Menguruskan kewangan dengan bijaksana dizaman kita tidak boleh melakukan apa-apa adalah satu langkah untuk kelangsungan hidup di era RM0.Virus Corona ini hadir sebagai ujian kehidupan dan kewangan.
Apabila moratorium diumumkan kerajaan tempoh hari ,ia sebenarnya sangat membantu agar kita masih punya sumber kewangan untuk menampung perbelanjaan makan dan minum keluarga.Itulah keperluan asas manusia.
Baca : Moratarium:Penangguhan bayaran LOAN selama 6 bulan,perlukah?
Namun malangnya,moratorium tidak boleh digunakan untuk menguruskan hutang kad kredit anda.Hutang kad kredit tetap menjadi kerisauan bagi sesetengah pihak yang mana mungkin oustanding kad kredit agak tinggi.Apalagi kalau kad kredit konvensional yang mana setiap interest akan compounding.Kepala semakin serabut jika tiada pula punca pendapatan ketika PKP ini,duit simpanan pula hanya cukup-cukup buat belanja dapur.Aduh!
Hari ini saya ingin berkongsi kepada kawan-kawan untuk mengurus baki /outstanding card credit .
Mungkin juga kawan-kawan boleh memindahkan baki tersebut kepada term loan dengan kadar interest yang lebih rendah dengan bayaran tetap setiap bulan seperti yang dicadangkan dalam FAQ moratorium tempoh hari atau boleh juga buat balance transfer.
Baca : Persoalan ASB Loan dan Moratorium
Konsep Balance Transfer boleh digunapakai untuk mengurus baki kad kredit anda.
Apakah maksud balance transfer?.Secara kasarnya ia bermaksud tutup lubang lama buka lubang baru.Namun secara ilmiahnya ia adalah satu proses memindahkan baki hutang kad kredit di bank lama kepada kad kredit di bank baru dengan kadar interest lebih rendah atau zero interest dengan tempoh bayaran yang ditetapkan oleh pihak bank.Ketika artikel ini saya taip,saya ada promosi untuk dapatkan zero balance transfer selama 12 bulan.Jika kawan-kawan ingin memohon zero interest balance transfer boleh hubungi saya.
Bagi saya,antara personal loan(term loan) untuk selesaikan oustanding kad kredit dengan balance transfer.Saya lebih berpihak kepada balance transfer apalagi adanya promosi zero interest.Ia lebih menjimatkan.
Beberapa tips untuk kawan-kawan tentang balance transfer kad kredit.
- Jika apply kad kredit baru,pastikan anda pilih bank yang ada promosi zero interest balance transfer.Sekarang saya ada promosi zero interest selama 12 bulan.
- Elakkan menggunakan kad kredit bank baru supaya anda hanya hanya nampak hutang dari bank lama.Jadi senang untuk urus kad kredit baru hanya untuk selesaikan hutang lama.Bila sudah selesai barulah gunakan jika perlu.
- Kalau tiada keperluan,anda boleh batalkan atau gunting sahaja kad kredit lama.
Macam mana nak bayar walaupun zero interest tapi tiada sumber kewangan ketika PKP ini?.Kalau ada pun hanya simpanan yang hanya cukup-cukup untuk belanja dapur.Lagipun PKP ni pun tak tahu lagi habis bila?
Soalan saya adakah anda mengeluarkan EPF anda seperti yang dibenarkan hingga RM500 melalui pengeluaran ilestari.
Jika hutang anda sekarang bernilai RM 5000.Jika anda bayar minimum sahaja setiap bulan.Maka interest anda akan terkumpul
Contoh :
pengiraan interest jika hanya bayar kad kredit dengan bayaran minimum:
Baki kredit card : RM 5000
Minimum bayaran : RM100/per bulan
Tempoh habis: 94 bulan
Jumlah bayaran : RM9311.25
Jumlah interest dibayar ke bank: RM 4311.25 dengan kadar 18%.Tinggi bukan?
*pengiraan dari apss card credit calculator
Jika anda buat balance transfer,0 Interest
Baki kad kredit :RM 5000 di bawa kepada kad kredit baru di bank lain.
Tempoh diambil : 12 bulan promosi zero interest
Bayaran sebulan :RM416.67
selama 12 bulan: Tiada tambahan interest bayaran.Hutang habis dengan kad kredit
Namun ,mungkin akan ada persoalan bagaimana saya hendak bayar dengan jumlah RM 416.67 ?Maka disinilah perhitungan kewangan bijaksana.Kalau anda sudah mengeluarkan EPF melalui ilestari akaun (Program Bantuan Prihatin) sehingga maximum RM500 sebulan.Selama 12 bulan hutang kad kredit anda akan langsai menggunakan amount EPF tersebut.
Jika anda tiada EPF,lebihan dari wang moratorium boleh digunakan untuk bayar monthly intallment balance transfer anda.Jadi disini anda sudah mengatur perbelanjaan dengan baik.Jika selama ini anda perlu bayar rumah dan loan kereta berjumlah RM1500.Dengan ada moratorium tak perlu bayar selama 6 bulan.Jadi 416.67 dari wang lebihan tersebut anda gunakan untuk bayar installment plan balance transfer kad kredit anda.
Mungkin ada beranggapan kalau saya boleh bayar RM 416.67 sebulan untuk baki tunggakan kad kredit.Saya rasa cukuplah saya bayar pada kad yang sama sahaja tanpa perlu buat balance transfer.
Begini,mari kita buat pengiraan lagi.jika anda mampu bayar sebanyak 416.67 tanpa perlu buat balance transfer sehingga baki kad kredit anda langsai.Namun anda kena beringat,Interest kad kredit anda tetap berjalan.
Contoh :
Baki kad kredit : RM 5000
Mampu bayar setiap bulan :RM 416 ( tanpa perlu buat balance transfer)
Tempoh habis: 14 bulan ( 1 tahun 2 bulan)
Jumlah interest : 555.41
*pengiraan dari apss credit card calculator
RM 555.41 jumlah interest yang akan anda bayar pada bank jika tidak membuat balance transfer.
Cuba renungkan :
Duit interest sebanyak itu sebenarnya boleh anda gunakan untuk membeli beras Jati Warna biru yang berharga RM27 (10 kg) dan akan dapat lebih kurang dalam 20 kampit beras.
20 kampit beras tersebut bila disedekahkan pada rumah anak yatim mungkin boleh buat makan mereka selama 3-4 bulan mungkin.
Jadi hari ini,pasakkan dalam diri.Jika anda mengalami kesulitan dalam mengurus baki tunggakan kad kredit anda.Hubungi saya untuk dapatkan promosi zero interest balance transfer.
InsyaALLAH bila kad anda lulus sahaja,anda layak memohon balance transfer.Ia dapat membantu mengurangkan emosi anda dalam menguruskan kewangan apalagi ketika RM0.
Sama-sama berkongsi manfaat benefit yang diberikan bank untuk kita semua.Kad kredit bukanlah malapetaka tetapi jika kena gaya dan tahu menggunakannya,ia sangat membantu mengurus kewangan anda.
Salam ramadhan pertama.
Diari PKP @4.43pm
24/4/2020
Appreciate your time reading this entr
Salam ramadan ya
ReplyDeleteSatu perkongsian yang sangat detail.. Semoga membantu mereka yang memerlukan..
ReplyDeleteBagusnya pengkosian ni..details sangat tau..Follow here #151
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)