Suri rumah pun boleh buat ASBF? (ASB FINANCING?).Kenapa Tidak..July 2022 ini saya hanya ada 6 customer baru dan 3 darinya adalah suri rumah sepenuh masa dengan total permohonan berjumlah RM600,000.00.


Jangan pandang sebelah mata pada wanita yang bergelar suri rumah.Tangan yang menghayun buaian pasti akan mampu menggoncang dunia.Kerja paling susah dan penat dalam dunia adalah suri rumah.

Dalam Bahasa ARAB,suri rumah disebut “robbatul bait” ..iaitu wanita “pengurus /pentadbir rumah tangga”Maka tanggungjawabnya besar.Peranannya juga besar. (sumber :Ustazah Asma Harun)
Bagi saya juga,suri rumah adalah pejuang kehidupan dan wanita itu sendiri sebenarnya ibarat kementerian kewangan dalam berumah tangga tidak kira samada ia surirumah mahu wanita bekerja.

”Pengurus “itu sahaja sudah meletakkan level wanita suri rumah bukan hanya digelar orang rumah atau housewife seperti istilah barat,namun wanita suri rumah juga memainkan peranan besar dalam keluarganya.

Jika suami pandai cari duit,isteri adalah kemudi untuk mengurus duit suaminya.Jika suami tidak pandai cari duit,isteri adalah komandan yang mengendali kewangannya.

Semuanya akan nampak cantik dan teratur jika wanita itu bijaksana dan reda dalam berdamai dengan takdirnya.


Duit secupak tidak akan jadi segantang kalau tidak ada pasangan yang pandai mengendali kewangan.Jadi jika suami pandai cari duit,isteri bukan sahaja perlu pandai habiskan duit suami malah tahu urus duit dengan baik untuk masa depan keluarganya.


Customer saya yang mohon ASBF bulan lepas adalah suri rumah sepenuh masa.Ada yang mempunyai pendapatan sampingan buat dropship selain kerja hantar dan ambil anak.


Ada yang menggunakan peruntukan dari gaji suami setiap bulan yang dimasukkan ke akaunnya (peruntukan dari gaji tentera) dan ada juga yang dipohon oleh suaminya untuk isterinya untuk dana simpanan buat isteri tercinta.

Namun kenapa masih pilih ASBF?

1.Sebab utama boleh mendominasi sifat gigih menyimpan tanpa culas.Disiplin dan teratur.
Hatta hanya dapat jumlah disimpan sahaja tanpa dividen sekalipun,tetap untung sebab ada simpanan.Kadang-kadang simpan sendiri.Simpan hari ini,esok tangan gatal rasa nak keluar duit di ATM lagi.Malang lagi,kita wanita ini memang ditakdirkan seorang yang rambang mata.Keinginan kita banyak,kemahuan kita juga banyak.Kerana kita ada 9 :1 dalam keinginan.

Pay day,7.7,8.8,5.5 semua Tarikh ini bagaikan igauan buat mata melilau sudahnya simpanan di akaun ATM habis pada shopping online sahaja.

2.Ada takaful.Ambil loannya 40 tahun,takafulnya 10 tahun.Lebih baik daripada tidak ambil apa-apa.Dalam masa 10 tahun dari sekarang tiada jaminan umur kita akan panjang.

Sekurangnya ada sijil simpanan RM200,000 jika berlaku kematian ada hadiah terindah ditinggalkan untuk orang tersayang.

3.ASB masih pelaburan paling selamat.RM1=RM1.Suri rumah tidak mahu yang pelik-pelik.Tidak mahu yang susah nak faham.ASB tetap menjadi pilihan walaupun dividen bagaikan kadang-kadang dilanda ombak pasang surut,namun ia tetap dana pelaburan yang selamat.
Ibarat mendayung sampan,biar perlahan-lahan namun tetap akan dibawa ombak sampai ketepian.ceewah.

Tetap ada pulangan walaupun tidak segah pelaburan lain yang dicanangkan dan ketidaktentuan.
Nak main Forex?Apa susah sanagat nak trading.Nak labur besar-besar takut scammer.Jadi simpan sahaja di ASB secara ASBF.Selamat dan mudah.

saya buat kira-kira :

Disclaimair:(Ini contoh sahaja berdasarkan beberapa beza umur tiada kena mengena dengan sesiapa dan kiraan tidak mewakili mana-mana institusi.Ini hanya kiraan dari penulis untuk kemudahan fahaman)

Suri rumah 1

Lahir tahun 1989 ,bulan 12.berapa dpt kalau nak buat asbf 200k untuk 5 tahun plan?
Installment 200K di :RM 848.00( without takaful)
Totall installment untuk setahun : RM 10,176 (assume tiada perubahan OPR)
Jika dividen 5% sama seperti tahun lepas (Normaly dividen 5%-7.% setahun)

Dan target nak simpan hanya untuk 5 tahun contohnya Total dividen 5% (assume setiap tahun sama tiada kenaikan atau penurunan)

Compounding dividen 5% :RM 55,256.31
Surrender value (anggaran): RM 12,544.00 TOTAL : 67,800.31
*Anggaran pengiraan berdasarkan interest semasa TANPA TAKAFUL*


Surirumah 2 (Berusia 29 tahun)

Target simpanan 10 tahun.
Installment 200K :RM 830.00( without takaful)
Totall installment untuk setahun : RM 9,960 (jika tiada perubahan OPR)
Jika dividen 5% (Normaly dividen 5%-7.% setahun)

Dan target nak simpan hanya untuk 10 tahun contohnya Total dividen 5% (jika setiap tahun sama tiada kenaikan atau penurunan)
Compounding dividen 5% :RM 125,778.00
Surrender value (anggaran): RM 25,163.00 TOTAL : 150,941
*Anggaran pengiraan berdasarkan interest semasa TANPA TAKAFUL*


Surimah 3 (berusia 30 tahun)

Nak rolling sahaja.Boleh ke?
Kalau dividen turun kena top up.
Kalau dividen tinggi,tak perlu top up.Hasil akhir surrender value + lebihan dividen jika ada.
Namun saya tetap cadangkan ,kaedah compounding itu lebih baik.

Nak mohon loan ASB sebagai suri rumah tidaklah susah mana .Hanya perlu :
1.IC pemohon (pastikan bumiputra)
2.IC & Income document Guarantor (Suami atau adik beradik boleh jadi guarantor)
3.Akaun ASB perlu ada

Suri rumah bijaksana,walaupun dirumah tetap pentadbir kewangan keluarganya.Tangannya lembut menyentuh anak-anaknya,masakannya enak mengenyangkan dan otaknya geliga menambah nilai simpanan dan kewangan.

Lebih lagi nasihat kewangan?Halo irda ya
Hp:01123716700
Penasihat kewangan anda.



Appreciate your time reading this entry.

1 Comments

Thank you,come again :)

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post