Teknik Compounding.

 Artikel 1 August 2021,

`

Jadual pembayara hingga December  2021


Antara banyak teknik-teknik  asb loan yang ada,saya paling suka cadangkan pelanggan saya untuk buat teknik asb loan secara compounding dividen .Ini adalah teknik yang terbaik tetapi bukanlah paksaan.

Dengan teknik asb loan secara compounding ini ia memerlukan 3 perkara:

1.Disiplin penyimpanan asb yang teguh

2.Tidak tergoda dengan dividen untuk dikeluarkan setiap tahun.

3.teruskan menyimpan mengikut target tahunan yang dirancangkan atau ada big WHY yang jelas berapa ingin pulangan dalam 5 tahun,10 tahun atau beberapa tahun mengikut game plan simpanan.

 

Dengan Teknik compounding ,contoh pengiraan adalah seperti dibawah

 

Jumlah sijil/loan asb : RM 200,000

Tempoh loan : 40 tahun

Interest bank : 3.45%

Anggaran dividen : 4.25% (dividen asb tahun 2020)

Bayaran bulanan : RM 769 (TANPA TAKAFUL)

 

Kita anggarkan tahun ke 5 kita batalkan loan .Dividen dan interest tidak berubah selama 5 tahun.Jadi jumlah simpanan yang kita adalah seperti asb calculator dibawah.Contoh pengiraan:

 


Jumlah compound dividen seperti gambar rajah : RM 46,269.32

 



Bila batalkan loan tahun ke 5,baki loan seperti di gambar rajah.Jadi jumlah surrender value

RM 200,000.00 – 187,328.66 :RM 12,671.34

Jadi jumlah simpanan selama 5 tahun       : compounding dividen + surrender value

                                                                    :RM 46269.32 + RM 12,671.34

                                                                    : RM 58,940.66

 

 Ada yang masih beranggapan buat loan ASB ni rugi.Tepuk dada tanya minda.Kalau dalam 5 tahun ada lebih dari 50k hasil buat asb loan itu kan lebih baik dari tiada simpanan langsung.

Ada juga yang masih mencari 1001 keburukan asb loan dan sentiasa memandang buruk menyimpan dalam bentuk pinjaman ini.Bagi saya ia masih baik dan relevan digunakan sebagai disiplin simpanan paksa rela.

Jika anda tidak mahu menggunakan konsep compounding kerana ingin menggunakan sumber kewangan yang ada untuk tujuan lain.

Boleh juga cuba konsep teknik loan ASB secara rolling.Boleh baca ASB loan teknik rolling di link

ini : [ASB Loan teknik rolling berbaloikah? ]

 

 

 

Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.

KEADAAN KITA 20 TAHUN LAGI  BERMULA DGN TINDAKAN YANG KITA AMBIL PADA HARI INI

 

 

Untuk info lanjut boleh whatsapp saya di 👇👇
Lebih info kewangan&simpanan.Boleh join disini👇👇

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post