"Saya berusia 35 tahun,setiap kali apply credit card tak pernah lulus,tak tahu kenapa.Saya tiada hutang apa-apa selama ini ,saya gaji tetap dah sekarang:".
 
 

 
Jawapan:..
 
1.bila anda sudah berusia lebih 30an,tak pernah ada hutang dengan bank juga tidaklah menjamin senang untuk kelulusan jika tiba-tiba nak mohon kard kredit/ card credit.
 
 
Bank menjangkakan hanya ada dua  sebab samada:
 
1.anda kaya sangat tak pernah buat apa-apa hutang dengan bank atau.
 
2 anda ada masalah nama sebelum ini.CCRIS,CTOS,SAA,AKPK dan nama anda baru sahaja bersih dari semua itu.
 
Selalunya faktor kedua yang paling sering terjadi menjadikan seseorang tidak lagi dapat memohon sebarang fasiliti dengan bank.
 
 
Pada pendapat saya ,8/10 rakyat Malaysia jarang menggunakan cash dalam apajua urusan mereka.Nak pakai kereta pinjam loan,nak beli rumah mesti pakai loan.Kalau ada pun yang buat rumah secara tunai atau beli kereta secara tunai,itu jarang-jarang berlaku.Ya tidak dinafikan ada,namun saya ulang jarang-jarang.


Jadi sebelum anda mohon kad kredit,saya nasihatkan anda lebih baik terlebih dahulu declare kepada saya background kewangan anda sebelum ini untuk memudahkan saya memproses permohonan kad kredit anda.


Sebagai orang  yang terlibat untuk menguruskan permohonan kad kredit/credit card saya juga nasihatkan kepada pemohon untuk buat semakan  ( CCRIS )Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat dengan BNM(BANK NEGARA MALAYSIA) dan juga laporan CTOS yang boleh diperolehi oleh agensi pelapor kredit terkemuka di Malaysia.

Amatlah penting untuk anda menjaga disiplin pembayaran sebelum ini bukan sahaja fasiliti yang dipinjam dari bank,anda  juga akan diambil kira finding CTOS jika ada berlaku ketidakdisiplinan dan culas membayar seperti bayaran ansuran bulanan motor di kedai motor,bil utiliti mahupun telekom hatta tidak membayar bulanan penapis air COWAY & Cucckoo juga boleh membuat anda CTOS dan ini ibarat menconteng arang pada laporan penilaian permohonan kad kredit anda.


Jadi,jaga-jaga ya,bila berhutang bayar lah tepat pada masanya.Jika anda rasa nama anda telah dipergunakan,salin laporan dan kemukan bukti untuk anda menyelesaikannya dengan pihak yang berkenaan.


Bank tak mahu tahu,jika anda katakan"Owhh kereta itu kakak abang atau ayah saya pakai,jadi mereka yang bayar".Yang bank tahu,nama anda,maka disiplin pembayaran anda dan andalah yang bertanggungjawab mengurusnnya.

Selalunya apa cara yang saya gunakan bagi pemohon yang tidak lulus kad kreditnya?

 
Jika anda baca pengalaman saya sebelum ini menguruskan seorang pembaca blog saya yang pernah tidak lulus permohonan kad kredit dalam artikel di bawah:
 
 

Ya,3 kali bank reject.Selalunya jika ia mencukupi syarat seperti CCRIS dan CTOS yang bersih.Mempunyai gaji tetap lebih dari RM2000.Gaji tetap adalah gaji basic ya.Bukan RM2000 campur OT,campur commision dan allowance.
 
Umur yang layak untuk memohon iaitu 21 tahun keatas dan bekerja lebih dari 6 bulan.Ada juga yang baru bekerja 3 bulan lulus permohonan kad kreditnya,itu bergantung pada pihak bank dan penilaian scoring mereka.


Selalunya mana-mana pemohon yang tiada apa-apa pinjaman dengan bank dan berminat memohon kad kredit,saya akan galakkan mereka buat permohonan "bundle"dengan ASB LOAN.

ASB LOAN adalah hutang baik yang senang dibatalkan jika terpaksa.ASB LOAN atau ASB FINANCING adalah satu fasiliti yang boleh dijadkan komitmen  bulanan untuk membina rekod pembayaran dengan bank.ASB LOAN adalah "securedfinancing" memang selalu saya galakkan terutama jika sudah berusia namun tidak pernah ada apa-apa rekod pinjaman dengan bank.

Selain ia adalah hutang baik,ASB LOAN juga dapat  mendidik pemohon untuk menyimpan dalam AMANAH SAHAM dan mendapatkan keuntungan melalui agihan dividen setiap tahun.


Sebab itu ada juga yang menjadikan ASB LOAN pilihan sebelum membeli rumah.Bukan hanya untuk mencipta rekod kewangan malah dividen ASB juga boleh digunakan sebagai deposit mahupun digunakan untuk renovation rumah.


Bagaimana cara saya memudahkan kad kredit lulus?


Jika anda memohon dengan saya,tidaklah saya janjikan 100% kad kredit anda yang anda mohon mudah lulus.Semuanya perlukan proses dan dokumen yang lengkap.Cuma berdasarkan scoring pemprosesan permohonan kad kredit dan pengalaman saya sebelum ini ,saya akan beri dua cara permohonan jika anda kategori "clean"CCRIS  iaitu

cara pertama:Mohon bersama dengan ASB LOAN-kadar scoring akan lebih tinggi atau 

cara kedua-Mohon kad kredit sahaja tanpa LOAN ASB.Kedua-duanya saya boleh proseskan.
 
Tinggal anda pilih yang mana.Jika anda pilih yang no 2,jika gagal,hendaklah tunggu 3-6 bulan untuk mohon kali ke 2.


7  syarat untuk memohon kad krediy dengan saya ?


1.Anda mestilah berusia lebih dari 21 tahun.Jika bekerja pastikan basic salary anda tidak kurang dari RM2000.Jika lebih lagi baik.

2.Pastikan anda mempunyai pengalaman bekerja yang agak lama,bukan fresh graduate yang baru bekerja 1 -2 bulan.Ada juga kad kredit khas untuk fresh graduate,cuma ia ada beberapa syarat untuk anda penuhi.Itu saya cerita di lain artikel ya.

3.Pastikan dokumen anda lengkap,kad pengenalan,3 bulan payslip terkini,3 bulan penyata bank yang nampak gaji masuk dan penyata KWSP anda juga kalau ada lebih baik.

4.Jika anda bekerja sendiri.pastikan perniagaan anda paling minima sudah berusia 2 tahun,lengkap dengan SSM.Anda perlulah ada borang PULANGAN CUKAI PENDAPATAN TERKINI BORANG B/BE untuk 2 tahun berturut-turt disertakan dengan resit bayaran cukai .6 bulan penyata akaun perniagaan anda juga diperlukan.

5.Jika anda bekerja sendiri dilarang menggunakan akaun peribadi sebagai pengganti akaun syarikat

6.Jika anda commission earner seperti ejen insurance,penapis air ataupun ejen hartanah.6 bulan bank statement,penyata commission dari syarikat anda dan ada borang B/BE juga sertakan.

7.Jika anda bekerja sendiri tiada semua itu,anda boleh mohon kad kredit dengan cara buka akaun saving/fixed deposit di bank saya.Letakkan sejumlah amount dalam akaun dan duit itu tidak boleh dikeluarkan (LIEN) selagi anda menggunakan kad kredit.

*Cara ke 7 ini juga terpakai buat yang tidak lengkap dokumen dan warga asing yang bekerja di Malaysia.

Lebih info lagi?Anda berminat memohon kad kredit?

Hubungi saya (whatsapp only ) di talian : 011-23716700



Lebih info & nasihat kewangan klik disini👇

 

 

 

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post