As salammualaikum .

Bismillahhirahmanirrahim,( 21 Dec 2020)

Soalan dari pembaca hari ini adalah bagaimana untuk menyimpan duit jika bergelar mahasiswa.Boleh juga saya tambah bagaimana untuk mendapatkan sumber kewangan walaupun sedang belajar.

Saya bukanlah seorang yang pakar sangat dalam bab ini,tetapi mungkin saya boleh berkongsi sedikit pengalaman dan pembacaan..

                           Vector set of diverse college or university students holding and reading books. Students different nationalities from different countries standing in line.  Vector illustration. Flat design

 

Dulu saya pernah belajar dan bekerja,bekerja secara fulltime dan belajar secara part time di kolej waktu malam.Berbeza dengan sekarang,mungkin ada antara anda belajar full time dan bekerja secara part time untuk menambah sumber kewangan.Apa jua situasi anda sekarang,tujuan kita sama iaitu ilmu ingin dicari,duit juga ingin dicari.Jika anda sudah berada dalam situasi itu,syabas saya ucapkan anda akan lebih banyak belajar mengenai "sekolah kehidupan".Yang mana tiada universiti yang boleh create anda menjadi begitu kecuali keinginan sendiri untuk "greedy for self improvement".


Berapa Gaji saya dan bagaimana saya mengurusnya?

Habis SPM dengan usia 18 tahun bekerja sebagai pembantu di sebuah klinik swasta dengan gaji sekitar RM550-RM600 sebulan.

Saya perlu membayar kolej setiap  semester selain beli buku atau yuran-yuran lain.

Dengan duit gaji ini saya buat belanja kos perjalanan ulang alik,ketika itu saya hanya naik LRT menggunakan monthly pas.Sangat jimat.Makan pula saya bawa bekal dari rumah.Jadi duit gaji saya itu cukup  untuk biayai pendidikan tanpa membuat pinjaman dan boleh beri sedikit buat mak saya.Sikit sahaja ketika itu dan bukanlah fix.Kalau ada lebih saya bagi kalau tidak memang saya tak beri.

Saya tidak melepak dengan kawan-kawan di tempat hipster dan saya hadkan belanja sehari tidak lebih dari RM10.Itu jika perlu atau teringin sangat.Shopping baju untuk diri sendiri saya tetap buat tetapi mungkin 2 bulan sekali.Ini penting untuk semangat pergi kerja kalau ada baju baru. heheh..

 Secara ringkasnya ketika itu saya berjimat dengan cara:

1.Bawa bekal,tidak membeli makanan di kedai

2.Naik public transport paling murah 

3.Tidak selalu melepak dengan kawan-kawan.Hidup saya pergi kerja dan ke kolej.Jika ada pun melepak sekejap lepas habis kelas sementara tunggu LRT.

4.Cuba bagi mak even RM50 pun ok.Dan cuba saving RM50 sebulan pun ok.Yang ni memang saya try hard untuk buat.

5.Kawal keinginan dan jika perlu shopping buat juga tapi lepas dapat saving sekurang-kurangnya RM50 sebulan.

Baiklah,itu 16 tahun sudah berlalu.Ketika waktu itu sumber mencari pendapatan itu masih konvensional dan perlu bekerja 9am-5pm.Namun hari ini dunia makin canggih cara menambah kewangan walaupun bergelar pelajar itu lebih mudah sebenarnya.

 Sebagai mahasiswa hari ini apa yang perlu dibuat untuk menghasilkan kualiti kewangan yang lebih sihat?Selalunya sumber kewangan jika bergelar pelajar adalah :

1.Biasiswa/PTPTN

2.Pemberian orang tua

3.Kerja-kerja sampingan secara part time.

Nasihat saya yang pertama jika ingin mempunyai simpanan anda juga harus belajar untuk menjana kewangan dan jimatkan perbelanjaan.

Banyak kerja-kerja part time yang hasilnya jika kita buat sungguh-sungguh agak lumayan seperti .

  • Jadi agen dropship para penggiat business.Ini anda tidak perlu pergi kerja hanya perlukan handphone dan aktif promosikan barang. 

 

  • Buat grab food/panda atau lala move.Tahu tak anda boleh dapat sekitar RM50-RM100 sehari jika anda rajin .Dengan duit ni anda boleh buat simpanan  

 

  • Pekerjaan digital seperti admin sosial media,content creator,ghostwriter ,designer dan semua yang anda hanya perlu buat dari rumah menggunakan data internet dan laptop sahaja.Bahagikan masa untuk study dan pekerjaan freelance anda.Harus bijak mengurus  masa dengan cara  tidur awal dan bangun awal,trust me anda akan rasa mempunyai lebih 24 jam sehari.

Sebenarnya banyak kerja-kerja sampingan yang boleh anda lakukan.Cari info tersebut .Kalau boleh kurangkan scroll sosial media yang hanya melihat kehidupan orang lain.Instagram yang hanya mempamerkan yang indah-indah hidup orang lain.Tetapi mulai saat ini mulakan masa anda untuk create kehidupan anda sendiri.Gunakan setiap masa untuk mencari idea dan mencari peluang kerja yang boleh menambah sumber kewangan anda.

Tulis blog pun boleh datangkan duit tau.

Jadi bila dah ada duit sampingan barulah anda boleh menyimpan.


Cara mengurus kewangan anda?

Sekarang anda sudah ada kerja sampingan bukan..Sudah menjana kewangan selain biasiswa ataupun kiriman orang tua.Jadi sekarang anda harus belajar mengurus kewangan anda agar mempunyai diet kewangan yang sihat.

Bagaimana caranya?

Perkara utama  anda harus ada budget simpanan dan juga budget belanjawan.Jangan lupa ada catatan perbelanjaan dan juga catatan simpanan.Kalau malas mencatat di buku gunakan sahaja apps.Macam saya memang dicatat di buku dan juga apps.Dari dulu zaman belajar dan bekerja apalagi sudah berkeluarga dan ada anak-anak,begitulah saya mengurus kewangan.Saya gunakan apps 1MONEY.

"Ingat wanita yang berkeluarga adalah menteri kewangan dalam rumahtangganya.Jika bijak seorang wanita itu mengurus duitnya dan duit suaminya maka akan sihatlah kewangan rumahtangga itu. "

 

Banyak apps dalam store tu.Cari yang mana anda selesa untuk menggunakannya.

Untuk perbelanjaan anda pecahkan kepada :

1.Kos makan & transport.Kos data internet dan Grocerries.

2.Kos untuk upgrade diri seperti daftar dalam kelas-kelas online,reseller atau dropship,beli buku baru seperti buku-buku Warrent Buffet ,Dale Carnegie atau Benjamin Graham.Beli juga buku Robert Kiyosaki,buku Mohd Zulkiflie tentang Zero Hutang.Buku azizi Ali dan banyak lagi buku kewangan di pasaran.

Ingat apa yang kita baca akan menjadikan siapa kita.


Join apa-apa yang boleh mengembangkan otak.Seperti join kelas-kelas saham,hartanah dan pelbagai lagi.Subcribe perkara-perkara yang boleh self development.Bila join jangan jadi follower buta.Semua yang mentor buat kita nak ikut.Tak semua mentor buat itu sesuai dengan semua orang.Kita cedok ilmunya tapi kita gunakan resipi kita sendiri untuk praktikkan dalam kehidupan kita.Kita juga ada resipi kejayaan kita bukan?Mentor hanyalah guideline untuk menambah baik bukan untuk di copy-paste.

3.Kos belanja mampus.Hahah yang saya panggilnya belanja mampus sebab dah habis bayar tak mendatangkana apa-apa seperti lepak kedai mahal,nonton wayang,main bowling atau apa sahaja yang seronoknya sekejap sahaja.Namun ia tetap perlu ada untuk rebalance otak,jika tidak tepu nanti asyik belajar dan kerja-kerja sahaja tapi kena letak budget paling ciput.


Simpanan Paksa-Rela

Pupuk diri anda,jika tidak boleh paksa diri anda menyimpan dari setiap pendapatan anda.Perkara kalau dah buat berkali-kali akan jadi habit anda nanti.Yang susah nak mulakan,bila dah selalu buat akan jadi kebiasaan .Manyimpanlah sedikit dari pendapatan.

Caranya boleh buat auto saving dari online banking.Macam online banking maybank dan cimb ada goal saving dalam tu.Anda tinggal nak letak amount berapa anda target dan dalam berapa jangka masa,automatik tiap bulan akan autodeduct untuk masuk dalam goal saving anda tu.

Sistem main kutu.Walaupun ia kedengaran so kampung kan..haha tapi kalau jumpa gang kutu yang anda percayai ia sangat membantu anda untuk create satu sistem wajib paksa rela untuk buat simpanan.Alhamdulilah pusingan kutu saya baru sahaja habis dengan penghasillan 3k dan 5k tahun ini.Tapi kena pilih orang yang betul-betul anda rasa boleh contribute,jujur dan dipercayai.

Seterusnya simpan duit dalam akaun yang susah untuk dikeluarkan seperti 

1.Tabung Haji

2.ASB 

3.Simpanan tetap Fixed Deposit (FD)

4.Kalau nak take risk sikit simpan dalam Unit trust dengan monthly contribution serendah RM200.


Baru pertama kali dengar pasal FD?

Sama konsep macam simpanan tetap lain tapi anda boleh pilih paling singkat dalam sebulan. Ada 1 month,2 month,3 month,6 month ,setahun dan lebih setahun.Pergi sahaja ke bank-bank dan  tanyakan rate FD mereka.

Contoh rate FD 3% untuk sebulan.Sekarang ekonomi tak berapa baik.Rate FD paling tinggi pun 2.45%

Anda ada RM5000 simpan dalam Fixed Deposit

5000 x 2.45 % x 30 days /365 days : Boleh dapat dalam RM10++ sebulan lah jika simpanan RM5000 dalam fixed deposit.Setahun boleh dapat dalam RM120 .Masih ok compare letak dalam saving account biasa yang tak dapat apa-apa.

Tapi jangan lupa buat FD islamic.Jika tidak takut ia jatuh pada riba.


Circle kawan-kawan yang jimat berbelanja tidak boros,sama-sama saling support untuk menambah pendapatan dan berdisiplin dalam  menyimpan penting untuk anda.Belajar kata TIDAK jika ada kawan-kawan yang suka ajak anda lepak tempat-tempat mahal,beli pakaian branded,tukar handphone beberapa kali setahun.Belajar say NO ok.

Tak apa orang gelar kita skema atau kurang kawan.Kalau kawan yang ada lebih berkualiti walaupun sedikit itu lebih baik.

Hidup paling kritikal adalah ketika bergelar mahasiswa.Sering berasa celaru dalam memilih .Sering berasa insecure dan stress tak semena-mena.Tapi sebenarnya itu hanyalah proses kehidupan.Belajar selama 4 tahun itu adalah proses,nikmati sahaja.Jika keluar dari kepompong pendidikan kita tetap jua akan anda lalui tapi stress perkara lain pula.Hal kerja,hal keluarga dan sebagainya.

Namun bak kata Dr Muhaya dalam PMC ,jangan terlalu fikirkan masalah orang,masalah dunia.Jalani dengan tenang dan banyak tips-tips yang Dr cadangkan.Belajar-belajar buka youtube dari beliau untuk kita menghadapi pancaroba kehidupan.

Mahasiswa yang bijak menambah pendapatan,mengurus kewangan ..anda akan menjadi mahasiswa muda,ada stail dan hidup penuh terencana.

Usah tunggu menjadi pekerja sepenuh masa untuk mengurus kewangan sihat,mulakan saat ini.Kelak ia akan jadi kebiasaan.

Dan akhir kata,rajin bekerja tapi tidak menguruskan kewangan itu membazir tenaga namanya.Rajin bekerja hingga lupa ibadah itu ibarat menadah air di baldi yang bocor.Seimbangkan dunia,akhirat pelajaran dan juga pekerjaan.

Bekerja itu ibadah,menuntut ilmu juga ibadah..dan jangan sampai kita lupa ibadah-ibadah wajib yang kita harus utamakan dalam menuntut ilmu dan bekerja menambah pendapatan.

Semua ini hanya jalan usaha,tetap DIA pemberi segalanya.


Jika artikel ini dapat membantu serba sedikit persoalan anda.Jom sama-sama buat pahala atas muamalat ini..

✅. Derma seikhlas hati ke akaun rumah anak yatim   :Maybank 564829000530 atas nama "Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Al Nasuha".

 RM1 pun sangat dihargai.

Terima kasih ya😃


Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post