Saya memang selalu galakkan golongan muda untuk mulakan menyimpan dalam asb loan sebelum mereka mulakan membuat pinjaman kereta atau kad kredit.Walaupun baru sebulan bekerja mereka sudah boleh memohon pinjaman asb loan untuk mendidik diri menyimpan dari pendapatan bulanan.
Namun bagaimana pula orang yang sudah lama bekerja dan baru terbuka hati untuk menyimpan dalam asb?Masih boleh kah.Contohnya dia sudah berumur 40 tahun?Jawapan saya tetap boleh.
Walaupun anda sudah berumur 50an pun masih boleh.Ada caranya,samada anda menggunakan nama anak atau anda sendiri yang buat loan asb atas nama anda.Mari saya tunjukkan contoh pengiraan jika saat ini umur anda sudah mencecah 40 tahun dan terniat untuk memulakan simpanan dalam ASB Loan.
Contohnya selama beberapa tahun ni anda ada simpanan berjumlah RM11,000 cash dalam ASB akaun simpanan anda.
Jadi anda mohon ASB loan dengan jumlah maximum sijil RM200,000 terus dengan tempoh masa 30 tahun maximum tenure
Jumlah sijil : RM200,000
Tahun : 30 Tahun
Interest rate : 3.45
▪️A$B Financing RM200K.
▪️Tempoh Pembiayaan: 30 Tahun
▪️Keuntungan Bank: 3.45%
▪️Bayaran Bulanan: RM893.00
▪️Bayaran Tahunan: RM10,716.00
Menggunakan Teknik Rolling Dividen. Bayar lump sump setahun RM10,716.00 menggunakan simpanan sedia ada. Selebihnya baki dibiarkan di dalam ASB akaun.
Selepas setahun jika dividen 5%,anda akan dapat RM10,000 jumlah dividen.J
Pada tahun kedua, anda perlu bayar lagi RM10,716.00. Tapi dividen yang anda dapat hanya RM10,000. Kurang RM716 dari bayaran tahunan anda.
Jadi, saya cadangkan anda rileks sahaja Jangan panik. Nampak macam dah rugi RM716, tapi sebenarnya anda dah untung dari principal .
Namun,prinsipal ni tak boleh dikeluarkan selagi sijil belum dijual atau habis dibayar.
Jadi, dengan dividen RM10,000 ni, anda short RM716 berbanding bayaran setahun iaitu RM10,716.00.
Anda topup dahaja RM716 . Kalau bahagi kepada 12 bulan, bermakna sebulan RM716/12 = RM59.67 sahaja topup... Jadi dari tahun ke-2 dan seterusnya, modal tahunan ANDA cuma RM716.Jika dividen setiap tahun adalah 5%.Jika dividen lebih tinggi alhamdulilah.
Anda ulang langkah ini setiap tahun smpai umur 55 iaitu selama 15 tahun.
Jom kita kira hasil simpanan anda
1. Dividen Tahun Akhir = RM10,000✓
2. Prinsipal Terkumpul = Nilai sijil - Baki Hutang
200,000 - 125,277=RM 74,723✓
JUMLAH SIMPANAN:
RM10,000 + RM74,723 = RM 84,723✓✓✓
✔️Jika anda biarkan RM11,000 di dalam A$B biasa, kemudian setiap tahun anda topup RM716 hasil anda selepas 15 tahun tak sampai pun RM45K.
✔️Jadi dengan teknik manipulasi menggunakan ASBF, anda dah gandakan duit simpanan anda dua kali ganda daripada cara biasa. Dapat EXTRA RM40K
⚠️ So konsep pelaburan yang anda kena faham:
1. Keluar modal lump sum untuk tahun pertama sahaja.
2. Top up sikit setiap tahun jika dividen tak cukup untuk cover bayaran setahun.
3. Ulang sehingga tempoh yang anda rancangkan.
4. Tuai sahaja hasil pelaburan bila sampai masanya.
5. Kalau dividen naik turun sikit-sikit tu buat relaks je. Kadang untung lebih, kadang untung kurang. Biasalah adat pelaburan. Selagi kadar interest lebih rendah dari dividen, anda tetap untung.
👉 Ini untuk kes yang tak mampu simpan secara bulanan tapi ada simpanan cash. Kalau mampu simpan bulan-bulan, buatlah teknik compounding. Lagi banyak hasilnya.
Pengiraan adalah berdasarkan dividen A$B 5.0% dan kadar keuntungan bank 3.45%. Hasil sebenar mungkin berbeza.
📌NOTA: Special rate 3.45% untuk SEPTEMBER 2021 masih available.
Penafian: Segala teknik dan tips yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan kajian Penulis secara peribadi untuk meningkatkan keuntungan pelaburan A$B. Tidak ada kaitan dengan amalan mana-mana bank atau syarikat.
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)