Musim-musim PKP,yang paling terjejas terasa dengan suramnya ekonomi adalah bagi golongan peniaga kecil-kecilan,berpendapatan harian,SMEs (PKS),dan beberapa sektor perniagaan lain seperti penerbangan dan pelancongan.
Saya adalah golongan yang berpendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan tetapi masih ada pendapatan tetap bulanan.Alhamdulilah syukur Allah yang mengatur perjalanan setiap hambanya.Meninggalkan jawatan di CIMB sebenarnya saya ingin menjadi FREELANCE sepenuh masa,namun Allah masih membei rezeki dari pendapatan tetap bulanan juga .Saya masih berada disituasi di belakang tabir mengelola produk sebuah industri kewangan.Mungkin ini makanan saya agaknya,tidak sedikitpun tugas tetap menganggu tugas sampingan saya.Dan saat-saat pandemik berlaku,ternyata ALLAH punya rencana kerana pendapatan tetap ini membuat saya dapat mengurus semua hal dengan sebaiknya tanpa sedikitpun gusar jika tiada job FREELANCE atau business kecil-kecilan terganggu.Alhamdulilah..
Namun begitu,jiwa anak dagang dan berniaga mungkin menjadikan saya tidak sempurna rasa bila hanya WFH (work from home)dan hanya meeting melalui microsoft teams ataupun hanya semak email di microsoft outlook,atau hanya menawarkan promosi-promosi perbankan melalui digital platform.Saya belum puas hanya duduk bersilang kaki dan berhadapan laptop sepanjang hari.
Akhirnya saya mengambil inisiatif menjadi penjaja buah-buahan tempatan dan buah-buahan import di musim PKP melalui online marketing.Sebenarnya saya membesar dengan perniagaan ini.Ini memang perniagaan keluarga saya,cuma dulu kami menjual di pasar tani atau pasar malam.Namun hari ini saya memasarkannya secara digital.Saya memang tiada pengalaman langsung membeli buah dengan supplier,menentukan harga mengikut pasaran atau buah jenis apa yang baik.Saya serahkan semua itu pada ayah untuk uruskan.Kerja saya hanya cari pelanggan.Mungkin itu kepakaran saya.
Disaat orang lain mungkin banyak masa di rumah,menonton Netflix,drama korea,saya tetap sibuk blast whatsapp untuk marketing buah-buahan.Lepas saya siapkan reporting as WFH,maka tugas sebagai penjaja buah-buahan "interim".hehe saya laksanakan sebaiknya.Sekurang-kurangnya ia memberi kesibukan yang bermanfaat buat kami sekeluarga.Kalau tidak semua lemau hanya tidur dan makan.
Hari pertama berjualan tujuannya hanya satu,saya hanya ingin menghabiskan stok yang tersadai apabila PKP bermula 18 Mac.Ketika itu hanya sehari masa untuk membuat persediaan.Buah-buahan yang sudah diambil sebelum PKP bermula memang tak sempat untuk dihabiskan dalam masa sehari.Jadi saya terus iklankan di whatsapp story dan share di whatspp group.Ternyata dalam 2 hari saya habiskan stok sampai licin.Pengalaman saya pergi rumah ke rumah kerana tidak tahu nak uruskan runner lagi macam mana masa tu.Pengalaman ini saya ada cerita di Fb personal saya.
Ini adalah sebuah memori indah dan tersemat di hati.Saya jadi penghantar buah-buahan rumah ke rumah.Fuhh!berpeluh dan penat bukan main,tapi tetap saya syukurinya.Boleh baca melalui perkongsian saya di bawah.
Selepas episod hanya bertujuan menghabiskan stok ,hingga ke hari ini masih ada sahaja kerja seharian untuk ambil order dan uruskan runner penghantaran rumah ke rumah pula .Kebanyakkan yang order adalah kenalan dan kawan-kawan di FB.Ada juga yang datang dari medium marketing Facebook,whatsapp story dan melalui sharing info dari whatsapp dari seorang ke seorang.Alhamdulilah,teknik marketing digital ini sudah mulai diterima oleh keluarga saya yang nampaknya mereka berasa seronok dengan cara pembaharuan dalam perniagaan ini.
Berniaga F&B tidaklah sesusah mana,berbanding nak ajak orang melabur dalam unit amanah,jual buah mangga yang cost dan margin profit yang tidak seberapa lebih laju dan kencang untuk dijual.Margin sedikit tapi kita seronok,hari-hari ada cash ke tangan..haa itulah nikmat berniaga.Terfikir, patutlah tauke-tauke buah semua kaya raya dan rumah bertingkek-tingkek (Orang lain,bukan saya).
Bagi saya,dalam perniagaan kita jangan malu menjual mengikut kehendak semasa.Kalau kita tengok sebelum ni Vivy yusof jual kosmetik,tudung mahal-mahal,handbag dan fashion yang moden yang berharga premium.Sekarang gigih juga dia promosikan FVBAZAAR di IG storynya.Makanan serendah RM8 pun ada dijual secara online di FVBAZAAR.Saya pun terliur sebab semua jenis menu makanan dan dessertnya sungguh menyelerakan. Vivy buat pendekatan bijak,berniaga mengikut keperluan semasa.Pandemik ni orang tak terfikir sangat dah nak beli tudung mahal,handbag class,yang penting ada duit untuk beli makanan pun sudah.Mungkin tidak semua namun hampir separuh dari kita sekarang hanya fikir kelangsungan hidup sahaja.Anda juga mungkin?
Menjadikan buah-buahan sebagai perniaga online saya,ternyata ia mampu meraih sedikit kesibukan tatkala orang lain berehat di rumah bersama keluarga.Saya sibuk menyusun order,check akaun orang buat bayaran dan sibuk pula menguruskan lokasi penghantaran.Alhamdulilah,saya jadi produktif bila sibuk.
Malu?..bagi saya mula-mula agak kekok juga promosikan di dunia maya.Ya rata-rata customer saya dari perbankan,travel atau coway.Tiba-tiba saya jual produk pasar.Jauh sangat larinya,tapi saya cuma pusing perasaan itu,saya cari rezeki halal.Apa yang saya nak malukan?
Jika semalam saya bersembang tentang hartanah dan pelaburan,hari ini saya jual mangga dalam bakul dan berbungkus plastik.Tiada pen,kertas atau graf turun naik.Saya hanya ada buah yang sudah masak,kuning.Mangga lemak,atau mangga susu,apple fuji mahupun anggur hijau.Mana pilihan saudara?
Jika semalam saya cerita tentang dividen ASNB dan untung pelaburan hartanah,hari ni saya jual buah.Ada saya kisah.?
Hatta saya jual belacan mahupun ikan kering,tetap saya akan semangat untuk promosikan.Sebab saya tidak mahu terlalu lama berehat,otak saya jadi tumpul,tangan saya jadi lemah,badan saya terasa lemau.Kesibukan apalagi mendatangkan hasil menjadikan saya manusia yang sentiasa mencari peluang .Kalau tiada apa checklist dalam satu hari untuk saya lakukan,saya jadi orag yang sangat pemalas.
Lagipun ada kata-kata mengatakan,"berniagalah walaupun kamu sudah kaya,walaupun hanya untung RM5" ,apatah lagi saya yang tidak kaya.Kena lah double triple usaha,selagi ada tenaga muda.Bukan begitu?
Pokok pangkalnya bagi saya,selagi ada permintaan,saya akan terus jalankan.Saat PKP ni saya rasa jadi peniaga buah-buahan "interim" bukan hanya menambah pendapatan ,saya juga makin kenal penduduk setempat.Terlalu banyak rupanya group penduduk di media sosial.Saya dapat pengalaman baru,kenalan baru dan pelanggan baru.Ternyata terlalu ramai penduduk setempat saya yang berniaga sehingga wujudnya kumpulan-kumpulan peniaga yang sentiasa berkongsi barang jualan mereka.
Jika sebelum ini saya hanya tahu order menu makanan online dengan Grabfood ataupun Foodpanda,dengan adanya group FB penduduk ,ia bagaikan Ebazaar yang sarat dengan menu pilihan.Disini ia merupakan pengalaman baru bagi saya.Jika sebelum ini saya perasan sibuk dan tidak ambil tahu,kini saya makin dekat dengan komuniti setempat.Ternyata menjadi peniaga buah-buahan interim membuat silaturrahim semakin luas.
Saya akhiri diari PKP dengan satu kata-kata.Alhamdulilah...
Allah memberi sebuah peluang disebalik ujian.Dan saya bersyukur dengan setiap pengalaman ini.Saya bercerita buat anda untuk jadi sejarah perjalanan kehidupan saya esok hari.Jika ia terbaca oleh anak-anak saya kelak,mama tak pernah menjadikan hidup dunia ini hanya bangun tidur menghitung masa.Terbit matahari pagi hingga tengah hari hingga tiba waktu malam hanya menghitung masa gerakan jam dan hari.
Setiap saat lakukan sesuatu yang bermanfat ya anak-anak.Jika berehat cukup seadanya kerana dunia bukan lah tempat bersenang-senang dan berehat semata-mata,setiap saat itu ada perhitungan disisiNya.Lakukanlah apa sahaja,apa sahaja asalkan ia bermanfaat buat kita dan keluarga
p/s:Anda yang tinggal sekitar selayang,gombak,keramat,wangsamaju,setapak,sentul,taman tun dr ismail.Ingin buah-buahan segar?Boleh whatsapp irda ya.
http://www.wasap.my/+601123716700/𝖼𝗈𝗇𝗌𝗎𝗅𝗍
Diari PKP
22/4/2020
12:40 am
Appreciate your time reading this entry.
Peniaga buah-buahan interim
irdagarmin
isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata.
Menulis dalam kesibukan keluarga dan kerjaya.Jika ada yang bermanfaat buat anda,alhamdulilah.Kongsikan kepada yang lain ya.Jika ada salah dan silap dalam berkarya,maafkan khilaf saya.Yang baik itu dari ALLAH swt,yang buruk itu dari saya yang serba tidak sempurna.
Post a Comment
Thank you,come again :)