Awal tahun sejurus pengumuman dividen ASB ada yang berniat untuk menambah simpanan tak kurang juga yang ingin membatalkan loan asb yang telah dibuat dengan bank-bank yang ada di Malaysia.
Ada yang baru buat tahun lepas sudah nak batalkan tahun ini.Ada juga yang baru buat belum sempat nak start pembayaran pertama sudah mahu batalkan.Ada juga yang baru buat 1tahun-2tahun sudah hendak batalkan.Samada mereka benar-benar dalam kesempitan kewangan sehingga tidak mampu membayar atau ikut-ikut kata orang,saya pun tidak pasti.
Seorang pembaca kongsikan ini kepada saya "Memang nak terminate kak tapi dah baca posting akak hari tu,rasanya tak jadi"Alhamdulilah jika dia sudah faham melalui postingan saya.
Bagi saya,jika sudah memilih buat loan asb kenapa tidak teruskan sahaja untuk beberapa tahun sehingga benar-benar sudah mendapat pulangan yang diidamkan atau sebenarnya mereka kurang faham apa yang mereka sudah buat?Kebanyakkannya hampir 80% yang datang mengadu pada saya sebenarnya mereka tidak faham apa yang banker/ejen ASB loan sudah terangkan.
Baiklah ,hari ini saya ingin menjelaskan 10 perkara yang wajib anda tahu sebelum batalkan loan asb.
1.Pastikan ada cash value bila anda batalkan loan asb.
Bila anda sudah buat beberapa tahun contohnya 3 tahun,jika anda batalkan loan tersebut selalunya memang akan ada cash value.Nilai cash value ini tidak sama dengan setiap bank.Contohnya kalau anda ambil 50,000 di bank A dan 50,000 di bank B,pasti ada sedikit perbezaan nilai cash valuenya sebab interest setiap bank tidak sama.Ia juga bergantung dengan jumlah insurans yang ada dalam loan tersebut.
Ada juga bank yang tidak wajibkan ambil insurans.Jadi sebelum anda batalkan sila semak di bank-bank cawangan terdekat untuk anda anggarkan kira cash value.
2.Berapa dapat pulangan jika loan dibatalkan.
Ini adalah soalan paling banyak ditanya kepada saya.Sebenarnya saya tidak akan dapat amount yang tepat untuk mengira pulangan anda.Yang terbaik anda sendiri perlu ke bank dan menyemak baki loan terkini.Kemudian kira dari baki terkini tersebut anda boleh anggarkan cash value.Itu sahaja caranya sebab pengiraan melalui sistem.Anda tidak akan dapat jawapan tepat.Kecuali jika anda baru hendak bermula untuk mohon asb loan,mungkin boleh kira melalui anggaran financial calculator.
3.Saya baru dua tahun,saya bayar sekian amount kenapa saya hanya dapat pulangan sebanyak itu sahaja dari pembatalan.
Ramai yang salah faham,bila batalkan loan asb anda akan dapat semula semua amount yang telah anda bayar.NO..ini pemahaman yang benar-benar salah.Kalau anda check statement pembayaran loan,akan ada pembayaran ke interest dan juga principal.Yang anda dapat semula hanyalah principal bayaran,interest adalah profit kepada bank.
Ada yang datang kepada saya sudah dua tahun jalan loan,masih belum ada cash value.Tetapi ada juga yang baru buat setahun lebih sudah dapat cash value tapi sedikit.
Jadi semua itu bergantung pada dua 3 perkara.
i)Jumlah loan dan berapa panjang loan tersebut.
ii)Interest yang dikenakan bank.Setiap bank ada interest yang berbeza
iii)Jumlah insurans yang dikenakan
4.Habis tu bank tipu sayalah,duit saya burn.Yang saya bayar bulan-bulan tu tak dapat semula.
Pasti ada tidak faham konsep loan.Bila anda buat loan,bank pinjamkan duit dia masuk dalam akaun ASB anda.Anda tidak akan dapat dividen sebanyak itu jika bank tidak pinjamkan duit dia ,betul tak?
Contoh,anda simpan sendiri RM300 ke dalam akaun asb tanpa loan.Setahun baru ada 3600.Kalau dividen declare 5%,maka dividen hanya dikira melalui 3600 x 5%.Tetapi jika anda buat loan,walaupun anda bayar 300 contohnya ke bank,tetapi bank dah dahulukan duitnya contoh RM50,000 dalam akaun asb,Maka dividen akan dikira RM50,000 x 5%.Jadi anda dapat dividen sebanyak itu dari duit bank,Sebab itu bank kenakan interest.Kira win-win situation lah kan.
5.Dividen rendah,saya tak boleh rolling.Saya nak batalkan sahaja.
Terpulang pada anda,bagi saya asb loan adalah untuk menyimpan.Bukan guna dividen untuk membayar semula loan.Boleh buat seperti itu tetapi bergantung pada tenure loan anda dan interest bank.Sebab itu lagi muda anda buat loan asb,lagi mudah untuk rolling.Bila umur dah cecah 40an contohnya,bukanlah tak boleh buat loan tetapi nak rolling tu agak mustahil dapat cover setahun.Jadi bagi saya ia bukanlah konsep rolling lebih kepada compounding,kira game plan untuk pencen dah.
6.Macam mana nak batalkan loan asb saya,ejen asb saya dah pergi bank lain atau dah berhenti.
Sangat mudah,untuk batalkan loan asb tak perlu tunggu ejen anda datang kepada anda.Walk in sahaja ke bank yang terdekat dengan rumah anda.Pastikan anda batalkan di bank yang anda buat loan,jangan buat di CIMB pergi ke Maybank pula.
7.Apa yang perlu untuk batalkan loan asb ?
Isi borang di cawangan.Beri pada yang incharge di cawangan tersebut.Minta dia cop dan sign bukti penerimaan.Anda wajib ambil satu copy untuk rujukan anda .Takut-takut kalau lepas 2 bulan loan masih belum tutup,bolehlah anda refer siapa pegawai yang terima dan tarikh penerimaan.Selalunya pembatalan asb loan paling cepat dalam 2 minggu paling lama 2 bulan.Bergantung pada secepat mana banker tersebut proses pembatalan dan juga bergantung kesibukan di PNB sendiri.Sebab semua pembatalan di semua bank akan dihantar ke pnb,bukanlah bank itu yang akan batalkan sijil.Mereka akan hantar dulu ke pnb,bila dah batal sijil di pnb barulah mereka akan buat pengiraan dalam akaun loan jika ada cash value atau anda perlu bayar ke bank.
8.Perkara wajib lain jika batalkan asb.
Jika anda ada refund cash value,pastikan anda ada akaun yang aktif di bank tersebut untuk mereka creditkan ke akaun anda.Jika anda tidak ada akaun di bank tersebut,bolehlah isi dalam borang minta transfer ke bank lain atau issue Bankers Cheque.Leceh dan melambat kanlah sebenarnya.Sebab tu bila apply loan di mana-mana bank,amat baik jika anda ada akaun saving/current di bank tersebut untuk memudahkan urusan di kemudian hari.Saya memang wajibkan client saya buka akaun sekali.Saya akan bukakan akaun untuk mereka.
Ada yang datang bertanya pada saya,bank hantar surat menyatakan ada excess amount.Dia tidak faham dan abaikan surat.Rupanya ada duit dalam 1300 tapi sebab dia tiada akaun di bank tersebut dan tidak pula beri arahan dalam borang dimasukkan kemana,akhirnya duit tu hanging begitu sahaja.Nasib surat sampai kan..kalau tidak?sampai ke sudah tak tahu ada duit untuk diterima..huhu
9.Boleh buat simpanan sendiri.
Jika anda sudah batalkan loan asb,pastikan anda boleh buat simpanan sendiri tanpa loan dalam akaun asb anda.Supaya anda masih ada simpanan untuk masa depan.Disiplinkan diri untuk menyimpan dalam asb akaun.Biar sedikit yang penting adaJika anda belum pasti boleh buat simpanan sendiri dan tidak berdisiplin,fikirlah banyak kali sebelum batalkan loan asb anda tersebut.
10.Pelbagaikan jenis simpanan.
Ketika covid melanda dunia sekarang ini,walaupun dividen asb rendah tetapi ia tetap ada.Jika anda semak semula,sekarang harga emas pun rendah.Jika kita lihat pelaburan lain yang jangankan modalnya kembali,untung pun jauh sekali.Jika anda merasa dividen asb rendah dan anda hendak batalkan,tetapi ia masih ada pulangan berbanding simpanan lain.Jadi bolehlah anda fikir-fikirkan dulu.
Atau mungkin anda hendak kurangkan bayaran atau nak refinance ,itu lebih baik sebenarnya dari tiada langsung simpanan di asb.
ingin memulakan simpanan dalam abs loan?Atau dah ada cuma nak cuba kurangkan bayaran bulannan di bank lain.Boleh hubungi akak ya
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)