"Jika saya ada RM30,000 sekarang,mana lebih ok jika saya simpan dalam ASB sahaja atau saya buat yang bayar bulan-bulan tu kak?"

Baiklah saya akan berikan 3 senario menggunakan dividen yang sama dan tempoh masa simpanan yang sama.

                                                            1. Dividen : 5.25%

2. Tempoh simpanan 3 tahun Sahaja.Lagi lama simpan lagi bagus



Pilihan yang pertama :Biarkan sahaja RM30,000 dalam ASB Akaun tanpa perlu buat apa-apa.Apa yang anda perolehi?




☝ Tahun pertama : 30,000 x 5.25% : RM 1575

☝ Tahun ke 2 : 31,575 x 5.25% : RM 1658

☝ Tahun ke 3 : 33,232 x 5.25% : RM 1745

Jumlah dividen terkumpul :RM 4978



✅Kelebihan,tidak perlu bayar bulan-bulan tunggu sahaja akaun beranak-anak menggunakan teknik compounding.

✅Namun dividen terkumpul lebih rendah dan tiada takaful coverage.

✅Jumlah dividen mungkin berkurang jika ada berlakunya pengeluaran dari jumlah RM30,000 itu.




Pilihan ke dua -Buat loan ASB 200K maximum,tenure loan 40 tahun dengan kadar interest 4.35%.Teknik compounding




☝Tahun pertama : RM200,000 X 5.25% : RM 10,500.00

☝ Tahun ke 2    : RM210,500 X 5.25% : RM 11,051.00

☝ Tahun ke 3    : RM 221,551 X 5.25% : RM 11,631.00



· Jumlah dividen terkumpul : RM 33,182.00

· Anggaran surrender value : RM 5947.00

· Anggaran total : RM 39,129.00



✅Untuk pilihan ke dua ,modal yang digunakan adalah RM 880/per month (without takaful) Bersamaan RM31,680 untuk 3 tahun.+ RM61 (One time processing fee).

✅ Ambil takaful,anything happen dalam 3 tahun ada 200k untuk family.

✅Dividen setiap tahun diperolehi tinggi kerana dikira dari RM200,000 jumlah sijil yang telah dicagarkan.(tekik compounding).



Pilihan  ke tiga -Buat loan ASB 200K maximum,tenure loan 40 tahun dengan kadar interest 4.35%. Teknik Rolling



☝ Tahun pertama : RM200,000 X 5.25% : RM 10,500.00 (rolling bayar untuk tahun ke 2)

☝ Tahun ke 2 : RM200,000 X 5.25% : RM 10,500.00 (rolling untuk bayar tahun ke 3)

☝Tahun ke 3 :RM200,000 X 5.25% : RM 10,500.00 (stop rolling)



*Modal cash sendiri *


❗ Tahun pertama : 10,560 (pakai cash dari 30k tu) + RM 61(One time processing fee)

❗ Tahun ke dua : 60 (top up ) + 10,500(hasil dividen tahun pertama)

❗Tahun ke tiga :60 (top up ) + 10,500(hasil dividen tahun ke 2)



☝ Jumlah modal pakai cash sendiri :RM10,680.00

**

· Jumlah dividen : RM 10,500

· Anggaran surrender value : RM 5947.00

· Jumlah keseluruhan :RM16,447.00



✅dengan jumlah ini,baki dari modal asal RM30,000 masih ada,Anda boleh pula jana dividen disitu dengan cara letakkan baki tersebut di akaun asb anda.(30,000 - 10,680) =RM19,320.00

✅Dengan cara ini,anda hanya perlu top up dengan minimum amount jika dividen lebih rendah berbanding jumlah bayaran.Jika dividen lebih tinggi,anda tidak perlu top up apa-apa.

✅Jumlah dividen anda boleh perolehi dari baki modal : RM19,320 X 5.25%=RM3205.00


Jika anda ada modal kurang dari 30,000.Masih boleh gunakan teknik ini.Hubungi saya di link ini untuk anda buat kira-kira : 





Disclaimer :Hasil kiraan ini hanya lah berdasarkan kadar interest semasa 4.35% dengan kadar dividen tahun 2023 iaitu 5,25% tanpa mengira bayaran takaful.

Kiraan ini hanyalah berdasarkan pengalaman dan pengetahuan financial consultant yang berpengalaman dalam dunia kewangan sejak 2005 dan tiada kena mengena dengan mana-mana institusi.
Hasil sebenar mungkin berbeza.






Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post