Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang lelaki dari Perak.Beliau mempunyai asb loan dengan Maybank.Sebenarnya saya tidak suka sangat dihubungi ketika waktu pejabat,saya lebih suka jika anda ada soalan tinggalkan sahaja pesanan di whatsapp,insyaALLAH bila lapang saya akan balas.
Soalan beliau
"Saya ada loan asb di Maybank,sekarang PKP saya sudah diberhentikan kerja.Jadi loan saya tu kan ada insurance.Banker di Maybank pernah cakap kalau saya tidak lagi bekerja ,saya boleh dapatkan semua duit dalam loan asb saya tu,.Bila saya mohon,sampai sekarang masih tiada jawapan dari pihak Maybank dan suruh saya menunggu.Boleh puan bantu saya macam mana saya nak proses dengan kadar segera apalagi saya dah tak kerja ni"
Sebenarnya tuan dan puan,untuk ASB Loan yang lengkap dengan takaful,ia hanya cover 2 perkara iaitu
TPD (Total Permanent Disability) dan juga Death (Kematian).
Jika anda tidak lagi dapat bekerja bermaksud ada surat dari doktor yang menyatakan anda sudah kehilangan upaya kekal yang tidak membolehkan anda untuk bekerja lagi,jadi jika anda ada insurance atau takaful dalam asb loan,maka ia boleh dituntut untuk waived bayaran.
Kematian pula selain membunuh diri,boleh lah dituntut oleh waris jika ada ada asb loan.
Namun jika tidak bekerja atau diberhentikan kerja bukanlah salah satu faktor untuk anda tuntut insurance sijil asb loan anda.
Jika adapun penyelesaiannya adalah dengan membatalkan sahaja loan tersebut jika tidak mampu lagi buat bayaran bulanan.Jika terpaksa ya.Dan jika loan itu sudah lama,mungkin ada rezeki ada cash value atau surrender value yang akan anda dapat.
Untuk proses pembatalan,sila lah rujuk bank tempat anda mohon asb loan tersebut.Ia lebih baik.Jika anda nak buat anggaran dan pengiraan sendiri ,anda boleh semak artikel saya ini :
[Berapa dapat duit pulangan bila ASB LOAN dibatalkan. ]
Jika anda tanya saya,tiada juga jawapan yang paling tepat untuk jumlah cash value atau surrender value tersebut kerana ia bergantung pada jumlah loan,jumlah takaful dan jika ada ambil moratorium semua akan dikira.Jadi jawapan terbaik rujuk pada banker dan sistem di bank trsebut.
Appreciate your time reading this entry.
Post a Comment
Thank you,come again :)