"Assalamualaikum kak irda ️
saya izzatul . Saya ada baca pengalaman akak sebagai PFC . Saya ada
dapat tawaran bekerja sebagai PFC dan mulanya agak takut sebab targetnya
besar bagi saya . Tapi saya rasa ingin cabar diri saya dan apa salah
untuk mencuba . Jadi saya nak tanya , macam mana akak boleh achieved
evry month n apa usaha yg akak lakukan untuk achieve target ya ? Terima
kasih"
Email ini masuk 2x ke inbox,cuma saya masih belum berkesempatan untuk membalas.Saya suka cara Izzatul ini bertanya,dia email dan sabar menunggu jawapan dari saya.Sebelum ini ada juga yang terus call dan whatsapp saya,kadang-kadang ia agak menggangu.Apalagi bila saya dalam kesibukan,whatsapp nya tak henti-henti masuk.Mungkin nampak saya online agaknya.Bagi saya karakter begini tidak menghorkmati kesibukan orang lain.Jika tidak dibalas dan menerima auto message "will reply once i free"patutnya dia faham.
Tapi tak semua orang itu punya sensitivi begitu.Message dia bertalu-talu,sudah saya cuba bantu dan call untuk buat penjelasan.Banyak pula lagi soalannya.Aduhai,macamlah saya ni Ketua bahagian Human Resources.Sedangkan dalam artikel saya sebelum ni,saya tidak tulis pun ada service percuma sebagai kaunter pertanyaan.
Niat saya membantu tanpa bayaran,tapi ada juga yang tidak faham kesibukan ketika dia bertanya.Kalau boleh dia hendak dilayani itu jam juga.Minta maaf,anda sudah membuat saya jadi serabut dengan pertanyaan demi pertanyaan.Contohnya berapa gaji saya?Sudah acapkali itu bukan kuasa saya,gaji tu bukan saya yang tahu,lagi ditanya lagi untuk kesekian kalinya.
Tetapi bila ada insan yang bertanya di email seperti Izzatul saya lebih suka cara begini.InsyaALLAH,untuk perkongsian bersama,saya kongsi jawapan dalam dalam artikel ini.Agar ada lagi soalan yang sama dari orang lain boleh rujuk entry ini sahaja.
Artikel saya tentang :Pengalaman bekerja sebagai Personal Financial Consultant (PFC)
dan juga artikel ini :Berakhirnya khidmat di CIMB BANK selepas hampir 13 tahun.
Kedua -dua artikel ini rupanya ada yang membaca.Melalui artikel ini saya dapat banyak soalan .Ternyata ramai yang sedang menerima tawaran bekerja di Cimb Bank.Jujur saya katakan,bekerja di CIMB adalah peluang yang terbaik.Sebagai bank terbaik,ia juga menawarkan yang terbaik kepada staffnya.Sekarang kalau jadi staff CIMB pun cuti bersalin sampai 6 bulan you!UNTUK anak pertama.Bestkan?Hehehe..
Baiklah jika merujuk soalan adik Izzatul diatas,ia lebih menjurus bertanya bagaimana nak achieved target as sales consultant atau PFC.
1."Mata duitan"
Pernah mendapat gelaran sebagai top personal financial consultant dalam region menjadikan sebenarnya sales consultant adalah bidang yang buat saya seronok bekerja.Dengan jumlah pendapatan yang agak ok berbanding saya bekerja bahagian operation sebelum ni.Ia membuat saya selalu termotivasi pergi bekerja setiap hari hingga bagi jika cuti yang agak lama buat saya tidak tahan dirumah.
Pernah saya dapat MC 2 minggu kerana kandungan luar rahim.Hanya seminggu saja saya berehat di rumah.Selepas saya rasa sihat sedikit,terus saya ke branch untuk bekerja.
Kenapa ada perasaan macam tu?Sebagai sales person.Anda haruslah ada sifat sukakan duit.
Mata duitan bukanlah bertujuan menjadi pisau cukur.Maksudnya disini setiap peluang yang datang,ia ada simbol RM disitu.Kerana lebih ramai yang anda jumpa orang,lebih banyak potensi untuk anda menambah income.Bila ada rasa "mataduitan "maka anda akan semangat untuk buat kerja.Anda bukan buat sales untuk target KPI semata-mata,bukan target branch atau target boss anda semata-mata,tapi anda ada desire untuk penuhkan poket sendiri juga.
Jika anda tidak mahu gaji statik,jadi sales person adalah yang terbaik.
Bagaimana untuk menyalurkan sikap untuk memupuk mata duitan kearah kebaikan?Kita kena ada target yang jelas dan impian yang jelas dalam hidup.Contohnya,"bulan ni aku nak beli kereta,bulan depan aku nak bagi mak 1k sebagai belanja,bawak mak pergi spa,bulan berikunya nak hantar mak-ayah pergi holiday,lagi 7 bulan aku kerja aku nak ada stanby deposit rumah."
Jika kita ada set target hidup begini,automatik target sales kita pun tercapai.
Yang jadi masalah,kita sibuk nak penuhkan target orang lain.Tapi kita tak tahu apa target kita untuk 1 minggu mahupun untuk satu bulan.Jadi bila kita macam tu,kita akan penat,kita akan rasa buat sales susah,sebab?Sebab kita nak penuhkan target dan impian orang lain.Kita rasa terpaksa.Kita hanya buat untuk boss kita,bukan untuk kita.
2.Berbuat baik dengan semua staff di bank.
Di zaman saya menjadi PFC,setiap branch staff ada KPI sales referral.Maksudnya mereka kalau refer kita customer kita akan letak nama staff tersebut sebagai perujuk sales.Jadi bila kita ada hubungan baik dengan staff lain,senanglah kita nak dapat referral.
Menjadi sales person kadang-kadang akan buat kita jadi inviduliastik.Kita hanya sibuk dengan kerja kita,target kita,elearning,training,meeting,dan jumpa customer.Namun dalam kesibukan itu,cuba sesekali kita lunch dengan rakan-rakan dari department lain di cawangan kita.Bila dapat commision pertama contohnya bolehlah belanja rakan satu cawangan makan.
Manusia itu akan mudah menyukai kita bila mereka dapat hadiah dari kita,kita belanja dia makan atau apa sahaja untuk kita mengeratkan ukhuwah.Selain menjaga silaturrahim,nanti bolehlah mereka juga bantu kita kalau ada customer,kawan-kawan atau saudara mara mereka nak ambil produk banking.
Macam mana kita suka dilayani,begitulah orang orang lain suka dilayani.Berbuat baik dengan semua staff dan jangn sesekali kita berpuak-puak dalam satu cawangan.Kawan sahaja dengan semua orang.
3.Atur masa sebaiknya,banyakkan ibadah sunat.
Ketika jadi PFC,saya baru belajar nak solat dhuha Jujur saya katakan,dulu memang solat dhuha untuk dibukakan pintu rezeki.Tapi lama kelamaan,bila tak buat satu hari terasa ada kekurangan dalam satu hari tu.
Selalunya pagi saya sampai di ofis,sebelum keluar sarapan,saya akan solat dhuha dulu.2 atau 4 rakaat.Kemudian saya sarapan.Selalunya sarapan berat macam nasi lemak,lontong ataupun apa sahaja sarapan pagi.Memang saya tak skip sarapan.Kenapa?Kerana waktu lunch saya akan lewat keluar.Kadang-kadang tidak keluar langsungKadang-kadang pukul 3petang-4 petang baru saya ambil lunch.Kenapa begitu?
Kita sebagai sales person tak boleh berbondong-bondong macam orang lain.Kalau pukul 1 semua orang keluar makan,kita duduk di tempat kita.Kerana ketika inilah ramai orang singgah ke bank.Buat transaksi.Jadi kalau kita pun keluar makan waktu yang sama,macam mana kita nak cari peluang berjumpa pelanggan?Waktu makan tengah hari ini lah kita masa sebaiknya untuk pasang pancing kerana pelanggan lebih ramai datang ke bank.
4.Harus suntik perasaan suka kepada business.
Sebenarnya apabila jadi sales person di bank,kita sebenarnya ibarat berniaga tetapi ada gaji.Gaji dapat,untung niaga pun dapat.Bayangkan orang yang berniaga nasi lemak tepi jalan,pagi-pagi dia dah bangun masak nasi lemak,Belum lagi dikira penat membeli bahan masakan,berpeluh di tepi jalan untuk berjualan,balik rumah basuh-basuh pula bekas yang berminyak.Esok ulang balik rutin yang sama.
Tapi kita as sales person bank?Bangun pagi cari baju yang paling cantik nak pakai hari tu.Calit bedak dan minyak wangi.Semakin bergaya kita semakin bersemangat kita untuk bekerja.Pakar motivasi berkata "baju baru dan warna baju memainkan peranan untuk mood kita hari itu"
Jika satu hari kita dapat close 10 customer pun.
Contoh kita jual kad kredit.Dapat commision RM50-100 contohnya untuk kad lulus.Kalau 10 orang?
10 orang x RM 50 :RM500
Belum lagi gaji bulanan kita.Jadi best tak?Ia tidak sesusah kita menjadi peniaga kecil-kecilan yang dari pagi sudah berusaha.Belum dibawah teriknya mentari dan basah jika hujan.Jadi syukuri apa yang kita sedang buat sekarang.
Mulakan dulu di bank,cari pengalaman,kumpul duit.Nak rasa jadi orang business,jadilah sales person.Bila kita ada mindset begini,automatik target kita pun achieved.
Bila kita dah ada semua pengalaman tu,mana tahu suatu hari nanti kia boleh gunakan untuk business kita sendiri pula.
Rasullullah dulu pun mulakan pekerjaan /perniagaan baginda dengan memberi servis pada orang iaitu "mengembala kambing".Jadi kita dalam lapangan menjual service kita di bank juga ibarat satu titik permulaan untuk membina empayar yang besar suatu masa nanti.Kena ada mindset begitu.InsyaALLAH dengan izin ALLAH suatu hari nanti ,aamin2x
5.Aktif di sosial media tetapi berpada-pada.
Selain sales kita dapat secara offline di bank atau booth .Kita boleh achieved target dengan dapat sales secara online.Caranya?Selalu share info yang boleh dikongsi secara public di media sosial anda.Di fb,instagram,whatsapp atau telegram.Share saja apa aktiviti anda buat sebagai sales person.Jangan lupa letak hastag.Nanti percayalah ada sahaja customer yang akan anda dapat dari media sosial.
Bila melibatkan media sosial,pastikan tahu DO & DONT'S untuk sharing.Sebagai banker kita tertakluk kepada etika,compliance dan ada info kita boleh share dan ada yang tidak.Belajar dari atasan dan bertanya dulu dengan siapa yang lebih senior sebelum anda berkongsi.Dont worry ,nanti training demi training yang anda hadiri,automatik akan lebih bijak dalam berkongsi di media sosial.
6.Direct approach
Jika anda sales person dan ditempatkan di cawangan.Itu adalah lubuk ikan sebenarnya.Leads anda banyak.Walkin customer di CIMB memang ramai.Gunakan peluang ini.Approach setiap customer yang masuk bank.Yang sedang ambil no,tunggu nombor giliran,yang beratur di machine atm.Approach sahaja,beri flyers,jadual asb,benefit card credit atau apa sahaja yang berkaitan.
Anda malu?JANGAN MALU.Ingat setiap customer yang masuk ke bank ibarat ia masuk ke rumah anda.Jangan biarkan dia pulang dengan tangan kosong.Berikan ia "buah tangan"percayalah 10 orng yang anda buat begitu,pasti 1-2 orang akan signup product."HUKUM BUAT PASTI DAPAT".
Ingat kembali point no 1.Mata duitan dan mengejar impian.Ia akan jadi suntikan semangat anda untuk "tegur"setiap pelanggan yang melangkah masuk ke bank.
Di cawangan bukan masa untuk kita buang masa,scroll media sosial tak habis-habisnya,acah-acah "busy" asyik tengok PC.Mata kena "alert",kena fokus ibarat mata helang yang ingin menyambar setiap orang yang masuk ke bank.hehee gitew!
Jadikan waktu banking 9.15am-4.30pm waktu anda buka kedai.Jika dalam waktu tu tiada orang singgah workstation(kedai) anda,maka anda gagal mengurus kedai untuk satu hari tu.Walaupun kedai anda tidak perlu bayar sewa untuk berniga,tetapi kita dah habiskan 1 hari untuk tak dapat apa-apa,sedangkan 1 hari tu ada target yang dah jalan.
Jadi gunakan peluang itu sebaik-baiknya.
7.Data pelanggan simpan dan sentiasa followup.
"Dont spray -spray and pray".Ini adalah istilah dr abraham ketika saya training tempoh hari.Hingga kini ia beri kesan pada ingatan saya.Setiap hari kita jangan hanya sibuk approach orang sana sini sampai kita lupa pula leads yang telah kita ada iatitu existing customer kita.
Setiap customer yang sudah ambil produk dengan kita,simpan dengan baik informasinya dalam excel pc pejabat.Setiap kali promosi baru,update sahaja customer existing kita terlebih dahulu.Ia lebih mudah untuk kita close,sebab dia penah guna servis kita.
Jika sebelum ni dia ambil housing loan,mungkin sekarang dia berminat untuk pakai kad kredit pula.Keep in touch dengan pelanggan,simpan tarikh hari lahirnya sebagai reminder (yang ni saya tak buat lagi) dan wish birthdaynya.Yang ini saya masih belum praktikkan,tapi ramai yang praktikkan dan berjaya buat pelanggan setia bersama.
Setiap kali nak ambil produk apa pun,pasti dia ingat kita dulu.Atau kalau kawan saudaramaranya nak ambil produk bank,pasti dia akan kenalkan pada kita.
Jika kita buat begini pada semua customer yang kita rasa berbaloi untuk buat,mudahlah lagi kita nak capai target sales.Kita juga akan mudah disenangi dan pelanggan akan bertukar menjadi kawan.
Jadi bahagikan masa antara direct approach di bank dan aktiviti lain dalam menjana sales ya.Sebenarnya teknik-teknik ini akan sentiasa diajar ketika training nanti.Bestkan jadi sales person?Dahlah dapat ilmu percuma,dapt commision dapat pula teknik dan ilmu marketing.Ia adalah satu peluang pekerjaan yang sangat berbaloi.
8.Kurangkan gossip dan complaint.
Dalam apa jua dunia pekerjaan.Pasti akan ada yang kita tidak suka atau yang tidak kena.Semakin banyak yang kita tidak suka,semakin banyak juga kita tidak disukai.Satu jari kita menuding ke orang lain,lagi 4 jari kearah kita.
Jadi sebagai professional sales banker yang ada misi.Kurangkan lah kita gossip ke sana ke mari.Kalau ada pun yang tidak kena tak perlu kita menjaja cerita.Jangan sesekali kita katakan tak dapat achieved itu ini boss tak support,sistem tak bagus,rakan sekerja dengki atau apa sahaja.Kita dengan kerja kita,masa interview pun bukan boss kita yang suruh kita mintak datang kerja.Kita yang cari kerja ini,jadi apa jua yang kita hadap kita telan dan buat sebaiknya.
Jangan sesekali kita berkata dalam hati"belum ada kerja yang dapat,ada bank offer sebagai sales,dari takde kerja terima jer lah"bila kita ada mindset ni,kita tak akan sungguh-sungguh.Kita akan cepat sentap dan ada saja yang tak kena.Yerlah kita tak suka,tapi kita terima kerana tiada pilihan.
Kita buat kerja pun ibarat melepas batuk ditangga sahaja.
Sebenarnya apajua rezeki kita sekarang.Sebenarnya ALLAH dah atur takdir kita sebaik-baiknya.Apa jua pekerjaan,ia adalah ibadah.Jadi buat sungguh-sungguh.Jangan asyik complaint itu tak kena ini tak kena.Bos cerewet,takde support dan blabla...come on!Sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup.Cari makan,rezeki kita bukan diatur oleh boss kita.Tapi ALLAH swt.Kalau kita dah buat kerja sungguh-sungguh,takkan ALLAH tak bagi kan?
Yang jadi masalah,kita buat kerja sebab nak boss bagi perhatian kat kita.Kita nak attention semata-mata,atau nak tunjuk diri kita bagus sebenarnya.Nak tunjuk kat orang ka atau nak tunjuk kat ALLAH bagi ALLAH syg?
Bila kita lebih banyak drama,kita akan letih,otak kita letih,perasaan kita letih,Akhirnya?Semangat kita semakin hari semakin luntur.Bila dah jadi macam tu,jangan kan target sales kita tak dapat kejar,entah-entah,kerja juga kita kehilangan.Sebab kita rasa apa yang kita buat semua serba tak sempurna,ada sahaja yang tidak kena.Akhirnya lama-lama kita akan tenggelam sendiri.
Apa yang berlaku,abaikan.Kalau ada orang buat kita abaikan.Kalau ada orang mengata kita abaikan.Sebab?Kita ada misi untuk mencapai impian.Impian tercapai bila sales target kita tercapai.Bila kita telah mencapai semua itu,semua orang akan mendekat kepada kita.PERCAYALAH...
Jadi oleh sebab itu,jangan sesekali kita buang masa dan tenaga kita fikir hal-hal yang negatif atau yang tiada faedah langsung.Firman ALLAH.
"Demi masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh,dan mereka pula berpesan-pedan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar "
Surah al-Asr 103:1-3
9.Banyakkan menonton siri motivasi,baca buku motivasi dan dengar perkara yang positif setiap hari.
Sebagai sales person ,kita ini bukan robot.Kadang-kadang kita akan down,apalagi setiap kali kita approach pelanggan kena reject.Mungkin juga kita akan down rasa penat setiap hari nak kena cari pelanggan baru.Jangan begitu,kembali pada niat kita NO 1.
Cara nak naikkan motivasi ni pelbagai.Mengikut individu itu sendiri juga.Bagi saya membaca sangat banyak membantu.Kita adalah apa yang kita baca.Bila kita banyak membaca tentang kejayaan orang lain.Automatik kita pun nak seperti itu.Mendengar juga penting.Semasa perjalanan ke tempat kerja,banyak-banyak dengar motivasi di youtube.Kurangkan sikit asyik scroll instagram artis,baca tweet politik atau apa yang tidak berfaedah.Kita ini hidup penuh visi dan misi,masa kita singkat.Jadi untuk sentiasa buat semangat di radar yang tepat,bahan bacaan,bahan tontonan dan bahan yang kita dengar harus lah yang dapat membantu kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam.
Jika kita banyak dengar perkara negatif,isu-isu negatif..automatik ia akan absorb energy kita.
10.Sentiasa letakkan ALLAH no 1.
Sebagai sales person,percayalah rezeki itu unik.Kadang-kadang kita pulun buat sales hari ini,satu customer pun tak sangkut.Tetapi esok lusa pasti ada saja customer yang datang tanpa kita berbuat apa-apa.Itu kerana ,hasil balasan yang kita usahakan kelmarin.
Walaupun kerja kita ini focus kepada sales,pelanggan dan kejar target KPI.Kita fokus berapa commision kita nak setiap bulan,namun dalam kekalutan dan kesibukan kita mengurus muamalat dunia.Jangan lupa ,ada ALLAH yang memerhati.
Setiap usaha dan tips yang kita cuba buat,itu hanya medium sahaja.Tetap kalau tiada DIA tidak akan jadi apa-apa.
Nak buat ALLAH sayang dan sentiasa tunaikan doa-doa kita terutama yang melibatkan kerjaya kita,
-Solat JANGAN tinggal.Jangan terlalu sibuk buat sales sana sini sampai kita abaikan meminta pada yang memberi rezeki.
-Banyakkan ibadah sunnah ,dhuna,tahajud,baca al-quran ,baca al waqiah dan sentiasa bersedekah 2.5%-10% dari total bulanan pendapatan kita.
-Walau macam mana pun kita sesak nak cari pelanggan namun jangan sesekali kita aniaya orang.Pastikan pelanggan yang ambil produk dengan kita benar-benar faham apa yang diambilnya dan beri produk mengikut kemampuan seseorang.Sentiasa beri service selepas sales,kalaupun tiada orang hargai niat kita membantu pelanggan.Tidak pernah dapat certificate atau pujian dari majikan,ingat ALLAH nampak.Jika kita sentiasa niat ingin membantu,ALLAH juga akan bantu kita dalam urusan kerja kita.
-Jangan fikir sangat bab target achieved atau tidak.Buat sahaja,kita kerja sungguh-sungguh.Rajin dan sentiasa bersemangat.InsyaALLAH seiring perjalanan kita dalam bekerja jika ada kesungguhan,jika tertulis disitu rezeki kita,ALLAH sentiasa akan bantu kita.
Namun seandainya kita telah berusaha bersungguh-sungguh tidak tercapai jua,percayalah ALLAH sudah ada plan yang lebih baik untuk kita.Hanya tunggu masa yang sesuai sahaja ia akan datang.
Tak perlu risau sangat boleh buat ke tak boleh buat,boleh ke aku buat sales ni.Buat sahaja kerja kita.Jaga hak ALLAH,jaga hak manusia yang berurusan kepada kita.Semua ni urusan lagha jer,dunia je..kelak akhirnya kesudahan kita ALLAH maha mengetahui.Jadi apapun dalam hidup kita,kerja kita,selagi kita hidup bertuhan,percayalah semuanya akan nampak mudah sahaja.
Akhir kata,all the best,rezeki milik ALLAH.Kite berusaha untuk menjemput rezekinya selebihnya serahkan padaNya yang esa.
Mungkin akan ada orang yang berjaya naik pentas memanjang dengan pelagai mehnah yang dilakukannya.Itu urusannya dengan Tuhan.Kita?Kita biar ada prinsip.Nilai kejayaan kita bukan bergantung berapa kali kita jadi top sales,achieved target.Namun adakah rezeki itu berkat itu yang penting.
Sikitnya kita berasa cukup,banyaknya boleh kita kongsi.Dan tanya kembali,,berapa banyak orang yang telah kubantu dengan kerja ku?
All the best izzatul.Perjuangan baru bermula,jika terhantuk di tengah perjalanan,percayalah ada Tuhan sedang bersama kita.Sakit perit dan jatuh bangun,suka duka dunia sales itu sebenarnya hanyalah asam garam kehidupan.
Kepada anda yang membaca artikel ini.Mungkin ketika ini saya masih ada lagi dunia ini atau pun tidak.Saya berharap sedikit perkongsian ini bermanfaat buat sesiapa sahaja yang membaca.
Doakan saya dan keluarga saya dalam kasih sayang dan lindungan ALLAH selalu.Moga saya juga beroleh rezeki berlimpah ruah asbab perkongsian pengalaman ini.
Sekian,wassalam
"Apabila seorang anak adam itu mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara :sedekah jariah atau ilmu bermanfaat pada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya "(Riwayat Bukhari,Muslim dan lain-lain)
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)