Mengenang suasana Ramadhan tahun ini iaitu 24 April 2020,mungkin ini adalah suasana ramadhan yang paling janggal,paling sunyi dan sepi tanpa adanya keriuhan suasana bazaar ramadhan.Tiada lagi kesesakan lalu lintas ingin cepat pulang.Tidak kelihatan orang berpusu-pusu di LRT untuk mengejar waktu berbuka..Suasana berubah.Ternyata selama hidup ini ,inilah pengalaman Ramadhan yang susah untuk diungkap oleh kata-kata.

Rasa sedih ada,namun berasa bersyukur kerana ALLAH masih memperpanjang usia hingga saat ini untuk menikmati ramadhan bersama keluarga walaupun dunia keseluruhannya sedang berduka untuk melawan wabak penyakit yang tiada lagi ubat untuknya.

Ya Tuhan,
Ramadhan kali ini tidak semeriah ramadhan dulu.Tiada lagi suasana berbondong-bondong ke surau untuk terawih .Yang mana malam-malam pertama pasti ramai dan penuh surau.Suara anak-anak kecil di surau.Tiada lagi kuih lapis,air soya,cincau ,roti john ,ayam percik,martabak,dan pelbagai menu jualan lain yang sentiasa menggamit selera ketika ke  bazaar ramadhan.Tiada lagi untuk tahun ini ya ALLAH.Sayunya hati...

Namun tetap bersyukur kerana masih ada ruang menikmati ramadhan tahun ini.Walaupun ia adalah yang biasa baru,bak kata PM kesayangan hari ni (NEW NORMAL),tetapi tetap yakin ujian yang menimpa tahun ini akan menjadikan ramadhan tahun ini pasti ramadhan yang terindah.

Apatah lagi nanti menunggu malam Lailatul Qadar,malam terakhir 10 ramadhan,suasana yang hening itu,ditambah pula jika ada hujan dan angin yang mendinginkan suasana,pasti rasa kehambaan itu makin menebal.

Kerana yakin ujian ini sebenarnya akan mendekatkan kami kepadaMU.Jika tidak pasti kami akan jadi hambaMu yang leka.

Ya Tuhan,temukan kami malam lailatul qadar tahun ini dengan penuh rasa keinsafan dan hapuskanlah bencana yang melanda dunia saat ini.Sesungguhnya kami adalah hambaMu yang lemah,tiadalah daya dan kudrat kami tanpa bantuanMu Ya ALLAH.

aAAMIN..


Diari PKP
ramadhan tiada taraweh berjemaah.Tiada bazaar ramadhan
23 April 2020
10.58pm

Appreciate your time reading this entry.

4 Comments

Thank you,come again :)

  1. Salam ramadan kareem
    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan qareem..
    selamat berpuasa =)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadan..
    Selamat bersahur, berpuasa dan berterawih buat irda..
    Memang lebih bermakna dan memberi kesan Ramadan kali ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post