Tahun 2021 masih ada yang beranggapan ASB Loan itu adalah personal loan.Satu kefahaman yang amat salah dan kadang-kadang saya tidak faham kenapa orang begitu suka buat personal loan tetapi dari dulu bekerja tak pernah langsung menyimpan walaupun serendah RM100 dalam asb?Tidaklah semua tetapi memang ada.Malah usia sudah 30an pun ,bumiputra langsung tiada akaun asb.Sayang 1000 kali sayang.
Ada yang mengatakan tidak mampu langsung menyimpan kerana gaji cukup-cukup makan.Ada pula yang mengatakan biaya kos kehidupan yang tinggi menyukarkan mereka buat simpanan.
Hemmm bagi saya,peruntukkan dulu simpanan dari pendapatan bulanan baru lah bayar lain-lain.Jika kita berbelanja ikut keperluan atau ukur baju di badan sendiri,pasti tidak akan wujud istilah “gaji kecil tak boleh menyimpan”
Kenapa kita boleh langgan itu ini,beli itu ini tetapi menyimpan hatta paling minima tidak diutamakan?.Bila sakit dan memerlukan sumber kewangan kita merintih dan merayu meminjam sana sini,sedangkan selama ini gaji kita kemana dibelanjakan?
Ya benar duit bukan segalanya,namun segalanya memerlukan duit dalam meneruskan kehidupan.Simpanlah walaupun sedikit dan mulakan sekarang.Bukan tunggu nanti bila naik gaji,nanti dulu bila dah cukup baru kita nak mulakan.Kerana perubahan itu harus dimulakan dari hari ini.
Ini bukan pertama kali saya jumpa,sudah acap kali.Ada segelintir beranggapan ada asb akaun boleh dapat duit "advance".Bagi mereka buka akaun asb dengan RM 10 deposit lepastu mohon ke bank pinjaman RM10,000- RM 200,000.Boleh lah dapat selambak dengan cepat.Sayang seribu kali saying,masih ada yang kurang kesedaran dalam menyimpan sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Tuan dan puan pembaca yang dirahmati Tuhan sekalian,
ASB loan adalah konsep simpanan secara paksa rela.Lihat usia anda sekarang sudah ada simpanan di ASB?Kalau tidakpun buat asb loan,bukalah akaun simpanan ASB.Simpanlah sekarang untuk kegunaan diwaktu memerlukan.
Saya teringat seorang kakak yang saya jumpa setahun yang lalu.Kakak ini beriya-iya minta dua orang anaknya yang telah bekerja untuk buat asb loan dengan saya.
"Dulu masa akak bekerja,ada rakan pejabat kata,tak perlulah buat-buat loan asb.Simpan sendiri lagi bagus.Akak pekakkan telinga je dan terus menyimpan dengan asb loan.Alhamdulilah sekarang akak dah ada dekat 50k cash selepas beberapa tahun buat loan asb secara compounding.."
"Rakan sekerja akak tu baru-baru ni anak dia nak kahwin tak cukup belanja,dia terpaksa buat personal loan 5k dengan bank..hemm nak tanya juga mana simpanan sendiri di asb gunakanlah ketika ini..tapi tak sampai hati pula nak tanya"..
"Kalau 5k pinjaman personal kak,jika ambil bayaran 5 tahun,contohnya RM184 sebulan maknanya dia akan bayar ke bank semula dalam Rm 11,000++".
Jika dari awal dulu dia buat asb loan dengan RM 184 itu contohlah dia boleh ambil dalam 35k jika sekarang dengan bayaran tu boleh dapat RM45k kita ambil lah purata minimum dividen 5%,dia boleh dapat RM 9000++ dari simpanan selepas 5 tahun belum termasuk cash value"..
Compounding dividen
Loan asb :RM35k
Bayaran bulanan dulu2: RM184
Dividen terkumpul untuk 5 tahun :RM9669.00
Cash value bila loan dibatalkan:Rm3k
Jumlah anggaran keseluruhan: RM 12,669.00
Hati tenang,jiwa lapang.Tak cukup belanja kahwin anak,batalkan sahaja loan asb keluarkan semua..
Biarlah kita susah-susah dahulu.Senang-senang kemudian.Bukan Nampak bergaya ,tapi poket kosong simpanan langsung tiada.
Tak mengapa kita ini nampak biasa-biasa,kita nak lagak kat siapa?Nak ukur pujian orang,sanjungan orang nak tunjuk kita ini serba ada bukan dengan apa yang kita pakai,bukan apa yang kita bawa.Tapi orang yang bijaksana akan merasa kaya dan tenang bila diri bebas dari hutang-hutang yang merimaskan.
ASB loan adalah hutang baik,yang senang ditinggalkan.Hutang lain sekali terjerat harus sampai ke titik terakhir harus selesai bayaran.Jika tidak akibat nya ditanggung sepanjang kehidupan.
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)