Saya menerima panggilan dari seorang encik bertanyakan status loan ASB2 nya.Untuk info,buat masa ini tahun 2022,ASB 2 tiada lagi loan ya.Encik ini sudah buat loan ASB2 200K dan sudah jalan beberapa tahun,namun loan asb2 sudah terbatal kerana tiada bayaran diterima oleh pihak bank lebih 2bulan.

Ya,bila tiada bayaran diterima selama dua bulan,bank berhak untuk membatalkan loan asb anda dan menjual sijil tersebut.Selalunya ada bank akan call pelanggan untuk mengingatkan tentang bayaran dan ada juga hanya menghantar surat peringatan.




Encik ini agak kecewa kerana dia amat sayang loan ASB2 tersebut lagipula tiada lagi kuota untuk ASB2 buat masa ini.Bayaran tidak diterima oleh pihak ban kerana Encik ini membuat plan autodebit dari bank lain ke bank saya.Jadi bila lebih setahun,autodebit dari bank tersebut terbatal dengan sendirinya tanpa disedari oleh pelanggan.Ini menyebabkan bayaran gagal masuk ke akaun ASB2.

Namun ,apakandaya nasi sudah jadi bubur.Nasihat saya,jika anda bayar loan ASB di bank A dan autodebit dari akaun anda di bank B,jangan biarkan sahaja ya.Semak-semak lah ia.Takut-takut payment ter"stop"tanpa anda sedari.


Persoalan encik ini tidak berakhir disitu,dia menerima cash value dari bank.Cuma katanya,kiraan tidak berapa tepat ,agak lari sedikit amount dari kiraan asalnya.Namun oleh kerana encik ni juga dalam bidang financial,penjelasan saya lebih mudah difahami.

Untuk info anda:

Selalunya,jika diawal pengiraan .

Cash value bergantung pada interest yang diberikan ketika itu.Jika berlakunya naik turun OPR dan interest berubah,jadi pengiraan dari financial calculator masa mula-mula apply dulu tidak lagi akan sama.Kerana sudah ada perubahan interest dan principal repayment.Anda boleh rujuk cara pengiraan cash value dari financial calculator dari artikel saya sebelum ini disini:



Kedua,cash value atau surplus adalah selepas bank menerima refund dari PNB dan juga Syarikat takaful(insurans).Apabila amount sudah diterima,bank akan selesaikan mana-mana yang tertunggak dahulu barulah amount itu dikreditkan kepada akaun anda.

Contohnya,ada pembaca saya memberitahu,dah jalan setahun lebih.Tapi cash value hanya 0.01 sen.Kalau setahun lebih ,seperti yang saya jelaskan sebelum ini.Tahun pertama more to interest.Jika ada pun refund tidak banyak.Dan seandainya ada pula tunggakan dua bulan dan loan terbatal,maka bank akan ambil cash value itu dulu untuk selesaikan tunggakan.Barulah akaun asb anda akan ditutup dan  paid off.Jika ada lebihan barulah amount itu dikreditkan ke akaun bank anda,jika shortfall anda perlu bayar ke bank.



Ada juga jika loan terbatal,tiada cash value bilamana ambil insurance coverage yang panjang.Contohnya ambil loan 40 tahun,coverage pun 40 tahun.Sudah pastinya jumlah interest lebih tinggi.Premium insurans akan add on dalam loan.Jadi bila berlaku pembatalan loan asb diwaktu yang singkat,jumlah cash value lebih rendah.Kalau ada pun mungkin cash value dari insurans atau takaful tsahaja.Principal belum lagi reducing.


Moratorium.Bila loan asb ambil moratorium ketika PKP lalu.Bukan sekali malah mungkin 2-3x kali ambil,bila anda batalkan loan selepas itu,jumlah cash value akan berkurang kerana perlu melangsaikan moratorium yang diambil .Semuanya akan dikira melalui sistem.Kalau masih ada cash value selepas selesaikan moratorium tersebut walaupun sedikit lebih baik berbanding terpaksa kena bayar pula ke bank kerana tak dapat cover shortfall moratorium.

Anda rasa terbeban dan rugi?Haa nanti dulu..loan asb ni nak tahu untung atau rugi senang sahaja.

Ambil semua jumlah dividen berapa + cash value kemudian tolak dengan jumlah total yang sudah anda bayar.

Jika jawapan nya positif masih dikira untung.Janganlah kira untung rugi dengan hanya dengan ada cash value sikit atau tiada langsung cash value,jangan dilupa ada dividen yang sudah pun anda terima.

Berdasarkan penerangan saya diatas,jika ada diantara ada perancangan untuk buat asb loan dengan game plan 5 tahun.10 tahun,15 hingga 20 tahun contohnya,bolehlah hubungi saya untuk penerangan lebih lanjut.





Appreciate your time reading this entry.


Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post