Saya terpanggil untuk berkongsi artikel ini apabila ada seorang pembaca wanita menghubungi saya dan bertanya perihal takaful atau insurans yang ada dalam asb loan suaminya.


 

Suami beliau yang ada asb loan ASB1 250K(Mungkin diambil sudah lama sebab itu jumlah unit boleh sehingga RM250K loan).Untuk info buat masa ini loan asb maximum hanya 200K sahaja .Suami beliau ada juga asb loan RM200K untuk asb2.

Soalan beliau,suaminya sekarang sedang sakit dan betulkah jika ada loan asb dan ada takaful waris akan dapat cash atau bagaimana?Dia rungsing memikirkan asb loan suaminya yang sedang sakit.

Untuk info sebelum saya menghuraikan serba sedikit tentang takaful atau insurans dalam asb loan  ,anda boleh baca dulu artikel ini 

Baca sini : [ Salah faham konsep takaful dalam ASB LOAN]

 Kenapa ada istilah berbeza?

Takaful adalah untuk asb financing,islamic loan.Insurans untuk asb conventional.Takaful atau insurans tidak wajib diambil bagi yang menyimpan dalam asb loan.Ia pilihan ,namun selalunya saya  memang galakkan client saya ambil walaupun short tenure untuk kebaikan masa depan.

Namun jangan risau,jika anda tidak ambil asb loan dengan insurans mahupun takaful tidaklah menjadi masalah besar sangat.Anda sebagai waris yang tinggal tidak sama sekali akan terbeban dengan hutang asb loan pasangan anda,


Bagaimana konsep takaful dalam loan asb?

Selalunya ramai penyimpan  asb loan akan mengambil asb loan + takaful yang finance sekali dalam loan.Contohnya jika ambil loan asb RM200K dan jumlah takaful RM8K untuk coverage 40 tahun,maka  loan anda akan jadi RM208K bila sudah disbursed.Anda akan pelik kenapa mohon 200k sahaja ,jadi 208k pula.Jangan pelik sangat ya,jumlah tersebut sudah termasuk dengan jumlah premium takaful.

Selain add on  dalam financing,anda uga boleh pilih bayar sendiri takaful .Selalunya jika dibayar sendiri dan lump sump,amount atau jumlah premium takaful lebih murah sedikit berbanding finance by the bank.

Kelebihannya lagi jika bayar sendiri,takaful tidak termasuk dalam jumlah hutang bayaran dan tiada interest keatasnya.Cuma,mana nak dapat duit segedepuk banyak tu kan?Sebab itu ramai peminjam asb akan masukkan takaful dalam pinjaman jadi tidaklah rasa terbeban sangat.Jumlah bayaran bulanan pun hanya add on kurang dari RM50 selalunya bergantung pada jumlah takaful,coverage dan umur peminjam.Kadang-kadang hanya beza RM2 sahaja dari jadul bayaran asb loan anda.

Sebab itu lagi muda anda,lebih baik anda buat asb loan.Sebab takaful anda pun lebih murah.

 Takaful dalam financing hanya akan jadi masalah bila anda ingin batalkan asb loan awal sahaja.Jika kurang dari 3 tahun pembatalan dilakukan,selalunya akan ada shortfall takaful harus anda jelaskan bayarannya.Ia bukanlah penalti seperti anggapan anda,tetapi itu adalah hutang takaful.


Berbalik kepada soalan pembaca diatas.Betulkah waris akan dapat cash bila berlaku kematian kepada peminjam asb loan jika ada takaful atau insurance?

Sebenarnya takaful adalah bertujuan melindungi loan tersebut dan jika berlakunya kematian ,takaful akan paid off baki semua hutang asb loan anda.

Contohnya anda ambil RM200K loan,sudah bayar selama 5 tahun.Tahun ke 6 berlaku kematian kepada diri anda,ketika itu hutang di bank masih berbaki RM 190K .Jadi dengan adanya takaful ,HUTANG yang berbaki 190k itu akan dibayar melalui insurance atau takaful yang diambil sebelum ini.

Maka tiada lagi oustanding pinjaman dengan bank.Waris boleh buat tuntutan jumlah sijil RM200K yang dipegang oleh pihak bank dan dicairkan kemudian.

Proses antara waris-bank-dan pihak PNB juga ada prosedur yang perlu diikuti.Sama seperti anda menuntut jumlah wang dalam simpanan bank,ada step-step yang anda perlu follow.Anda hendaklah merujuk ke cawangan bank tersebut untuk tindakan susulan.Nanti anda boleh berjumpa dengan asb atau financial consultant disana untuk membantu anda proses selanjutnya.

 Jika tiada takaful?

Jika peminjam asb loan tiada takaful tiada masalah,jika berlaku kematian.Secara automatik sijil akan terjual.Waris akan dapat dividen dan baki principal dari loan tersebut jika ada.

Contoh jika kematian,hutang tinggal RM 190K dari jumlah RM200K yang dibuat.Maka anggaran baki principal adalah (200k-190k):RM10K untuk waris.Loan asb akan ditutup dan tiada lagi proses bayaran perlu dijelaskan.

Mudah bukan?

Antara perlu takaful atau tidak pilihan ditangan anda.Jika anda ingin buat asb loan tanpa mahu bebanan bayaran tambahan dalam beberapa ringgit itu,boleh sahaja mohon asb loan tanpa takaful.Namun jika anda ingin wariskan bulat-bulat jumlah sijil tersebut pada kesayangan anda,boleh sahaja ambil takaful dalam asb loan.

Pilihan ditangan anda,saya selaku penulis dan juga asb consultant hanya berkongsi info.Apa jua pilihan yang anda buat,sudah pastinya saya juga mahukan yang terbaik buat  anda.

 


Appreciate your time reading this entry.

Post a Comment

Thank you,come again :)

Previous Post Next Post