Ramai yang datang kepada saya mohon kad kredit adalah business owner atau pun self employed.Dalam perbankan,business owner adalah invidividu yang menjalankan perniagaan dan mempunyai beberapa orang pekerja,Manakala self employed pula digunakan bagi mereka yang bekerja sendiri tanpa ada pekerja.
Selalunya bila mereka hendak apply card credit,dokumen yang diperlukan lebih details dan kadang-kadang ada yang belum pun berdaftar dengan lembaga hasil untuk perniagaan mereka.Menjadikan permohonan mereka tidak mencukupi syarat untuk lulus.
Jadi oleh kerana dokumen yang tidak lengkap itu.Saya selalu galakkan pemohon menyimpan dalam Fixed deposit atau Simpanan Tetap.
Apa itu Fixed Deposit /Simpanan Tetap?
Fixed deposit yang ada di bank adalah sejenis simpanan berbentuk pelaburan yang rendah risiko.Malah tiada langsung risiko kehilangan principal.Ia adalah simpanan berjangka mengikut kadar faedah yang telah ditetapkan oleh pihak bank.Faedah atau dengan lebih mudah difahami dividen dari simpanan itu bergantung kepada OPR bank negara .Namun lain bank lain faedahnya bergantung promosi yang mereka ada ketika itu.
Bila OPR rendah,kadar faedah pula akan rendah.
Selalunya simpanan anda tidak boleh dikeluarkan mengikut jangka masa yang anda pilih ketika buka akaun fixed deposit.Contohnya sebulan,2 bulan,3 bulan,5 bulan,12 bulan dan sebagainya.Kadar faedah akan lebih tinggi jika anda memilih tempoh masa yang lebih lama.
Bagi simpanan yang patuh syariah pula,anda boleh pilih Fixed Deposit islamic. Ia menggunakan konsep murabahah iaitu anda sebagai pembeli komiditi yang patuh syariah dengan harga yang dipersetujui antara anda dengan pihak bank .
Boleh kah saya mengeluarkan simpanan tetap/Fixed deposit saya sebelum tempoh masa tamat?
Jawapannya boleh.Tetapi anda tidak akan dapat apa-apa pulangan kerana anda mengeluarkan simpanan sebelum tempoh matang.Anda hanya boleh dapat semula modal anda sahaja.
Begitu juga jika anda batalkan kad kredit anda,jika kad kredit yang anda mohon tag atau LIEN dengan Fixed deposit,selagi anda menggunakan card credit anda,Fixed deposit anda tidak boleh dikeluarkan kecuali hingga anda batalkan kad tersebut.
Sebenarnya tidak rugi pun anda biarkan sahaja duit anda dalam fixed deposit,sebab anda akan dapat dividen/faedah atau kadar keuntungan selagi anda menyimpan dalam fixed deposit.
Untuk penggiat business ataupun freelance,ada kredit kad dari simpanan Fixed Deposit lebih baik untuk anda rolling business anda dengan cash yang ada.
Bila simpan lebih lama lebih banyak keuntungan yang diterima.
Contoh faedah untuk 1 bulan misal 2.25%
Anda simpan dalam RM10,000.
Anda biarkan dalam Fd selama 5 tahun dan auto renew faedah tersebut.Anda pula akan dapat kad kredit dengan limit yang sama.
Jumlah simpanan anda selepas 5 tahun ,masa itu mungkin perniagaan anda sudah stabil.Anda ingin memohon kad kredit lain dengan menggunakan dokumen yang sudah lengkap.Jadi bolehlah anda redeem/withdraw fixed deposit anda .
Jadi jumlahnya sudah menjadi dari RM10,000 ke RM 11,189.54 kalau kita ambil secara compounding.
Jumlah simpanan ini lebih baik berbanding simpan di akaun saving biasa!
Tips cara kira faedah Fixed Deposit :
Principal x interest x tenure /365 daya
RM10,000 x 2.25% x 30/365
RM18.49 untuk sebulan.
Jadi ingin pulangan lebih lagi?Letaklah principal lebih lagi ya.
Anda boleh hubungi irda jika anda berminat untuk memohon kad kredit namun tidak mencukupi dokumen.
Post a Comment
Thank you,come again :)