Mempunyai ibu yang ada kencing manis,darah tinggi dan kadar kolesterol yang tinggi amat merisaukan saya sebagai seorang anak.Apatah lagi semakin hari mak kelihatan lesu dan letih sahaja dalam kegiatan hariannya.

Mak pula jenis orang lama yang tidak suka dengan ubat-ubatan klinik.Bila dibawa ke klinik untuk dapatkan ubat tak perlu katanya.Mak lagi suka amalkan ubat secara tradisional seperti minum air bendi,lemon dan pelbagai lagi rawatan kampung yang dibuatnya sendiri.

Mak makin berusia dan bila makin berusia ni kencing manis begitu normal dikalangan orang kita.Terakhir saya check BSP mak pagi ketika masih berpuasa bacaan BSP sudah 13.4,ia sangat tidak bagus sebenarnya.

Bila mak tidak mahu makan ubat tidak mahu pula buat susulan check up di klinik -klinik kerajaan ,akhirnya saya terpaksa mencari sesuatu yang lebih baik sebagai makanan tambahan buat mak agar boleh kontrol diabetes mak,darah tinggi dan kolesterolnya.

Tertarik dengan perkongsian adik ipar di Facebook tentang kebaikan Forever Living.Perkongsian terkini bila mak mertua beliau sendiri memang amalkan supplement Forever living.Dari bacaan belas-belas BSP sudah turun ke 5.

Pengasuh kepada anaknya juga sudah amalkan Forever Living,lihat bacaan sebelum dan selepas beliau amat baik sekali perkembangannya.

sebelum amalkan Forever Living


Bacaan diatas agak tinggi dan ini diambil sebelum pengasuh kepada anak buah saya amalkan Forever Living.

Selepas amalkan Set Forever Living

Bacaan diatas diambil selepas mengamalkan set Forever living beberapa bulan.Nampak bacaan lebih baik.Oleh kerana ia diceritakan sendiri oleh adik ipar saya dan saya percaya dia takkan kongsi jika ia tidak menjadi.Lagipun sekarang dia giat memberi percubaan kepada ahli keluarga yang ada penyakit-penyakit yang sama.Kadang-kadang adik ipar saya ini hanya beri secara percuma.Ada juga dia jual dengan harga penuh kasih sayang untuk melihat ahli keluarga kembali sihat.

Jadi saya rasa terpanggil untuk mencuba supplement ini untuk mak.Sebelum ini saya bukan tidak pernah beli supplement lain untuk mak tetapi bukanlah secara rutin.Saya pernah juga beli sebelum ni Shaklee buat mak,tetapi ia tidak rutin.Kali ini saya ingin cuba pula supplement forever living buat mak.

Akhirnya pada 28 July 2021,saya telah membuat pembelian pertama set Forever Living untuk mak.

Saya beli set basic Forever Living seperti gambar rajah di bawah.

Set Basic Detox

Alhamdulilah,kali ini mak sudi makan ubat ini.

Kelmarin jumaat,saya ada bawa mak check up di klinik swasta di Kepong,Medic Klinik dengan doktor kenalan saya,nampaknya bacaan tekanan darah mak agak turun sedikit 130.Samada bacaan tersebut kerana mak berpuasa ketika itu atau hari masih pagi.Jika sebelum ini saya bawa mak chek dengan dr Kay di Naluri,masa tu mak ada sakit abdomen ,saya bawa O&G terus,dan tempat saya tahu Naluri,masa tu bacaan tekanan darah mak 170,memang agak tinggi.Samada mak penat ketika itu atau kerana dah amalkan Forever Living,wallahualam.

 

Saya juga buat full check up untuk mak dengan Dr disana,executive screening dengan cost RM 248.Ambil darah untuk bacaan hemoglobin,kolesterol,diabetes,hepatitis dan pelbagai lagi .

Apapun saya tersenyum semasa pulang dari klinik kelmarin mak kata"Yang ubat tu yang pil tu tinggal beberapa biji je lagi,yang air tu je mak tak berapa lalu nak minum"Itu bermaksud mak dah nak habis yang pil tu.

Hari ini 15.8.2021 saya buat belian kedua untuk mak set yang pil sahaja.Moga mak konsisten untuk menggunakannya dan jadi asbab kebaikan untuk kesihatan mak.


Jika ada yang ingin mencari supplement ini untuk kegunaan diri sendiri atau orang tersayang,anda boleh hubungi saya ya.Saya boleh recommendkan untuk dengan adik ipar yang merupakan manager di Forever living.

 

 

 

 

Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post