Alhamdulilah,Aakhirnya saya dapat bantu seorang lagi pembaca dari blog ini untuk apply card credit.Walaupun business owner (Enterprise) dan 2-3 bank reject permohonan,namun akhirnya berjaya juga permohonan card credit/kad kreditnya dengan saya .
Kebetulan tuan pemohon ini tinggal berdekatan dengan saya,jadi lebih mudah untuk saya set temu janji mengatur proses permohonan card creditnya.
Message pertama tuan di whatsapp agak lama untuk saya balas atas faktor kesibukan saya.Atas menyantuni pembaca walaupun lama tak berbalas,saya akan scroll semula satu demi satu messages yang masuk dan membalasnya mana yang saya rasa perlu untuk dibalas.Jika soalan itu datang dari pembaca dari artikel yang sudah saya taip,selalunya saya akan beri link sahaja untuk dibaca kerana tidak sempat rasanya untuk saya balas satu-satu.
Ternyata tuan ini ingin memohon kad kredit dengan saya selepas membaca kisah seorang customer saya yang lulus kad kreditnya selepas 2-3 bank sudah reject.Boleh baca disini :
Tuan juga memberitahu namanya langsung tiada sebarang rekod pinjaman di bank yang mana ini agak menyukarkan proses permohonan untuk lulus.Ditambah lagi namanya sangkut CTOS dengan kedai motor.Nama beliau telah digunakan oleh kenalan untuk membeli motor dan tidak membayar ansuran bulanan.Dan ini menjadikan ia agak rumit untuk saya tentukan lulus atau tidak.
Saya berasa terpanggil untuk membantu. bila melihat kesungguhan tuan ini untuk mempunyai kad kredit.Sebagai business owner,mempunyai kad kredit perlu untuk memudahkan urusan pengendalian business dan urusan lain.Jadi seboleh-bolehnya 1 kad kredit sudah memadai untuk kegunaan dalam aktiviti harian.
Walaubagaimanapun,setiap permohonan perlulah dengan cara yang betul.Saya hanya memberi beberapa jalan dan ternyata tuan bersetuju.Kurang dari 10 hari,permohonanya sudah pun alhamdulilah.
Menjadi kepuasan saya dalam bekerja jika saya dapat membantu bagi mana-mana orang yang memerlukan kad kredit dalam urusan hariannya.
Memang ramai pakar kewangan nyatakan potonglah kad kredit anda,namun saya yang tidak pakar ini menyatakan sekurang-kurangnya 1 kad kredit untuk 1 orang dalam kehidupan sekarang ini.Jika anda banyak teroka artikel saya tentang kad kredit,pasti anda tahu saya adalah orang yang menggunakan kad kredit tanpa sempat dikenakan interest oleh pihak bank.
Bijak menggunakannya amat membantu urusan harian anda.
Post a Comment
Thank you,come again :)