Ramai yang buat asb loan atau asb financing,tetapi masih ramai juga yang tidak faham dengan jelas mengenai asb loan atau asb financing.Ada juga yang beranggapan asb loan ni macam personal loan.Itu parah.Ini bukan personal loan ,tetapi asb loan adalah konsep pinjaman untuk mendidik kita membuat simpanan dalam asb dalam bentuk sijil.

Bila namanya loan apa sahaja loan di Malaysia ini pasti lengkap dengan insurans atau pun takaful dalam package loan tersebut.Sama seperti loan rumah ada MRTT & MRTA, asb loan juga ada insurans dan takaful.

                          

Insurans untuk asb financing konvensional dan takaful untuk asb financing islamic. Perlukah insurans atau takaful ni dalam asb financing atau asb loan anda?

Tujuan ada insurans mahupun takaful dalam loan asb adalah untuk melindungi jika berlakunya dua perkara dibawah iaitu 

1.Kematian kecuali kematian disebabkan bunuh diri atau terlibat dengan aktiviti terlarang tidak diambil kira.

2.Kecacatan kekal (TPD=Total Permanent Disability)yang mana disertakan dengan surat doktor tidak lagi memungkinkan seseorang boleh bekerja maka secara automatik loan asb anda juga sudah dilindungi .

Bila berlaku kematian,maka waris anda akan dapat jumlah sijil tanpa perlu membuat sebarang bayaran kepada bank.Jika kecacatan kekal pula,tiada lagi bayaran bulanan diperlukan.

Itu adalah fungsi insurans dan takaful  dalam asb loan anda.


Adakah loan asb wajib ada insurans dan takaful?

Jawapannya tidak.Ia tidak wajib namun banker selalu advised kita untuk ambil insurans atau takaful bila buat asb loan.Namun ada juga sesetengah bank ada promosi interest rate lebih rendah dengan  syarat wajib ambil loan asb dengan insurans.Boleh jadi sahaja,bergantung pada bank punya promosi.Ia tidaklah salah ,ikutlah kita nak pilih yang mana yang terbaik untuk kita kan.


Apa akan berlaku jika loan asb saya tanpa  insurans atau takaful?

Sebenarnya kesan tiada insurans terhadap loan asb tidaklah memudaratkan .Jika tiada insurans jika berlakunya kematian,sijil akan dijual dan jika ada excess amount akan dicreditkan pada akaun owner dan waris boleh claim semua simpanan dari akaun tersebut mengikut cara sepatutnya.

Tidak lah pula waris harus membayar jumlah oustanding loan jika berlakunya kematian.TIDAK.Cuma waris tidak boleh claim sijil yang belum habis dibayar jika tiada insurans.Sijil akan automatik dijual kerana tiada lagi bayaran diterima dan amount excess mahupun shortfall akan dikira selepas sijil automatik terbatal.


Jika saya ambil insurance,apakah saya perlu bayar tambahan pada bank?

Jawapannya YA,selalunya jadual bayaran asb loan yang dipromosi belum termasuk insurans dan takaful.Kenapa bank tak siap-siap masuk insurans  dalam jadual bayaran?Sebab jumlah insurans yang dikenakan sentiasa berbeza mengikut jantina,umur ,tahunan dan jumlah sijil pinjaman.Jadi oleh sebab itu,jumlah bayaran yang tepat termasuk insurans hanya dapat diketahui selepas banker buat quotation.

Insurance amount ini akan masuk dalam principal dan interest will included.

Ada client bertanya:.

Saya ambil loan ASB 100K.Tetapi dalam statement tunjuk loan asb saya principal contohnya : RM103,350.00

Itu bermakna RM3350.00 itu adalah jumlah insurance yang akan melindungi selama anda buat asb loan.


Tips untuk memilih insurans dan takaful.

Selalunya saya akan follow game plan client dalam menentukan jumlah insurans atau takaful dalam loan client.Contohnya jika client saya ambil RM200K loan asb untuk 40 tahun.Tetapi dia hanya plan untuk buat simpanan hanyalah 10 tahun,selepas 10 tahun dia merancang untuk terminate sahaja sijil.Tujuan asal ambil 40 tahun untuk dapatkan installment yang lebih murah.

Jadi saya pun hanya ambil insurans untuk 10 tahun sahaja walaupun loan asb 40 tahun.

Boleh kah begitu?

Ya boleh,walaupun tenure loan asb 40 tahun,kita boleh letak insurans10 tahun ikut game plan customer.Ini bertujuan untuk mengurangkan bayaran bulanan client dan jika ia dibatalkan jumlah cash value lebih banyak berbanding letak insurans sehingga 40 tahun.

Tujuan saya hanya membantu dan memudahkan pelanggan .


Jadi perlukah saya ambil insurans atau takaful dalam asb loan ni?

Bagi saya ikut lah hati PELABUR sendiri.Ada orang tak kisah jika lepas kematian sijil dijual sahaja dan tak perlu wasiatkan pada waris kerana dia sudah ada banyak insurans atau takaful nyawa di syarikat  lain.Jadi dia nak bayar ikut jadual pembayaran asb loan yang dalam table sahaja dan tidak mahu sebarang tambahan bayaran.Ia juga bertujuan bila nak batalkan loan nanti lebih mudah dan lebih banyak dapat cash value sebab tak perlu tunggu insurans refund dan sebagainya.

Bagi client,asb loan hanyalah untuk simpanan tetap tidak bertujuan untuk diwariskan jika berlaku kematian pada mereka.


Namun ada juga client yang ambil insurans untuk wariskan sijil berjumlah 100k ataupun 200k tu pada waris yang layak untuk menuntutnya.

Bayangkan walaupun baru bayar sebulan,dividen belum sempat merasa.Tiba-tiba accident dan meninggal dunia,namun sebab dah buat asb loan  200k dan lengkap denga insurans .Sekurang-kurangnya client sudah tinggalkan simpanan 200k buat orang tersayang.Itu pula bagusnya ada insurans dan takaful ni.

Akhir sekali,sebagai financil advisor saya hanya berkongsi info yang saya tahu.Pilihan samada perlukan insurance dan takaful atau tidak tetap anda yang memilihnya.Boleh hubungi irda untuk nasihat menyimpan dalam asb.Yang penting mulakan menyimpan dalam asb loan sekarang juga ya.


Tulisan ikhlas dari

Irda

06 Dec 2020,Kuala Lumpur

Hp : 011-23716700




 

 

Appreciate your time reading this entry.

1 Comments

Thank you,come again :)

  1. Kebanyakan bank memberi syarat "mesti ada insurance/mrta" dalam memberi pinjaman ASB kepada pelanggan. Tidak pula saya cuba menolak untuk dikenakan insurance ketika sesi perbincangan dgn banker dalam urusan ASB loan lalu. I should have opted w/out MRTA, tbh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post