1.Jika anda mempunyai budget simpanan RM 500 sebulan,pecahkanlah kepada simpanan cash dan juga lain-lain pelaburan.Jangan simpan dalam satu bakul.
2.Jika anda menyimpan untuk jangka waktu pendek tidak mengapa,jika ia bertujuan untuk dana Pendidikan anak atau kegunaan hari tua ,nilai simpanan akan dimamah inflasi.
3.Tuan Mentor kewangan berkongsi data terkini kadar inflasi di USA meningkat sebanyak 5.4 % pada bulan June dan 3.4% di bulan yang sama berlaku di negara kita Malaysia.
4.Jangan tak percaya ,jika hari ini kita boleh beli dengan harga RM 3.20 roti gardenia,mungkin dengan nilai itu suatu masa akan datang adalah bayaran untuk sehelai plastik membungkus makanan sahaja.Kerana inflasi membuat kuasa belian kita akan jatuh ,Ia lebih parah jika pendapatan kita masih sama tidak meningkat
5.Jadi kita harus mulakan dari sekarang untuk mempelbagaikan
teknik simpanan .Selain ASB tabung haji yang ada,kita juga boleh alihkan sedikit peratus
simpanan kepada pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik dengan
dahsyat iaitu emas.
6.Selain simpanan emas ,hartanah dan cryptocurrency juga baik.Namun emas lebih mudah dan memerlukan modal rendah hanya serendah RM 100 atau belian 1g sahaja untuk dimulakan dengan simpanan dalam akaun GAP Public Gold.
7.Jika saat ini umur anak kita baru 2 tahun,dan kita beranggapan menyimpan contoh ya rm100 sebulan mencukupi untuk dana pendidikan anak bila berusia 18 tahun nanti.Tidak,harga hari ini tidak akan sama dengan harga akan datang kerana nilai wang kertas sentiasa dicemari inflasi .
8.Jadi alihkan sedikit simpanan anda dalam bentuk tunai + emas.Cukup waktu emas masih senilai dengan harga sekarang kerana ia kalis inflasi.
9.Saya tidak syorkan pelaburan yang lebih kompleks kerana ia memerlukan modal yang besar dan susah untuk dikawal oleh kita pelabur kecil dan baru berjinak-jinak dalam mempelbaikan teknik simpanan
Hari ini ketika artikel ini saya taip,saya bersyukur kerana sudah dapat kesedaran untuk pelbagaikan simpanan.
Saya buat simpanan tunai untuk kegunaan kecemasan dan target mencapai sesuatu dalam jangka masa pendek sekitar 1-5 tahun punya impian.
Saya juga mulakan menyimpan emas untuk mencapai sasaran yang lebih panjang iaitu untuk dana pendidikan anak -anak bila ke universiti nanti.Perancangan membina rumah di kampung bila pencen nanti.Urusan haji dan umrah bila dah tua nanti.Dan ia adalah peracangan lebih dari 5 tahun dari sekarang.
Saya mulakan serendah 1g setiap bulan dengan hasil income jualan saya.Dan saya mulakan simpanan di GAP kerana ia lebih selamat.Tidak perlu dipegang dan tidak perlu disimpan di rumah.Ia juga simpanan yang berkonsepkan seperti akaun simpanan di bank cuma bezanya di bank kita melihat nilai angka dalam RM ,tetapi simpanan GAP kita melihat setiap bulan pertambahan nilai gram nya.
Alhamdulilah syukur,moga sentiada ada lebihan rezeki untuk menambah bilangan gram nya setiap bulan hingga diri ini layak untuk mengeluarkan zakat emas pula nanti.
Bagi pembaca budiman saya yang ingin memulakan simpanan emas secara GAP di public gold.Anda boleh hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut.Tanya dulu tak mengapa.Melabur tanpa ilmu juga tidak disarankan.Jadi cari info dulu dan dapatkan secukupnya pengetahuan tentang simpanan emas,jika ada terdetik untuk memulakan simpanan,kenapa tidak bukan?
Anda boleh hubungi saya di talian
IRDA-011-23716700
Terima kasih,
Salam Hujung Minggu,
Kuala Lumpur,8 August 2021
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)