Bismillahirahmanirrahim.

Assalammualaikum wr.wb.

"Saya Mohon ASB Financing RM200,000 ,Kenapa dalam Online Banking saya jadi lebih RM    `900,000++"

Atau  ada juga saya ditanya:

"Kenapa saya mohon ASB Financing RM50,000 sahaja sampai jadi RM200,000 lebih? saya tengok dalam online banking saya"


Kerap juga saya menerima soalan begini dari client ASB saya yang mungkin baru sahaja menyimpan dalam ASB Financing atau selama ini memang baru semak online banking .  Mungkin tak tengok pun  apa yang di tulis dalam Approval Notice yang saya berikan,tiba-tiba nampak dalam online baki loan terlalu banyak,arghh sudah terkejut.

Apa yang tertera di online banking sudah pun saya share sebelum loan disbursed melalui  Approval Notice seperti contoh di bawah:


Apa yang anda lihat di online adalah jumlah loan dalam amount yang tertera di Approval Notice anda bahagian Bank's Sale Price. ASB Financing adalah berkonsepkan Affin Tawarruq Term Financing-i.


Contoh diatas : 1)Apply ASB Financing : RM200,000.00
                           Takaful premium :         RM 834.00
                            Coverage : 100%
                            Tenure   : 5 tahun
                            Bank 's Sale Price : RM972,196.80



Ok berbalik pada jumlah yang banyak dalam Approval Notice dan Online Banking (RM972,196.8),sedangkan jumlah loan diambil hanya RM200,000. 

Pasti anda tertanya-tanya,"kenapa banyak sangat hutang saya kak"?


Bank's Sale Price dalam Approval Notice adalah kiraan maksimum mengikut kadar ceiling rate untuk tempoh masa habis bayaran ASBF tersebut.

Ceiling Profit Rate (Kadar keuntungan syiling)untuk ASBF anda adalah 12% seperti yang tertulis di bahagian "f" pada Approval Notice anda.Setiap bank mungkin tidak sama ceiling rate profit rate mereka.

Untuk Affin bank: Ia terang-terang di tulis 

"The ceiling profit rate applicable during the financing tenure is 12.00 % p.a"


Islamic Financing  sudah tetapkan satu kadar profit  iaitu (Ceiling Profit Rate) untuk bank.Kenapa perlu ada ceiling profit rate ini?

Senang untuk anda nak faham,harga barang-barang di pasar pun ada harga syiling yang kerajaan dah tetapkan bukan?Jadi ia bertujuan peniaga-peniaga tidak suka-suka menaikkan harga seperti minyak masak,cili masak,ayam dan pelbagai lagi barang-barang yang ada harga syilingnya.


Berbalik pada ASB Financing ni,Ceiling Profit Rate untuk ASBF  adalah maximum 12%.Ia adalah satu kadar maksimum yang telah ditetapkan dalam asb financing islamic dan bank tidak boleh kenakan profit  lebih dari 12% walaupun andai suatu masa sepanjang tempoh pinjaman OPR naik melebihi 12%.

Maknanya dalam tempoh masa pinjaman ASB Financing tersebut contohnya maximum tenure yang anda ambil 40 tahun,maka bank sudah akad siap-siap Ceiling Profit Rate hanyalah sampai 12 %sahaja bank bolej caj untuk 40 tahun tempoh pinjaman.

Jadi jumlah tersebut sudah dikira siap-siap sehingga habis tenure loan dengan kadar ceiling profit rate bila habis tenure loan tersebut.Ia berbeza dengan conventional loan,ia tiada kadar maksimum.Maknanya andai suatu masa nanti OPR naik melebihi 12%,mungkin 13% mungkin sampai 20% sekalipun,tiada had loan tersebut untuk naik ikut rate semasa.

Namun berbalik pada ASBF Tawarruq,jumlah maksimum yang boleh bank caj hingga ceiling profit rate itu sahaja dan sudah pun termaktub di dalam Approval Notice siap-siap dikirakan sebagai akad jualan.

Contohnya pinjaman RM 200,000.00

RM 200,834 (loan amount termasuk premium takaful 200k +834) x 12% x 480 RM972,196.80


Tapi janganlah anda risau,rate semasa ASB Financing ketika artikel ini saya tulis adalah:
(SBR + 1.35%=4.35%).

Jadi masih jauh dan sangat jauh lagi perjalanan nak sampai ceiling profit rate tu.Andainya dalam masa 3-5 tahun dalam masa anda buat ASBF ni tiba-tiba profit  interest ASBF anda tiba -tiba naik mendadak (akibat desakan ekonomi),sehingga mencecah ceiling profit rate 12% apalah nak susah hati sangat,ASBF kan tiada kontrak.

Jadi andai berlaku kenaikan sehingga begitu,anda sendiri boleh batalkan sijil dan  financing tersebut walaupun belum habis tempoh bayaran .Jadi lebih mudahkan?

Jadi sekarang sudah faham,kenapa anda nampak banyak sangat baki dalam ASB Financing anda?

Sebarang soalan lanjut anda boleh klik linktree saya 
linktr.ee/irdagarmin
  untuk sentiasa dapat kemaskini maklumat mengenai ASB financing dan produk perbankan lainnya.

Terima kasih.

Hubungi saya : 
linktr.ee/irdagarmin

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post