Ramai orang yang datang kepada saya untuk memohon pinjaman peribadi.Saya cuba cadangkan melalui kad kredit bila ada promosi cash on call.Ada yang menolak mentah-mentah katanya kad kredit ni jahat boleh menyebabkan kita berbelanja tanpa kawalan.
Image credit google |
Ya ke?Mungkin iya bagi orang yang tidak berdisiplin mengatur kewangan.Kalau berdisiplin,kad kredit bukan sahaja sebagai kad yang boleh kita meminjam duit darinya tapi ia juga sebenarnya satu keperluan di zaman sekarang.
Sekurang-kurangnya satu kad untuk satu orang.Tidak kiralah dia bekerja atau berniaga,sekurang-kurangnya bila ada satu disaat kecemasan tak perlu sibuk cari atm machine ketika urgent memerlukan.Tak perlu minta tolong saudara mara di kampung atau merayu pada majikan mahupun kawan-kawan untuk pinjam wang.Gunakan saja kad kredit disaat-saat getir.
Mohon kad kredit TETAPI tidak digunakan apa terjadi?
Kebanyakan bank sekarang mempunyai promosi kad kredit tanpa apa-apa annual fee.Ada yang beri 3 tahun percuma yuran tahunan ada pula yang beri seumur hidup,ada juga yang hanya setahun sahaja,untuk tahun berikutnya diberikan syarat penggunaan sekurang-kurangnya 12 x dalam setahun dapat lah percuma yuran tahunan.
Apa susah,isi sahaja minyak dalam sebulan lebih 12 x kita akan gunakan?
Walaupun kad kredit tiada bayaran tahunan,TETAPI tetap perlu bayar RM25 sebagai service tax.Ini bukan bank yang caj tetapi ia adalah service tax dari pihak kerajaan.RM 25 untuk satu kad.
Namun caj service tax itu masih dikira murah berbanding benefit kepada pengguna kad kredit.
Antara kebaikan kad kredit:
CASH ON CALL NO INTEREST
Daripada buat personal loan,mohon sahaja kad kredit.Gaji minimum 2000-3000,Mohon saja.Kemudian ambil package cash on call yang kami tawarkan hingga JULY 2020.Melalui cash on call ini kita jimat interest dan jumlah cash yang kita dapat sehingga 80% dari limit kad kredit limt.
Kalau ambil personal loan,sudah sah-sah memang akan kena interest.Kalau kad kredit kita bayar ikut bulanan yang ditetapkan dan bayar penuh dalam tempoh masanya..Maka tiada interest yang dikenakan.
Boleh cuba hubungi saya untuk bertanya lebih lanjut tentang cash on call ini
Sejak May 2020(PKP) ada beberapa orang client ASB saya menggunakan package cash on call dan mohon kad kredit hanya semata-mata untuk memohon cash tanpa interest ni.Wang yang mereka terima dimasukkan ke dalam asb loan untuk menjana dividen.Dalam 6 bulan mereka gunakan wang moratorium sebagai bayaran.
Baca sini untuk lebih info tentang cash on call :kad kredit dan cash on call com/2020/05/kad-kredit-dan-cash-on-call.html
Minggu lepas ada tiga orang client saya memohon kad kredit atas beberapa sebab.
1.Dia nak beli barang di Seng Heng,tetapi hanya dengan adanya kad kredit boleh dapat bayaran secara bulanan dan harganya lebih murah.Apalagi kalau ada easy payment scheme.
2.Ada juga yang ingin grab promosi di Harvey Norman yang sekarang ada potongan harga sehingga 70%.Dengan menggunakan kad kredit senang urusan pembelian di Harvey Norman.
3.Ada juga yang memerlukan kad kredit kerana untuk dapatkan promosi di Lazada.
Jadi dengan kad kredit banyak urusan pembelian memerlukan kad kredit lebih mudah.Sebab tu saya katakan,atleast satu kad untuk satu orang.
Belum lagi untuk booking hotel atau ticket percutian,rata-rata tempat memerlukan kad kredit sebagai medium pembayaran.Sekarang untuk kita menyokong industri pelancongan Malaysia.Banyak hotel di Malaysia memberi potongan penginapan dan promosi bagi pengguna kad kredit tertentu.Jadi ini lah salah satu tips anda menyimpan cash menggunakan kad kredit.
Rebate dan mata ganjaran (point).
Setiap RM1 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit ada rebate dan point .Dengan adanya rebate kita boleh dapat penjimatan dalam pembelian barang kerana ada kadar tertentu rebate yang akan dikreditkan semula ke statement kad kredit kita.Untuk mata ganjaran pula kita boleh kumpulkan sehingga dapat claim barang atau baucer dari bank hanya dengan menggunakan mata ganjaran.Bukankah ini satu lagi kebaikan kad kredit kepada pengguna?Hanya perlu bijak dan berdisiplin dalam menggunakannya.
Tidak perlu bawa wang tunai .
Pernah kah berasa khuatir jika keluar untuk membeli barang,terasa begitu takut kerana perlu bawa duit yang banyak untuk dibayar di kedai.Ia juga mengundang risiko jenayah.Contohnya anda hendak beli barang seperti peti sejuk baru,harganya RM2000.Kenapa perlu bawa cash RM2000?Sedangkan ia lebih mudah dan buat anda lebih santai dengan adanya kad kredit.
Jika ia dibayar penuh dalam masa 20 hari,ia lansung tiada bebanan interest.Jika ia dibuat secara easy payment plan zero interest,ia sangat membantu kita dalam mengurus cash flow.
Saya sahaja kelmarin makan hanya di kedai mamak,bukan restoran mewah.Kebetulan kedai tu pun ada machine swipe.Total makan hanyalah RM28,saya gunakan kad kredit.Bukan bermaksud orang yang makan pun pakai kad kredit itu sengkek sungguh,makan yang bukan cecah ratus pun nak pakai kad kredit.Tetapi,saya sedang cuba collect mata ganjaran.
Sampai di rumah terus sahaja transfer bayaran ke kad kredit jika takut rasa makan berhutang.Walaupun belum lagi masuk cost tersebut di statement anda,tak salah pun bayar advance.
Jika hari ini ada pembaca blog saya mencari kad kredit dan inginkan consult one to one.Hubungi saja saya,InsyaALLAH saya akan bantu anda.
Jangan malu jangan segan,hubungi saya untuk bertanya dulu pun tak apa.
Syarat pemohon kad kredit.
Jika bekerja : Gaji minimum RM 2000.
Dokumen: 3 bulan payslip dan 3 bulan bank statement.Ic copy
Jika bekerja sendiri
IC
SSM
Borang B/BE income tax wajib ada.
Appreciate your time reading this entry.
untung guna kad kredit ni, tapi kena bijak guna dan kena bayar tepat pada waktunya.
ReplyDeletePost a Comment
Thank you,come again :)