Dari Zero To Million, RichWorks Bantu Usahawan


Pada penghujung tahun 2021, kita dikejutkan dengan musibah banjir pula. Baru sahaja kita tarik nafas lega sebab pkp sudah tamat dan pandemik pun makin kurang. Namun cabaran banjir menduga sesetengah para usahawan dan masyarakat awam.

Sabar dan tabah adalah yang diperlukan buat masa ini, semuanya terpaksa bermula dari bawah semula. Tetapi masih adakah yang faham akan situasi ini, dan dapat bantu golongan usahawan yang terjejas ini?


RichWorks International Beri Sinar Baru Kepada Usahawan


Usahawan yang terkesan menarik nafas lega apabila RichWorks muncul membantu. Apa yang dibantu oleh Richworks International ini? Mereka pakar dalam bidang usahawan dan sudah pasti ramai yang mengenali mereka akan berasa sangat teruja untuk sertai mereka.


Untuk pengetahuan anda, RichWorks International Sdn Bhd adalah syarikat latihan dan bimbingan usahawan yang paling berjaya di Malaysia dari segi penjenamaan, kepimpinan dan ilmu perniagaan. Boleh dikatakan, siapa yang tak kenal Richworks kan! Apatah lagi Pengasas RichWorks International Sdn Bhd iaitu Dr Azizan Osman.


Ujian Buat Pengasas RichWorks International 

RichWorks juga sangat terkesan dan terasa dengan cabaran 2021 ini, tambahan pula apabila pengasas mereka telah dijangkiti Covid 19 bersama dengan 31 orang ahli keluarganya. Lebih menyedihkan apabila ibu mertua beliau meninggal dunia dan beliau pula hampir maut jika tiada perkembangan yang baik selepas menggunakan mesin bantuan pernafasan.  

Begitulah kata Doktor, tetapi Alhamdulillah Allah SWT maha menyembuhkan. Dr Azizan Osman selamat dan kini kembali membantu usahawan dalam menaikkan perniagaan. Sepanjang tempoh beliau berehat dan pemulihan, beliau telah mulakan program dan sangat komited untuk memberi lebih lagi kepada usahawan.

Selepas beliau keluar dari hospital dan dalam proses pemulihan, Dr Azizan menggunakan sebanyak 98 jam masanya untuk membimbing usahawan dalam 7 program percuma. Para usahawan mendapat manfaat dan kekuatan dalam soal keusahawanan dan mereka bangkit semula!

RichWorks prihatin akan usahawan justeru dari program yang diadakan mereka telah berjaya membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan. Untuk pengetahuan anda, semua program 2021 ini ditaja sepenuhnya RichWorks International Sdn Bhd.  


RichWorks Anjurkan Program Dan Aktiviti 2021

 


  1.  Program Wanita Bangkit Berniaga 

Berjaya seseorang usahawan itu dari Zero To Million RichWorks adalah salah satunya kerana mereka menyertai program Wanita Bangkit Berniaga (WBB) ini. Ia memberi semangat untuk wanita dan usahawan lain memulakan perniagaan.

Program RichWorks prihatin ini telah mendapat pengiktirafan kerajaan kerana manfaat program yang sangat membantu rakyat. Program RichWorks WBB ini juga telah disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Selain dari Program Zero To Million Richworks yang diadakan setiap tahun, Program WBB ini sangat dinanti-nanti oleh semua khasnya para usahawan yang baru bermula perniagaan.

  1. Kebajikan RichWell Bersama Usahawan Dan Rakyat Malaysia

Tidak seperti organisasi lain yang fokus hanya kepada usahawan, tetapi Richworks bantu rakyat dengan pelbagai program dan aktiviti. Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. dalam salah satu sidang media memberitahu bahawa pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Richwell adalah pertubuhan untuk RichWorks bantu rakyat.

“Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM 501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.”

"Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujar Tuan Radz.


  1.  Tajaan Pelajar Dan Sumbangan Korban 2021


Selain dari kelas yang menjadikan usahawan berjaya dari zero to million Richworks, RichWorks International bersama ahli Titanium dan Spire iaitu kumpulan usahawan didikan mereka turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM 824,160 dalam ibadah korban kali ini.

Selain itu, kumpulan Titanium dan anak didik RichWorks juga telah menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM 180,000 sempena Maulidur Rasul. Alhamdulillah aktiviti melibat sumbangan ini adalah tanda Richworks prihatin dan Alhamdulillah usaha Richworks bantu rakyat dipermudahkan.


Usaha Membuahkan Hasil RichWorks Dan Usahawan


Walaupun ramai yang terkesan dengan banjir dan pandemik, RichWorks tetapi meneruskan misinya dalam menaikkan usahawan dengan lebih berjaya lagi. Sudah pasti hasilnya juga sangat gemilang bagi RichWorks sendiri apatah lagi usahawan.

Alhamdulillah, berdasarkan usaha RichWorks terhadap usahawan pada tahun lalu, jumlah usahawan mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX adalah seramai 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.

Bagi ahli Titanium yang merupakan usahawan yang mengembangkan bisnes pula, sebanyak 312 usahawan berjaya hasilkan RM3.2 billion, RM495 juta (519 ahli Spire) dan RM46.9 juta (1,024 ahli EliteX).



Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post