Saya yang membacanya sanggup mandi petang jam 8 malam,mahu terkucil pun tertahan,Tangan menggigil hati berdebar-debar sempat jantung saya terasa kencang apabila sampai pada plot twist cerita.Ternyata karya beliau menjadikan ia penulis yang sukar diramal jalan ceritanya.


 

 Education & crime dalam buku ini,kegigihan seorang gadis remaja yang tidurnya di rumah setinggan.Ibunya sahaja adalah pelajar paling lemah.Dia hampir mewarisi ibunya dan langsung tidak meminati pelajaran.

Tetapi akhirnya dapat tawaran belajar di jurusan perubatan atas satu sebab utama kerana ingin menjadi doktor pakar.Hanya menjadi doktor pakar sahaja dia dapat mengetahui penyakit bapanya yang bertahun-tahun lama nya tidak dapat bergerak (strok).

Dulu,Aini sempat mewarisi lemah IQ ibunya.Namun dek kerana satu sebab itu dia sudah punya cita-cita.Cita-cita itu membawa perubahan padanya hingga gurunya yang mengherdik,memarahi aini,namun dia tetap tebalkan muka,datang ke rumah,sanggup berdiri depan rumah dibawah pokok berpanas dan berhujan hanya dengan satu niat  ingin belajar sehingga faham...Agar gurunya sudi mengajarnya extra class kerana dia bercita-cita hendak jadi doktor pakar.

Akhirnya gurunya terdetik di hati   "Mereka yang ingin belajar tak bisa diusir "


Dinah ibu Aini yang cekal mencari sesuap nasi dengan berniaga di tepi-tepi jalan.Berkejar-kejaran di landasan kerata api kerana menjual mainan ,dihalau oleh polis malah gigih datang lagi dan dikejar polis lagi namun masih terhendap-hendap untuk berjualan  lagi.Manakan mungkin pulang dengan tangan kosong,anak di rumah menanti beras dibawa pulang buat dijadikan nasi berlaukkan telur jika ada hasil lumayan.Jika tidak makanlah mereka esok siang.

Malam hari Aini yang kelelahan berjualan bersama ibu,terpaksa menolak ketepi sudut rumah barang-barang mainan dagangan kecil ibunya untuk dapat meregangkan badan tidur berbantalkan lengan. Bagaimana dia hendak minat belajar,masanya terlalu sibuk membantu ibu berjualan.

Itu kisah Aini seorang gadis remaja yang dungu mewarisi ibunya namun akhirnya menerima tawaran melanjutkan pelajaran ke fakulti perubatan.

 

Ibu Aini,Dinah..

 Dinah yang beranak 4 adalah seorang wanita yang mempunyai 10 orang kawan-kawan yang sama corot dalam pelajaran.Andrea Hirata mencipta watak 10 sekawan dalam buku ini bukanlah mudah.Selalunya paling ramai pun  hanya 5 sekawan,tetapi 10 sekawan yang sentiasa menduduki bangku (kerusi) belakang selalu menjadi sasaran kemarahan guru-guru terutamanya guru matemati.

Saya mula-mula beranggapan buku ini hanya sebuah sebuah buku motivasi dan pendapat peribadi sang penulis.Namun tidak,ia adalah buku novel yang penuh pengajaran,lucu dan suspens.Saya sempat tersenyum,tertawa (ditegur oleh anak kenapa mama) jarang saya membaca begitu dan sempat juga saya ingin menangis menahan pilu.Perasaan bercampur baur terbit tatkala saya membaca buku ini.

Antara watak 10 sekawan dalam cerita ini.

1.Debut (Seorang idealis) Dia ini suka membaca.Banyak ideanya.Hinga dia membuka kedai buku didaerah yang mana orangnya tidak suka membaca .Dia menggelarnya kedai buku heroik.Namun dia hanya seorang yang hanya beridea selalu.

2.Salud yang berwajah hodoh.Hidung kembang mata buntang.Sering jadi mangsa buli dua orang yang selalunya memusuhinya.

3.Sobri-yang tak pernah naik kelas .Bekerja sebagai pemandu lori septik yang kadang-kadang membantu dinah berniaga di kaki lima.

4.Tohirin juga tidak naik kelas-kuli di pelabuhan yang buat semua kerja-kerja suruhan di pelabuhan.

5.Nihe-suka selfie dan ada pengikut setia junilah.Apa jua yang dikatanya pasti junilah mengiyakannnya.Mereka berdua bekerja dengan Rosip

6.junilah-Selalu mengikut Nihe.Apa yang Nihe buat pasti dikutinya dan sentiasa bersetuju dengan Nihe.

7.honorun-jadi guru sukan sebab sempat tamat

8.rosip-meimbuka cleaner service.Pekerjanya Nihe dan juni,selalu sakit kepala sebab kedua-dua mereka ini hanya suka selfie,Kerja selalu lambat dan tidak mengikut etika pekerjaan.Company suam-suam kuku

9.Handai-masih lagi menganggur,selalu berandai-andai dan berangan -angan menjadi pakar motivasi.

 10. Daniah-berniaga di kaki lima dan ibu kepada aini

 "jika sepuluh, mungkin lebih cocok disebut gerombolan. Lagi pula, sulit sepuluh sekawan dibuat cerita, pengarang yang tak kuat mentalnya akan mundur sebab bukan main sulitnya mengingat nama sepuluh orang itu’

10 orang kawan yang bodoh dan miskin ini bukanlah satu cerita motivasi dari mereka.Yang keluar dari kemiskinan dan belajar hingga menjadi orang terhormat seperti kisah-kisah motivasi selalunya.Tidak,dalam siri orang-orang biasa ini mereka tetap bodoh dan miskin.

Mereka ini selalu bertengkar dan selalu tidak sama pendapat.Tetapi mereka akhirnya sama-sama teruja untuk membantu dinah yang anaknya aini untuk masuk fakulti perubatan.Mereka merasakan satu kejutan yang maha hebat bila anak dinah sangat pintar dan mereka ingin sama-sama membantu dinah yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk melanjutkan pelajaran di fakulti perubatan.

 

Debut Awaludin yang mengangkat dirinya ketua dari 10 sekawan inilah yang menghadirkan idea untuk merompak bank .Mereka bermesyuarat hingga 22 kali dan menonton DVD orang putih bagaimana jenayah merompak bank dilakukan.Tujuan mereka satu hanya untuk mencari dana kemasukan universiti anak dinah ke univerisiti perubatan.

 
“ .. Tengoklah banyaknya anak-anak pintar miskin yang tidak dipedulikan Pemerintah! Tengoklah jurusan tertentu hanya dapat dimasuki orang-orang kaya! Tengoklah langkanya anak-anak orang miskin jadi dokter! Mendaftar ke fakultas itu saja mereka tak berani.  Padahal kecerdasan mereka bisa diadu! Ilmu seharusnya tunduk pada kecerdasan, bukan pada kekayaan! Para pemimpin, birokrat, politisi, sibuk dengan periuk belanga sendiri...” (Debut, hal 118)

 

Cerita ini semakin suspens bila hari untuk merompak tiba.Pelbagai andaian yang saya cuba rangka tapi terpeleset jauh dari jalan ceritanya.10 orang biasa-biasa dan bodoh  yang selalu dibuli itu dapat merancang satu siri rompakan yang begitu teratur.

Jalan ceritanya begitu suspens dan tak kurang juga kelakarnya.Sempat mereka berpantun,sempat mereka lari lintang pukang dan sempat juga mereka memecahkan satu jenayah besar yang ada disebalik tabir dalam kampung mereka.Money laundering kegiatan sang pembuli dari zaman sekolah dulu.

10 sekawan ini adalah orang bodoh dan dungu.Orang biasa-biasa yang tak punya apa-apa,ada kedai buku,tapi kedainya sepi sebab buka kios di daerah yang tidak suka membaca,ada yang hanya jadi guru bergaji rendah namun punya ramai anak,ada yang mengganggur tapi berangan menjadi motivator,ada yang bekerja jadi kuli dan berdagang sering dikejar-kejar pihak penguatkuasa.Namun kehadiran orang-orang bisa ini sempat membuat si jahat menjadi bingung,pihak polis tertanya-tanya.Pegawai bank juga sempat ingin mencari identitas mereka.

Menghabiskan buku ini dalam satu hari setengah merupakan rekod peribadi dalam membaca.Bagaimana tidak dengan urusan rumahtangga dan anak-anak,sempat juga saya membaca buku oob "Orang-orang biasa"karya ke 10 Andrea Hirata dengan keterujaan yang amat sangat untuk menghabiskannya.

Siapa yang tidak kenal beliau,penulis tersohor dari Indonesia yang diangkat martabatnya hingga peringkat international menjadikan beliau sentiasa disebut-sebut.Karya beliau sebelum ini "Laskar Pelangi"memenangi beberapa anugerah di Amerika ,Jerman dan kini karya Orang-orang biasa yang penyambung karya agung tersebut.

 

Dari Novel ini apa yang sangat memberi kesan kepada saya dan menjadi ingatan?

* Kegigihan Aini untuk mengasah otaknya yang tumpul.Sangup berdiri lama di depan rumah ibu guru untuk belajar extra.Tetap menghormati gurunya walaupun guru tidak sudi mengajarnya kerana lembabnya dia.Gurunya lelah,namun kerana tidak putus asa untuk belajar dan terus belajar,otaknya yang tumpul akhirnya boleh jadi tajam sehingga dia lulus mata pelajaran dengan 100% markah.

*Aini tidak malu bekerja di warung kopi untuk mengumpul biaya pendidikannya

*Gigihnya ibu Aini bekerja untuk menyara keluarga walaupun punya suami yang tidak mampu bekerja.

*Kuat semangat Dinah untuk mencari biaya pendidikan anaknya.Kesana kesini mohon pinjaman dari koperasi dan bank untuk pendidikan Aini.

*Jujur dan intergriti polis bernama Inspektor Abdul Rojali.Setia sarjan bernama sarjan P.Arbi.Walaupun ketika dia berpeluang menerima suapan dan ketika itu dia memang memerlukan duit untuk anak nya dan biayai kedai kopi yang ingin dibukanya bila pencen jadi polis,namun tidak sesekali dia menerimanya.Hebat dan saya rasa terpukul.

*Plot twist jenayah rompakan yang mereka lakukan.Sama sekali saya tidak terfikir hingga kesitu jadinya.

Anda harus baca apa yang berlaku ya.Pasti anda akan teruja seperti saya.


 

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post