ASB loan menggunakan teknik hybrid ( kombinasi compounding + rolling)
Artikel 1 August 2021
Teknik Hybrid adalah gabungan antara teknik compounding (simpan setiap bulan tanpa usik dividen) dan teknik rolling dividen (bayar untuk tahun pertama sahaja). Tapi tak semua orang sesuai menggunakan teknik ini. Hanya orang yang mampu konsisten simpan setiap bulan sesuai menggunakan Teknik Hybrid. Komitmen bagi teknik hybrid adalah sama macam teknik compounding. Iaitu wajib simpan setiap bulan.
Bagi sesiapa yang sudah lebih setahun buat simpanan asb loan,
kemudian dividen memang tak diusik, inilah teknik yang paling sesuai untuk
kembangkan lagi jumlah simpanan dengan komitment yang masih rendah.
Andai kita mampu simpan setiap bulan tak lebih dari 500 sebulan, tetapi kita teringin nak maximumkan jumlah sijil dalam ASB Akaun kita.Ada caranya dengan menggunakan buat simpanan asb loan dengan Teknik Hybrid.
Teknik Hybrid
Tahun pertama, kita mohon loan asb 100K. Sijil pertama menggunakan teknik rolling dividen. Jadi hanya perlu bayar untuk setahun sahaja, iaitu 12 bulan. Kita rolling ikut game plan kita mungkin anggaran 5 tahun sahaja.
Tahun kedua,mohon lagi100K. Sijil kedua menggunakan teknik compounding. Bayar selama 4 tahun, iaitu 48 bulan (Tamat serentak dengan sijil pertama).
Jadi setiap bulan hanya perlu bayar satu sijil sahaja. Tahun pertama bayar sijil pertama. Tahun kedua sampai kelima bayar sijil kedua.
Hasil sijil pertama - Rolling Dividen 5 tahun
Tahun 1.
Dividen: 4.25% x 100,000 = RM4250.00 .Saya ambil contoh dividen paling rendah tanpa bonus.Sebab saya suka kirakan jika worse senario,tidak janjikan bulan dan bintang dari segi dividen.
Bayar semula RM4,620.
Baki tambahan modal : RM 370.00
Tahun 2.
Dividen: 4.25% x 100,000 =RM4250.00
Bayar semula RM4,620.
Baki tambahan modal : RM 370.00
Tahun 3.
Dividen: 4.25% x 100,000 =RM4250.00
Bayar semula RM4,620.
Baki tambahan modal : RM 370.00
Tahun 4.
Dividen: 4.25% x 100,000 =RM4250.00
Bayar semula RM4,620.
Baki tambahan modal : RM 370.00
Tahun 5.
Dividen: 4.25.0% x 100,000 = 4250.
Jumlah modal untuk sijil pertama : RM 370 X 4 + RM 4620.00: RM 6100
Anggaran baki hutang selepas 5 tahun sebanyak RM93,664.00. Maka jumlah pulangan prinsipal;
100,000 - 93,664 = RM6,336.00
Jumlah simpanan sijil pertama;
4520.00 + 6,260 = RM10,586.00
*****************************************
Hasil sijil kedua - Compounding 4 tahun
Dividen terkumpul = RM18,114.78
Anggaran baki hutang selepas 4 tahun sebanyak RM95,020.00. Maka jumlah pulangan prinsipal;
100,000 - 95,080 = RM4980.00
Jumlah simpanan sijil kedua;
18,114.78 + 4980.00 = RM23,094.00
Maka hasil keseluruhan bagi teknik hybrid;
23,094.00 + 10,586.00=RM33,680.78
Berdasarkan teknik hybrid ini saya cuba jelaskan berapa sebenarnya jumlah komitmen yang akan anda keluarkan setiap bulan.
Tahun pertama: RM 385 sebulan satu sijil sahaja RM 100K
Tahun ke dua hingga tahun ke lima : RM 385 sebulan(sijil ke dua) + 370 (sijil pertama) tambahan modal untuk setahun terus jika dibahagi 12 RM 31.00 sebulan jadi total RM 416.00 sahaja jika kita betul-betul kira untuk 2 sijil berjumlah RM200,000.00.Kenapa perlu tambahan modal untuk sijil pertama?Saya ulang,saya tidak janjikan bulan bintang dari segi dividen.Kita ambil dividen paling rendah agar kalau ia lebih tinggi pun itu adalah rezeki kita,kalau ia rendah seperti tahun 2020,kita sudah bersedia dari segi mental dan poket.
Berbaloikan?Sekurangnya kita sudah ada maximum RM200K sijil loan asb dalam akaun.Masih muda dan masih ada kerja dan ada punca pendapatan kenapa tidak maximumkan?Lagipun ASB LOAN adalah hutang baik yang mencipta disiplin dalam menyimpan.
Teknik Hybrid ni boleh lah digunakan jika anda ingin maximumkan simpanan ASB LOAN tapi tiada modal yang besar.Tetapi dalam akaun ASB ada dviden terkumpul.Jadi dari biarkan dividen tu baik kita gunakan dan rolling untuk tambahkan simpanan.
Satu sijil kita bayar seperti biasa,satu lagi tambahan sijil kita gunakan dividen yang ada.5 tahun sahaja jumlah simpanan kita lebih banyak dari yang biasa.
Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan
pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan
keuntungan pelaburan ASB. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank
atau syarikat.
KEADAAN KITA 20 TAHUN LAGI BERMULA DGN TINDAKAN YANG KITA AMBIL PADA HARI INI
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)