As salammualaikum,
Lama rasanya saya tidak menaip tentang perihal peribadi.Samada dilanda kesibukan diri atau malas menguasai..Ternyata semua ada sekali.
Pembaca budiman,saya baru sahaja menjadi Priotiy Dealer untuk Public Gold.Sebenarnya sudah lebih 2 tahun saya mula berjinak- jinak dengan public gold.Tujuannya hanya untuk buat simpanan emas secara GAP Syariah.Saya sebenarnya tertarik dengan mentor emas public Gold tuan ZUL melalui blog beliau https://www.mohdzulkifli.com.
Lama saya mengikuti blog beliau,bukan sahaja dapat ilmu tentang simpanan emas saya juga meminati cara penulisan motivasi kewangan tuan zul.
Perlahan-lahan dari pembacaan timbul kesedaran tentang simpanan emas.Saya teringat dulu bebelan ibunda saya tatkala saya suka shopping baju di mall diawal remaja dan bekerja,mak kata dari beli baju ni yang memenuhkan almari,esok sempit dan tak dipakai lagi.Baik beli emas,susah-susah,sakit pening emas boleh digunakan.Kalau baju banyak-banyak nak buat apa?
Kata-kata mak tu memang ada benarnya.Emas harganya walaupun turun naik tetap masih relevan sepanjang zaman.Ia juga kalis inflasi.Rasa ingin membuat simpanan emas semakin kuat selepas terjumpa pula blog tuan Zul.
Walaupun saya dapat input dari blog tuan zul,atas dasar ingin support kawan yang juga dealer di public gold,Saya memulakan pembelian 1g di GAP dengan kawan yang saya kenali ketika bekerja di CIMB dulu.
2 tahun lamanya saya menyimpan hanya 1g tanpa sebarang penambahan.Mungkin saya juga sudah lupa,atau saya sendiri sebenarnya tidak menjadikan simpanan bulanan di public gold itu sebagai rutin simpanan bulanan.Saya abaikan dan biarkan akaun Public Gold GAP itu inactive tanpa sebarang transaksi sepanjang lebih kurang 2 tahun lamanya.
Namun saya masih mengikuti blog tuan Zul,sebagai lontaran semangat dan mencari ruang motivasi.Lama saya ternanti-nanti artikel terbaru dari tuan Zul.
Beberapa lama follow FB tuan Zulkiflee,saya ternanti-nanti status beliau.Blognya juga saya ternanti-nanti cerita terkini.Sampai satu masa saya tertanya-tanya kemana mentor kewangan saya hilang?.Sampailah saya terbaca status Puan Najdah,isteri tuan Zul yang menyampaikan “warkah dari penjara” ,
Suratan takdir tuan Zul ditahan dibawah SOSMA.Saya tergamam dan bagaikan tidak percaya begitu hebat ujian Tuan Zul dan Puan Najdah sekaeluarg.Walaupun tidak pernah bertemu beliau secara 4 mata atau bercakap secara berhadapan.namun saya terasa dekat dengan keluarga ini.Mengikuti penulisan beliau sahaja membuat hari-hari saya lebih terasa bermotivasi.
Mungkin saya begitu dekat dengan penulisan tuan Zul.Saya suka karakter mentor seperti beliau,yang menjadikan ilmu dan agama dalam mendidik kewangan buat masyarakat.Walaupun sebenarnya banyak mentor-mentor lain yang bersepah di luar sana.Keserdahanaan beliau,sifat merendah diri yang dapat saya tangkap dari setiap penulisan beliau menjadikan dia satu figura yang wajib untuk saya contohi.Tidak sesekali menjadikan kereta mewah ,rumah besar sebagai ruang motivasi tetapi sebenarnya beliau menjentik perasaan dengan cara beliau yang tersendiri.
Ujian buat keluarga Tuan Zul menyebabkan beliau lama menyepi dari arena public Gold.Saya tidak mahu bercerita kenapa tuan Zul sampai terpenjara di bawah SOSMA,anda boleh google sendiri,namun saya merasa hanya orang hebat akan berhadapan ujian sebegini.
Ditambah lagi isteri yang mempunyai anak ramai,tidak bekerja,bayangkan 2 tahun lamanya terpenjara.Jadi disitu jelas membuktikan betapa business Tuan Zul dengan public gold sebelum ini menjadikan mereka boleh survive disaat getir .
Saya teringat seketika pengalaman HAMKA,penulis tersohor dari Indonesia.Beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah ketika zamannya dan hingga kini beliau merupakan penulis yang sentiasa dalam ingatan.Setiap buku-buku beliau diulang cetak sudah acapkali.Walaupun HAMKA tidak lagi ada,aura penulisannya tetap hingga ketika ini.Saya masih teringakt kisah Tenggelamnya kapal Vander Wijck,kisah hayati dan Zainuddin,ia bagaikan senario yang berlaku di depan mata tatkala membacanya.Sungguh hebat kuasa sebuah penulisan bukan?Ia kekal sepanjang zaman..Jika anda minat menulis..teruskan usaha anda juga ya.
Keluar sahaja Tuan Zul dari penjara,status pertamanya di Facebook menjadikan saya begitu terharu untuk menhabiskan setiap bait tulisan beliau.Rasa SYUKUR yang amat sangat bagaikan beliau itu ahli keluarga saya,sedangkan bertemu sahaja tidak pernah.Namun kegembiraan mereka sekeluarga juga kegembiraan buat saya.
Saya juga tekad,tidak berlengah lagi.2 TAHUN lamanya akaun public Gold saya tidak aktif tanpa apa-apa.Tidak bertambah tidak pula berkurang .Statik tanpa terusik.Kenalan saya yang menjadi dealer saya sebelum ini juga senyap tiada khabar berita.Facebook nya juga menunjukkan beliau seakan tidak aktif lagi bersama public gold,mungkin fokus beliau lebih kepada “wasiat”.
Saya tergerak hati untuk bertukar dealer dengan Tuan Zull.Saya ingin menuntut ilmu emas dengan lebih lagi dan saya ingin bermentorkan dengan orang yang memperkenalkan tentang public gold dengan saya melalui blog beliau.Apalagi bila saya ketahui Public Gold bukan sahaja di Malaysia malah sudah ada Public Gold Indonesia,Singapore dan beberapa negara lagi di Asia Tenggara.
Bila Public Gold sudah go to International ditambah pula konsepnya lebih kepada online walaupun Public Gold ada 19 cawangan di Malaysia,konsep pembelian emas secara maya,jualan secara maya malah emas boleh dihantar ke rumah melalui courier juga menjadikan saya semakin bersemangat menjadikan Public Gold sebagai medan untuk memulakan simpanan emas secara serius.
Akhirnya,27 February 2021 saya terus buat pembelian untuk jadi Priority Dealer terus.Tak sampai seminggu menjadi dealer dan membeli beberapa g GAP dan Gold Bar,seramai 10 orang sahabat dan kenalan saya juga berminat untuk membeli emas melalui saya.Ternyata keputusan saya untuk jadi penyimpan emas sekaligus dealer bukanlah tindakan sia-sia.Disamping menyimpan juga menambah pendapatan.InsyaALLAH.Bak kata mentor saya,bukan pelaburan buat orang kaya,tapi ilmunya.Jadi untuk mengajak orang lain menyimpan emas,saya sendiri harus jadi penyimpan yang berilmu.
Jika ada pembaca saya ingin memulakan menyimpan emas,serendah 1g dulu pun boleh atau RM100 dengan akaun GAP,boleh hubungi saya di talian whatsapp dibawah ya.
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)