Bila saya ada tulis artikel tentang pengalaman ambil exam TBE secara online di link artikel ini :

Pengalaman ambil exam TBE PART B secara online. .Ramai juga yang datang kepada saya bertanya tentang cara untuk daftar exam TBE ni.Rasa dah kerja bahagian pendaftaran exam takaful pula.Huhu,itu sebenarnya bermaksud sudah ramai orang berminat untuk ambil lesen takaful.Mungkin bertujuan untuk kerja di mana-mana atau digunakan dalam business sendiri sebagai takaful consultant.

 Homework, The Student, Tablet, Computer, Internet

Lagipun dengan lesen TBE ni,kegunaannya luas dan sangat mendapat tempat di dalam masyarakat.Keperluan bagi industri ini pesat sebenarnya.Jadi kalau anda salah seorang yang bakal jadi ejen takaful,tahniah saya ucapkan.Moga dengan pilihan ini menjadikan apa yang kita ingin lakukan selepas ini dengan lesen TBE menjadi kerja dan ibadah sekaligus.InsyaALLAH.

Sebenarnya saya pun tidaklah tahu sangat carnya mula-mula.Apalagi saya yang hanya nak ambil part B.Sebelum ni dah ada Part A,C.Jadi kebetulan ada client saya yang memang buat business insurance kenderaan dan roadtax,maka dari situ saya bermula dapat info bagaimana nak ambil exam.

 Pertama sekali,sebab saya tidak pasti adakah saya ada General takaful selain Life takaful .Jadi saya buat semakan di MII dulu.Dengan email mereka membership@mii.org.my

 Service bagus sangat dan mereka pun reply dengan cepat .Pertanyaan saya dilanjutkan kepada  customercare@mii.org.my dan CMC@mii.org.my.

Dapat je info dari saya,terus customer service MII call saya dan inform saya tiada General takaful yang ada hanya LIFE Takaful.Selanjutnya mereka pun bantu saya untuk daftar exam takaful dengan cara reply begini.

 We are forwarding your enquiry on TBE General examination to IBFIM (tbe@ibfim.com, 03-2031 1010 ext. 582/558/542) for their further advice.

 

Cara daftar Exam TBE

Sebenarnya mudah sahaja,  anda masuk ke website IBFIM ,tbe@ibfim.com.

 atau klik link untuk enrol ni terus : https://enroll.ibfimonline.com/.

Jangan lupa sign up dulu dan follow sahaja step untuk daftar apa-apa exam yang anda ingin ambil related dengan takaful.Kalau tidak pasti tinggalkan pesan dan email anda disitu,akan mereka reply dengan jawapan yang anda perlukan.Boleh juga hubungi pejabat  mereka seperti yang saya tulis diatas.

Selalunya bila sekali anda tinggalkan pesanan,mereka akan reply dengan segera dan bantu kita step by step.Saya juga belajar daftar exam disitu.


Ingat,jangan tanya contoh soalan Part B,ia tiada.Kalau nak juga boleh beli contoh soalan di dalam website IBFIM.Tapi sebenarnya bila dah baca ebook tu mesti boleh jawap punya.Soalannya tak lah susah sangat,tapi susah kalau tak baca.Haa jangan malas membaca tau..huhu.

Jadi dah tahu daftar exam TBE dimana?Hubungi terus IBFIM terus ya,jangan  contact irda pula untuk daftar tau..

Selamat maju jaya ! :)

 

 

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post