7th November lepas telah bermulanya sesi persekolahan kakak Alya selepas beberapa lama PDPR di rumah.Antara bersedia atau tidak,mama terpaksa relakan dan menyediakan persiapan kakak ke asrama.Mungkin kakak Alya sudah pandai buat kerja-kerja rumah apatah lagi mama sekarang dalam tempoh berpantang,agak rasa berat hati untuk melepaskan kakak .Namun,untuk kebaikannya mama terpaksa merelakan untuk berjauhan dengan kakak.



Kakak Alya dapat panggilan sebuah sekolah menengah agama untuk intake ke 2 selepas permohonan pertama gagal.Menggunakan result UPKK yang sedikit agak baik,mama cuba buat surat rayuan dan akhirnya diterima untuk intake ke 2 di sebuah sekolah SMKA kluster kecemerlangan

Nak mohon MRSM dan SBP rasanya tidak iterima,sebab Alya akademik so-so sahaja tidak sebijak mamanya heheh,namun untuk subjek sekolah agama,ia lebih menyerlah berbanding sekolah biasa.Dari segi tulisan jawi,hafalan dan bahasa arab,kakak Alya nampak lebih cepat pick up.Jadi dapat SMKA pun dah rasa bersyukur sangat.

Mama dan papa rancang kakak masuk asrama dari dia sekolah rendah lagi.Cuma bezanya kami terawal daftarkannya,jika dia masuk asrama form 4 & 5 pun tak apa,macam mama dan papa yang dulu yang ke asrama bermula selepas tamat tingkatan 3. Memandangkan kami dah buat rayuan dan diterima,maka kakak ke asrama lebih awal nampaknya.Mungkin itu lebih baik buat kakak Alya InsyaALLAH.


7 sebab mama dan papa hantar kakak Alya ke Asrama

1..Kakak Alya ni manja orangnya.Walaupun dah ada adik dua orang bawahnya,jarak dia dengan adiknya no 2 adalah 10 tahun.Umur kakak 13 tahun,sudah remaja,namun kadang-kadang ada perangainya masih belum menunjukkan dia macam seorang kakak.Kadang-kadang merayu nak tidur sekali dalam bilik mama dan papanya.Kadang-kadang penakut tak bertempat tidur di biliknya.

Jadi pilihan kami untuk dia keasrama agar dia lebih berdikari.Hilangkan  rasa takutnya dan lebih matang sesuai usianya.


2.Di asrama,kakak akan basuh baju sendiri.Urus duit saku sendiri.Mungkin mama akan beri untuk belanja beberapa minggu,jadi dari situ mama nak dia ada rasa tanggungjawab urus kewangan ikut budget bulanan mahupun mingguan.Jika di rumah setiap kali diberi duit,habis tak menentu,Ada saja jajan dibelinya ntah apa-apa.Jadi bila dah beri duit ikut keperluan,pandai-pandailah dia mengurus kewangannya.Jadi hanya di asrama rasanya dapat mendidiknya tentang mengurus kewangan,kalau di rumah dia tahu ada mak,ayah atau atuk nenek yang jadi penyumbang wang beli jajan.


3.Kesibukan mama di luar,kadang-kadang mama tak tertengok belajarkah dia di rumah.Membaca kah,ulang kaji kah.Jadi dalam kesibukan mama,kalau di asrama sekurang-kurangnya dia ada kawan-kawan yang akan belajar sama-sama.Ada kelas prep,jadi banyak masa digunakan penuh dengan aktiviti  pembelajaran.Harapnya bila ada aktiviti belajar bersama kawan-kawan buat dia lebih bersemangat belajar.

4.Yang paling utama,mama nak jauhkan dia dari sosial media.Tiktok,instagram.Kalau di rumah,entah berapa kali phone nya mama repair.Asyik jatuhlah,motherboard rosak lah.Asyik selfie,wefie,tiktok youtube.Jadi bila di asrama dia jauh dengan semua ini.Fokusnya kawan-kawan dalam kawasan sekolah,guru-guru dan buku-buku.

 Jadi bila sesekali pulang ke rumah,barulah boleh tengok handphone.Moga dengan kurangnya dia terdedah dengan sosial media dapat membentuk jiwa yang lebih cintakan ilmu berbanding hiburan.InsyaALLAH.

5.Tak mahu jadikan dia mangsa kemarahan.Bila ada adik dua orang masih kecil,Sikit-sikit mama akan suruh dia buat itu ini.Adik menangis dia mungkin kena marah.Kadang-kadang mama tinggalkan dia di rumah dengan adik dan mama monitor dari CCTV.

Walaupun ada kesalahan tu adik dia yang buat,selalunya kakak sulong akan jadi mangsa kemarahan .Jadi mama tidak mahu ganggu emosi dia begitu.Jadi biarlah dia di asrama belajar dan menimba ilmu tanpa terbeban kena jaga adiklah atau buat kerja-kerja rumah.Bila balik baru tolong-tolong mama.

6.Makan yang teratur.Bila diasrama,waktu makan dan mandi semua sudah teratur.Kalau di rumah,kadang-kadang suka memilih tak nak lauk tu,nak lauk ni.Kalau mama masak tak nak ikan,nak ayam.Malam-malam dah kenyang pun still nak membeli di gerai depan rumah.Mandi pun selalu disuruh mandi awal,kadang-kadang dibawanya ke tengah hari.

Jadi bila di asrama waktu makannya sama sahaja setiap hari.Dia akan terima sahaja apa lauk yang disaji.Mama tak perlu membebel suruh mandi awal,sebab kalau di asrama lambat ,semua kena tinggal.Jadi mungkin cara di asrama lebih buat kakak berdisiplin dengan waktu dan bersederhana menerima apa adanya makanan yang diberikan.

7.Mama berdoa sangat agar suasana sekolah,circle dalam bilik darjah dan dorm dapat mendidik kakak jadi anak gadis yang solehah dan wanita muslimah.Biar lebih baik dari mamanya.Kalau di rumah setiap malam akan diingatkan baca AL MULK sebelum tidur.Di asrama,siap solat jemaah,bacaan AL Mulk wajib dibaca setiap malam secara jemaah lagi.Belum lagi ada Qiam mulainya.

Syukur sekiranya semua ini terlaksana disana dan kakak Alya dapat ikutinya dengan baik,moga ia dapat mengisi kolam-kolam jiwa kakak dan bila pulang ke rumah dia boleh memberi contoh yang baik kepada adik-adiknya.

Jujurnya mama bukanlah warak dan baik sangat,namun mengimpikan anak jadi baik dan solehah adalah impian setiap insan yang bergelar ibu .Jika disekolah berasrama dapat membentuk kolam jiwanya dengan setiap pengisian dan aktiviti disekolah,maka ia adalah lebih baik di asrama.

Mama dan papa akan beri tempoh hingga dia tingkatan 3 ,mama akan tengok bila dia pulang cuti nanti perkembanganya dan juga keputusan-keputusan peperiksaannya.Jika ia lebih baik,maka diasramalah kakak sampai tingakatan 5.Namun jika tiada perubahan,mama akan keluarkan kakak dan duduk dengan mama sahaja di rumah.Boleh tolong-tolong mama buat kerja rumah.

Moga ALLAH menjaga kakak disana dan mama doakan kakak dapat menimba ilmu dengan baik dan jadi anak solehah berjaya dunia akhirat.aaaamin.



 

Appreciate your time reading this entry.

3 Comments

Thank you,come again :)

  1. Sbg ibu kita sentiasa mengharapkan yg terbaik utk anak-anak :)

    ReplyDelete
  2. semoga kak Alya terus maju jaya. lebih berdikari.. insyallah.

    ReplyDelete
  3. Setuju tu impian setiap ibu dan ayah memang mahukan anak yang soleh dan solehah.
    InsyaAllah doa yang baik-baik sahaja

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post