Setiap kali beli ayam seekor,pasti bahagian isi bukanlah yang digemari oleh anak-anak.Mereka lebih suka kepak,thigh dan drumstick.Sudahnya bahagian ayam yang berisi tebal selalu jadi pilihan terakhir.Itupun pasti berbaki diatas pinggan walaupun digoreng rempah,masak lemak,masak merah,masak kicap atau apa jua jenis masakan ayam.

Jadi sekarang ni bila beli ayam seekor saya akan asingkan hingga dapat 3 kali masak.Yalah kami 4 beranak sahaja.Seekor ayam tu sebenarnya boleh buat 3 kali menu berlainan.

Jadi saya akan asingkan bahagian yang sedap digoreng begitu sahaja dan bahagian isi saya akan potong kecil-kecil dan disimpan dalam bekas yang lain.Kira kalau dikeluarkan dalam peti ais terus masak sekali  tak mahu dah simpan balik.


 

Selalunya isi ayam ni yang saya dah potong-potong ni buat masak goreng kunyit je,hari tu ternampak perkongsian ayam pop corn .Sedap juga nampaknya.Saya pun bukalah youtube cuba cari resipi "ayam popcorn"tetapi ada resipi tu ada yang barang takde di rumah macam cornflakes dan so on.Jadi saya cari yang paling simple dan mudah.Yang pastinya menggunakan barang yang ada dan semestinya berharap ia sedap.

Ya ALLAH ternyata first time cuba,suami ke dapur dua tiga kali jadi kucing curi ayam pop corn saya.

Ayat dia "siapa suruh masak sedap sangat",sebab lauk hampir habis di makan begitu sahaja.

Ini resipinya.

Bahan-bahan

1.isi ayam yang sudah dipotong

2.tepung jagung 

3.cili kering dalam 5 sudu kecil

4.telur sebiji

5.serbuk kunyit

6.bawang kecil dalam 4 ulas

7.bawang putih 3 ulas

8.bawang besar 1 ulas

9.halia 1 inci

10.6 batang cili api

11.sebiji tomato

12.garam,ajinomoto dan minyak masak.

13. Kicap,sos cili dan sos tiram.

 

Cara-Cara buat

1.Mula-mula ayam yang dipotong dilumur dengan kunyit.Kemudian gaul dengan telur .Perap sekejap

2.Ambil seketul-ketul ayam salut dengan tepung.Asingkan dan biarkan dalam 30 minit.

3.Goreng ayam dalam minyak yang panas kemudian toskan.

4.bawang merah kecil,bawang putih dan halia blend dengan cili kering yang sudah diblend.Blend semula bersama-sama dengan bebawang tersebut.

5.Gunakan minyak yang sama,tumis bawang besar yang sudah dihiris.Bila bawang kekuningan masukkan bahan No 4 tadi dan tumis.Tumis hingga pecah minyak

6.Kemudian masukkan 3 sudu sos cili, sudu kicap dan 2 sudu sos tiram.Kalau tuang dari botol agak-agak je.

7.Cili api yang dilenyek dan tomato yang dipotong dadu campurkan sekali.Masak sekejap kemudian baru masukkan ayam ke dalam nya.Gaul hingga rata dan sedia dihidang.


Untuk lebih memudahkan pembaca,saya kongsikan disini paparan video dari youtube yang saya cuba resipi ini.Memang sedap tak tipu.Terima kasih kongsi resipi di youtube dan saya kongsi pula buat pembaca saya.



 

 

Appreciate your time reading this entry.

1 Comments

Thank you,come again :)

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post