R*** dari Johor Bahru ada bertanya tentang pembatalan asb berapa pulangan yang dia akan dapat.Sebenarnya semua soalan sudah saya jelaskan dalam artikel sebelum ini.Cuma mungkin dia ingin jawapan segera oleh sebab tu masih lagi whatsapp saya.Bila whatsapp saya,dia pun tak sabar agaknya,3x bagi salam bila saya tidak dapat menjawab ketika itu.
Maaf pada yang bertanya,hormati juga masa saya,sudah saya jawab secara automatik dengan auto reply,saya akan balas bila berkelapangan atau saya akan call terus.Kalau ingin jawapan segera bolehlah hubungi bank customer service sahaja.Saya ingin membantu tapi jangan paksa saya jawab itu jam juga.Saya ada komitment lain ketika itu apalagi di hujung minggu.
Setelah saya jawab,memadailah dengan ucapan terima kasih.Jika masih belum jelas dengan jawapan saya ,bolehlah ke bank terus tempat anda buat asb loan tu bertanya dengan lebih lanjut.
Soalannya:kenapa kawan saya batalkan asb loan nya berjumlah 150,000 dapat RM 200 sahaja?Kalau saya nak batalkan asb saya agak-agak berapa dapat selepas dibatalkan?.Saya dah buat asb loan ni lebih setahun?Saya nak batalkan kerana tidak lagi bekerja.?
Jika anda yang membaca ada soalan yang sama seperti diatas.TOLONG baca dulu beberapa artikel yang berkaitan ASB seperti ini:
Sebenarnya banyak lagi yang sudah saya tulis dalam blog ni,tinggal anda pilih sahaja niche ASB LOAN atau pun banking,insyAllah sedikit sebanyak moga ia dapat membantu.Cuma tinggal pilih dan baca sahaja.
Apapun permasalahan yang anda hadapi saat ini,jangan risau,ASB Loan ini bukanlah komitment yang tidak boleh kita hentikan.Ia berbeza dengan personal loan,car loan atau pun housing loan.ASB LOAN adalah secured financing,jika betul-betul anda tidak mampu untuk membayarnya atas kehilangan kerja atau apa sahaja,boleh sahaja batalkan.
Kalau ada online banking lebih mudah,boleh semak sahaja bahagian loan baki oustanding.Anggaran pulangan adalah total loan yang diambil - oustanding loan anda.Itu adalah anggaran ya.Singgahlah ke cawangan bank tempat loan anda dibuat untuk pengiraan yang lebih details.Boleh sahaja batalkan dimana-mana cawangan ,contohnya anda ambil loan asb di cawangan CIMB Bank Cameron Highland,anda batalkan di cawangan Kuala Lumpur.Tiada masalah,boleh sahaja.
Diharap penerangan serba sedikit ini dapat membantu anda di luar sana yang sedang dalam dilema untuk membatalkan asb loan.Jangan lupa baca dahulu artikel-artikel yang telah saya kongsikan sebelum ini ya.
Terima kasih :)
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)