As salammualaikum,

Bismillah,( 19 Dec 2020)

Pengalaman yang saya tidak ingin rasa akhirnya terpaksa juga saya rasa.Sebenarnya 4 orang rakan dalam team ASB saya positif covid.Paling kesian sahabat saya yang sudah berkahwin dan ada anak kecil.Satu keluarganya positif dengan covid termasuk suami dan anak-anak.Mari kita sama-sama doakan beliau cepat sembuh dan dapat kembali berkumpul dengan ahli keluarga di rumah.

Gambar sumber google sebagai hiasan

 

 

Oleh kerana saya adalah kontak rapat.Bekerjasama,bercakap ,berjalan dan makan bersama.Wajiblah saya juga terpaksa buat swab test.Tarikh 17 hrbln 2020 saya pergi ke Klinik Kesihatan Gombak Setia.Sebenarnya sehari sebelum saya sudah buat beberapa perkiraan jika saya ambil di klinik swasta,ya memang company saya cover bayaran.Tapi itu hanya untuk reimbursement dan hanya untuk ujian pertama.Covid ni tempohnya panjang entah bila kita terpaksa swab lagi.(Minta dijauhkan ya ALLAH untuk saya ulanginya)

Lagipun saya fikir kalau buat di Klinik Kesihatan senang apa-apa keputusan terus direct KKM.

(PKD )Pejabat kesihatan daerah akan hubungi kita untuk sebarang tindakan lanjut .PKD sendiri yang akan call kita untuk memberitahu keputusan ujian selepas 24jam-48 jam spesimen diambil.

Jadi saya berfikir panjang keberangkalian dan kemungkinan untuk positif itu tinggi (doa sangat neagatif).Jadi perkiraan saya jika ambil di Klinik Kesihatan memudahkan seluruh ahli keluarga saya untuk ambil test di Klinik Kesihatan jika perlu dan ia percuma.

Jika ambil di KPJ ,contohnya satu orang dengan harga promosi RM299 jika tiada promosi 300 lebih jika lebih dari 10 orang ahli keluarga saya terpaksa buat susulan swab test sudah berapa harus saya peruntukan.Ini bukan soal berkira,tetapi saya fikir keberangkalian jika darurat terjadi dalam keluarga saya .Saya tidak boleh hanya fikirkan diri sendiri .Duit bayaran test covid itu sebenarnya banyak saya boleh gunakan untuk keperluan -keperluan ahli keluarga yang lain.

Pagi 17 hrbln tu sebelum sarapan saya terus datang ke Klinik Kesihatan dan bertanya di pintu masuk Klinik Kesihatan.Memang di pintu laluan ada meja dan petugas menghadang jalan untuk soal jawab kemana tujuan kita dahulu.Klinik kesihatan Gombak Setia sekarang sudah baru.Check up baby pun selesa disitu.Bersih dan nyaman macam klinik swasta.Jururawat pun berpengalaman.Setiap jururawat ada bahagian alamat  yang dijaganya.Jadi saya memang selesa dengan jururawat disana.Cuma saya rasa bersalah teringat ketika dalam pantang mereka datang ke rumah dan saya ketika itu emosi tak berapa baik tidak memberi kerjasama yang baik.hemmm 2 tahun berlalu sudah.

Lepas saya beritahu saya ada kontak rapat nak buat test covid,Mereka minta saya ke belakang bangunan kerana disitu memang dijalankan ujian swab test dan penyakit berjangkit yang lain.Untuk ke belakang bangunan saya perlu keluar pagar semula dan pergi ke belakang dengan berjalan kaki sahaja.Bangunan yang sama cuma kedudukannya di belakang dan tidak dilalui oleh orang ramai.

Ketika itu saya lihat boleh tahan ramai nya orang.Ada bahagian beberapa orang nurse sedang ambil darah beberapa orang sedang menunggu ,saya kira dalam 20-30 orang ada.Satu bahagian lagi ada beberapa orang saya kira dalam 10-15 orang menunggu.Itu adalah untuk ujian covid.Maknanya tempat itu dibahagikan kepada 2 kumpulan.

Saya pun bertanya pada petugas  perlukah saya register untuk buat test covid.Mereka interview saya yang penting alamat mesti dalam lingkungan jagaan Klinik Kesihatan Gombak baru boleh buat.Ada kes kena buat appointment dulu tetapi nasib saya baik pada hari tu tak perlu buat appointment boleh buat swab test terus.

Saya diminta isi sekeping kertas  yang memerlukan maklumat seperti nama penuh,ic,no telefon dan kenapa nak buat swab test.Terangkan siapa kenalan kita yang positif isi nama,ic no dan bila kali terakhir jumpa mereka.

Saya rasa proses swab test di Klinik Kesihatan Gombak Setia sangat mudah dan lancar.Saya pun tak tunggu lama untuk dipanggil.Seorang doktor wanita berbangsa India atau benggali saya tak pasti sebab dia pakai PPE lengkap yang menjalankan ujian swab melalui hidung saya.Ujian test covid di Klinik Kesihatan Gombak Setia ketika itu hanya dibuat melalui hidung tetapi tidak diambil bahagian tekak.

Jika sesetengah hospital swasta ambil dikedua-dua bahagian.Tetapi waktu saya buat test covid hanya di bahagian hidung sahaja.Saya cuba cari info ternyata ketepatan bahagian hidung itu lebih tinggi.Saya ok sahaja mana yang lebih mudah dan lebih baik juga menjimatkan kos saya terima sahaja.Saya sudah diterima untuk buat test covid secara percuma tanpa perlu buat temujanji sudah bersyukur sangat rasanya.

Ketika hidung kita dicucuk sebenarnya ia sedikit perit.Boleh rasa macam tembus ke rongga otak .Kita dinasihatkan untuk tutup mata dan rileks sahaja.Jangan bergerak kerana pergerakan kadang-kadang boleh buat hidung tercedera.Proses yang tak sampai  5 minit tu boleh mengambil masa beberapa jam untuk stabilkan semula rasa perit dalam rongga tu.Bergantung cara kita merasainya dan kepakaran orang yang melakukannya.

Spesimen yang diambil di Klinik Kesihatan Gombak Setia akan diujikaji di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh.Oleh kerana saya ambil test Khamis ,pagi.Saya dijangka dapat keputusan hari Isnin kata doktor tersebut.

Saya yang tidak sabar menunggu dan hati tak tenteram tak boleh buat lena malam.Pagi esoknya saya terus call Klinik Kesihatan Gombak Setia di talian :03-61770305.Beberapa kali saya cuba hubungi dan  saya dimaklumkan sebarang keputusan ujian makmal hanya Pejabat Kesihatan Daerah Gombak akan call dan beritahu.

Saya pun hubungi Pejabat Kesihatan Daerah Gombak di talian : 03-61207601 /03-61373001.Beberapa kali cuba menghubungi akhirnya jam 12 tengah hari hari Jumaat 18 hrbln mereka hubungi saya dan keputusan ujian saya adalah NEGATIF.Alhamdulilah sujud syukur dipanjatkan pada ALLAH swt.Saya bebas virus covid ini.Moga saya dan keluarga dan semuanya bebas dari virus covid ini sampai bila-bila..

Bersyukur rasanya berada di Malaysia.Kerajaan telah mewujudkan prasarana kesihatan yang baik dan lengkap dan ianya percuma.Disaat kita seluruh dunia dilanda ujian dengan covid19,peranan kerajaan dalam memudahkan rakyat ini patutlah kita hargai.

Klinik kesihatan Gombak Setia yang baru tahun ini diduduki setelah berpindah dari bangunan lama menjadi kebanggaan penduduk sekitarnya.Moga setiap insan yang bekerja di dalamnya penuh ikhlas dan amanah sentiasa dalam jagaan ALLAH.aaamin

Terima kasih petugas KK,Gombak Setia.Jasa anda saya hargai.

Appreciate your time reading this entry.

4 Comments

Thank you,come again :)

  1. alhamdulillah result yang keluar negatif irda.

    ReplyDelete
  2. Hai nak tanya..buat swab test dkt kk gombak kne bayar tak? And boleh terus pegi or perlu buat appointment dulu?

    ReplyDelete
  3. Hai nak tanya..buat swab test kk gombak kne bayar ke? And boleh terus dtg or kne appointment dulu?

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post