Akikah hendaklah dilakukan di hari ke 7,14 atau hari ke 21 kelahiran anak.Jika lebih dari itu bukanlah lagi akikah tetapi hanya sekedar sedekah menjamu orang makan.Itu yang saya terdengar dari beberapa ceramah ustad dan terbaca dari beberapa perkongsian ilmu agama.


Jika sebelum ini ,akikah anak no 1 & 2 majlis akikah siap cukur jambul saya laksanakan selepas pantang,atau beberapa bulan lepas kelahiran. Nampaknya sunat muakkad dalam berakikah mengikut hari kelahiran tidak saya ikuti sebaiknya.Jadi kali ini anak ke 3 walaupun masih dalam pantang,saya usahakan untuk melaksanakan ibadah sunat muakkad akikah buat anak saya ke 3 Aiden Dzulkarnaen di hari ke 14 kelahiran iaitu 30 october 2021 kelmarin.

Jika sudah tahu dan ada ilmu,perlulah kita ikut sunat melaksanakannya bukan?

Saya bercadang melakukannya secara online agar ia lebih mudah dilaksanakan.Nanti jika ada rezeki lebih pula, jamuan doa selamat dan makan-makan di rumah akan saya lakukan bila tiba waktu sesuai.InsyaAllah.

Saya mencari-cari info akikah online di Facebook dan Google,ada yang saya jumpa akikah di Mekah,Kemboja,Acheh dan beberapa negeri lain.

Kebanyakan syarikat akikah yang menguruskan akikah online,pakej harga yang diberi lengkap dengan gambar,video dan sijil akikah..Kalau ikutkan dalam banyak-banyak orang yang saya hubungi sedekah online di Mekah lebih murah dan ada juga promosi-promosi lain.Mungkin kerana daging tidak dimasak hanya diberi mentah.

Akhirnya lepas mencari-cari di Facebook,saya terjumpa perkongsian akikah padang.Alhamdulilah,memang Padang adalah tempat  saya pilih.Melalui akikah padang,daging akikah boleh dipilih untuk dimasak kurma atau masak merah .Kita juga boleh minta hantar daging ke rumah atau didermakan ke rumah anak yatim (panti asuhan) atau ke pusat-pusat tahfiz.

Memang ini tempat yang saya cari kerana lama saya berniat untuk bersedekah untuk anak yatim di Padang ,Indonesia.Akhirnya saya berjumpa dengan orang yang boleh uruskannya disana.Walaupun saya di Kuala Lumpur,dengan menggunakan khidmat AKIKAH PADANG secara online ia begitu mudah sekali urusannya.

Muamalat saya dengan pak Sutan Dafrizal dari AKIKAH PADANG berjalan melalui online sahaja.Ia cukup mudah ,walaupun saya menghantar wangnya hari Jumaat melalui money changer.Untuk info menghantar wang ke Indonesia melalui Money Changer feenya hanya RM10 dan sampai diterima disana kurang dari sejam.

Mereka sempat menguruskan akikah online saya pada hari ahad berikutnya(walaupun sehari sebelum baru saya confirm ),Kambing disembelih,dimasak dan dihantar ke rumah anak yatim.Alhamdulilah,semuanya terlaksana dengan baik melalui perkongsian video dan gambar dari AKIKAH PADANG

Saya pilih pakej yang pertama,untuk seekor kambing dengan harga  RP 2000,000 bersamaan RM606.00 seekor ketika itu.Jadi cost keseluruhan akikah online saya di Padang Indonesia termasuk fee  money changer untuk 2 ekor kambing adalah RM 1222.00

Sijil akikah juga saya terima seminggu selepas akikah dilaksanakan.Super good service!

Keseluruhuhannya,saya berpuas hati dengan khidmat yang diberikan oleh AKIKAH PADANG .Moga niat saya untuk bersedekah makan di rumah anak yatim di Padang diterima amalnya oleh ALLAH swt.Moga bapak Sutan Dafrizal yang mengemudi AKIKAH PADANG terus sukses dan insyAllah business yang telus,ikhlas dan jujur kerana ALLAH swt akan lebih maju.Saya juga ikhlas berkongsi dengan pembaca saya jika ada yang berkeinginan melaksanakan akikah di Padang Indonesia boleh menggunakan khidmat mereka.

 

 Anda juga boleh baca review-review untuk AKIKAH PADANG di sini :


Kunjungi media Sosial




Instagram: https://Instagram.com/aqiqah.padang
 

Twitter: https://twitter.com/aqiqah_padang


CP/WA : 0852-7489-8702


Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post