaja buat client saya happy,saya juga sangat gembira kerana dapat membantu beliau mendapatkan apa yang beliau perlukan.
Inilah kepuasan saya sebagai seorang yang berada dalam industri perbankan.
Akhir kata ,serangkap pantun buat client saya :
"Carik-carik bulu ayam di bakar api
dibakar oleh musang jalanan.
Bijak-bijak gunakan kad kredit yang diberi
jadikan ia teman membantu urusan harian."
Appreciate your time reading this entry.
Alhamdulillah..tahniah Irda! tapi pelik juga application credit card tu kena reject sedangkan memenuhi kriteria.
ReplyDeleteKami pun dah 2 bank reject
ReplyDeleteSy dh 3 kali reject... Boleh tak cik tolong sy? ☹️
ReplyDeleteBoleh tlg sy juga .. bank apa yg mudah lulus
ReplyDeleteBoleh bantu saya
ReplyDeletesaya pun sama.. 3x reject..
ReplyDeletemcm mana nak lancarkan permohonannye
ReplyDeletedia belanje akak pakai kad kredit ek ðŸ¤
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)