Soalan pembaca:
EPF fund dari akaun 1 boleh dikeluarkan untuk dilaburkan di unit amanah berharga tetap di Permodalan Nasional Berhad,PNB .
Konsepnya Ia sama seperti kita invest dalam public mutual atau cimb principal melalui Akaun EPF.
Bezanya ,di PNB ada harga tetap & juga ada harga berubah-rubah,.
Jika hari ini beli harga RM1,jika dana tetap harganya tetap sama RM1 .Jika harga berubah-rubah ,
ia bergantung volatile pricing dan juga income distribution.
Kita boleh pilih mengikut kesesuaian mengikut investment suitability kita.
Saya selalu cadangkan client untuk buat kedua-duanya,invest 50% dari amount kelayakan ke dalam akaun dana-dana tetap,dan lagi baki 50% ke dalam dana harga berubah-rubah.
Jadi kita tidak letak semua jumlah wang dalam satu bakul dana pelaburan.
Tabung amanah yang masih dibuka untuk pelaburan menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP (SPA-KWSP) ialah:
Tabung unit amanah harga tetap:
◦ASB 2
◦ASB 3 Didik
◦ASM 3
◦ASM 2 Wawasan
*tertakluk kepada unit yang masih ada
Tabung unit amanah harga berubah:
◦ASN Equity 2
◦ASN Equity 3
◦ASN Imbang 1
◦ASN Imbang 2
◦ASN Sara 1
Dimana boleh buat permohonan pengeluaran EPF untuk dilaburkan ?
-ASNB Kaunter Utama Kuala Lumpur
-Cawangan ASNB di kawasan anda.
-Ejen ASNB (kecuali Pos Malaysia & Maybank)
Jika anda tinggal di Lembah Klang dan berminat untuk melabur melalui EPF dalam dana-dana PNB diatas,anda boleh hubungi saya untuk temu janji .Saya adalah banker yang ada lesen untuk menguruskan permohonan pengeluaran epf untuk pelaburan di dana PNB selain memproses ASB LOAN.
Apa yang anda perlu tahu bila melabur dalam dana-dana PNB melalui EPF?
1.Setiap pelaburan di dana harga berubah -ubah ada sales charge dikenakan.Iaitu 3% dari jumlah amount.
2.Melabur melalui EPF bukanlah bermaksud anda boleh mengeluarkan EPF anda dan tukarkannya dalam bentuk cash di dalam akaun ASNB anda dan mengeluarkannya untuk kegunaan harian.
EPF tetap EPF,sebarang pengeluaran selepas amount dilaburkan akan dimasukkan semula ke EPF anda sampailah anda layak untuk mengeluarkannya 50-55 tahun usia anda.
Jika anda melabur 3-5 tahun ingin stop,isi borang pengeluaran di cawangan ASNB ,kemudian pelaburan beserta agihan pelaburan akan dimasukkan semula ke akaun EPF anda jika belum layak untuk mengeluarkannya.
3.EPF anda tidak boleh dikeluarkan untuk bayar ASB Loan anda.
4.Pelaburan di dana harga berubah-rubah adalah untuk tempoh jangka masa panjang atau long term investment.
5.Tidak semua orang yang ada EPF layak untuk buat pelaburan di dana-dana PNB,ia ada pengiraan yang telah ditetapkan berapa amount dan jumlah yang boleh dilaburkan.
Jika akaun 1 EPF anda contohnya ada 50,000,tidaklah semua amount itu boleh dilaburkan.Ia bergantung pada baki asas dan umur anda ketika itu.
Banker akan buat pengiraan terlebih dahulu berapa amount yang layak untuk anda laburkan.
6.Selain itu,tidak semua dana tetap yang ada tertaluk kepada jumlah unit ada ataupun jumlah kuota yang masih ada.Seandainya EPF anda layak untuk dikeluarkan,tetapi kuota tiada,maka tidak juga boleh anda buat pelaburan.Cara buat semakan kuota adalah di cawangan asnb dan ejen asnb.
7.Dividen dari pelaburan EPF tidak boleh dikeluarkan atau dimasukkan ke dalam akaun dana-dana tetap tersebut.Ia terkumpul di dalam pelaburan epf dan jika ia dikeluarkan akan masuk semula ke EPF semula.Ramai yang salah faham bab ini oleh itu saya ulang ke dua kalinya.
IRDA
penasihat kewangan anda.
Lebih info kewangan&simpanan.Boleh join disini
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)